ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN

Assalamualaikum

ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN | Hi! Beberapa hari lepas ada nampak ig story sitiawe yang tanya "do you order foodpanda/grab kalau hujan?" pastu sha pun terfikir mesti ramai cakap tak 😂 dan memang banyak vote tak! Tapi sebenarnya perlu ke tak order kalau hujan?


Kalau sha, bila hujan dan tetiba rasa nak order foodpanda mesti rasa taksampai hati 🙂 mesti terus terfikir, kesian abang panda nanti kena hujan, nanti kalau tergelincir ke masa hujan, terus fikir bukan bukan la cerita dia 🤣 biasalah jenis otak mak mak gituuu. Fikir negatif dulu baru positif hahaha! 


Sebab apa boleh fikir jauh macam tu? Sebab selalu terfikir macam mana kalau abang panda tu abang ke adik ke sedara kita ke kan? Tergamak ke nak bagi dorang hantar makanan kalau time hujan hahaha tapi sebenarnya ada yang dm sitiawe cakap tolonglah order time hujan 😂

Aik, serious ke dorang ni hahahaha tapi dari apa yang sha baca kan, bila dah order time hujan ni bolehla consider sikit kalau lambat ke apa, yelah kan hujan kan? Pastu kalau harga makanan tu ada baki, bagi baki ke abang panda. Ha gitu la yang sha baca.

Tapi sha memang kalau beli apa apa mesti bagi lebih ke abang panda dan kadang kadang abang panda yang ambik tak cukup 🤣🤣🤣 terus macam eh diani hahahaha. Ada sekali tu, contoh la kan harga makanan 17.40 pastu sha nak bagi 18 jelah kedia tapi dia pulak cakap, 17 je dik. Haaa sudah 😂😂😂

Pastu nak dijadikan cerita, harini di kedah seharian ye hujan 😂 dari sha bangun tidur sampailah pukul6 petang macam tu. kiranya sehari ni duk rumah jelah, takda gi beli nasi lemak ke apa haha padahal terfikir nak makan roti canai sebelum tidur semalam 🙂🙂🙂 

Pastu terus terfikir! Eh hujan lah, mesti abang panda tak jalan harini. Sebab kawasan sha kan kampung, mungkin ramai lagi yang tak alert dengan kewujudan foodpanda 😂 lagipun sha rasa orang sini lebih sanggup keluar gi beli makan daripada order delivery 🤣


Sha pun apa lagi, order la foodpanda. Lunch kfc la kita harini wak haha masa abang panda datang hantar tu memang hujan tapi tak lebat dan laju je sampai. Sebenarnya tak kisah sangat kalau lambat sebab faham lah hujan haha tapi taksampai 10 minit dah sampai! 

Pastu malam pulak, order lagi hahaha malas nak masak 😂 harini sibuk sangat kemas bilik tetiba eh dah malam! Iolls order nasi goreng kerabu! Hahahaha sedap mak ai walaupun tak macam yang disangka 😂

So kalau korang, hari hujan korang order foodpanda/grabfood tak? 😚

p/s : ditaip pada 1 Dis 🤪

Post a Comment

7 Comments

  1. selalu jugak nak order time hujan ni..

    ReplyDelete
  2. kadang2 order je kalau hujan...cuma kalau anak2 dh merengek lapar sangat tak lah jadi order time hujan..masak cokodok bawang cepat lagi...。◕‿◕。

    ReplyDelete
  3. kalu hujan, memang tak sampai hati nak order sbb sama la, kesian diaorang hujan2..nak redah bawa motor tu, nak kejar masa lagi..jalan licin. eh mcm2 la... tunggu hujan reda baru la order. kalau time order tu belum hujan, time foods sampai diaorang akan say sorry..memang tak kisah pun lambat sbb faham.

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak terfikir macam tu. Kesian pulak diaorang kena hujan tapi bila fikir balik order kita tu pendapatan diaorang. Kalau kita tak order, kuranglah sikit diorang dapat.

    ReplyDelete
  5. kak farah pun fikir yg sama time hujan mmg kesian nak oder tp itu je cr diaorang nak dapat duit. dgn trip oder dr customer

    ReplyDelete
  6. Samalah pernah juga rasa macam kesiannya kalau abang rider tu datang hantar makanan time hujan.. Tapi haritu cuba jugak order. Alhamdulillah takdelah lambat mana pun.. Okay je masih on time.. Disebabkan kesian hujan, selalu bagi tips 😊

    ReplyDelete
  7. Order. Itu je cara nak support depa ni. Depa ni fighter. The first day depa sign up nk jadi rider, depa dah ready nak kena hadap semua tu. So kalau kak, kak order. Tapi bayaq lebih.

    ReplyDelete