ORDER FOODPANDA TAPI SAMPAI TAK CUKUP? MACAM MANA NAK BUAT?!

 Assalamualaikum

ORDER FOODPANDA TAPI SAMPAI TAK CUKUP? MACAM MANA NAK BUAT?! | Hi! eh banyak pulak cerita pasal foodpanda minggu ni. mana taknya sebab asyik order ja haha padahal dah lama stop. ini first time jadi kat saya, jadi mula macam gelabah sikit sebab yelah order tapi takdapat semua astu cemana?!


ceritanya bermula bila pada satu malam haha pendekkan jelah. cousin saya nak order kfc melalui foodpanda sebab mak dia takbelikan dia kfc xD lepastu sajalah tumpang order sebab yelah dia nak order burger colonel tu sebijik! sebijik je ko, penat abang panda ja nak mai hantaq haha! ini yang diorder :


jadi saya pun join la order rice set yang seketul ayam. ofkoz lah excited nak makan haha pastu bila sampai eh mana nasi gue???! ayam ada, semua ada tapi bukan nasi ahahaha pastu mula tu macam upload kat twitter then terpikir nak chat dengan foodpanda then terus delete tweet tu ngeh ngeh. bacalah chat kat bawah ni ~



takda pula gambar order yang saya dapat sebab kat phone cousin haha tapi begitulah perjalanan dia. taksangka mudah je nak berurusan dengan foodpanda, chat je dan dapat balik refund walaupun dalam bentuk voucher.

sebagai kesimpulannya, kalau apa apa terjadi jangan post kat media sosial dulu, try cari jalan dulu untuk contact dengan pihak tu. kan senang kalau settle macam ni, ini semua benda nak viralkan takboleh jugak kan 😜😜😜


Post a Comment

2 Comments

  1. Kaka liez pernah juga alami tapi dgn grabfood.. beli set siap nak cheezy wedges tp cheezy wedges xde.. buat report dlm apps je esok pagi duit refund dah dpt balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpernah guna grabfood lg. sebaik dapat balik kan

      Delete