TRY MAKAN SAMYANG JJAJANG


Assalamualaikum

TRY MAKAN SAMYANG JJAJANG | Hi korang! cuti lagikan harini? best pulak bulan ni, banyak betul cuti ekekekeke tapi esok dah kerja huhuhu. ha hrini sebenarnya nak cerita yang sha ada try samyang jjajang dua minggu lepas! hahaha ya sha memang macam ni, cerita dah basi baru nak update :p btw tolong baca sampai bawaaah!

kisahnya bermula apabila sha pi satu kedai ni, sebab nak restock megi. teruk tak teruk sha ni, sepaket megi expired date *tepuk dahi* punyalah tak makan megi tapi wajib ada sebab mana tau kalau lapar tengah malam ke apa kan. dah lama jugak sha beli, rasanya hujung tahun lepas hahahaha ok dah melalut. konon nak beli megi macam biasa la, maggie kari tu lah, pastu ternampak samyang ni tapi ada tiga jenis ; carbonara, 2x spicy dengan jjajang. disebabkan carbonara (baca sini) & 2x spicy dah try jadi sha ambiklah keputusan untuk beli yang jjajang tu. 

BUNGKUSAN SAMYANG JJAJANG

bungkusan bahagian hadapan

bungkusan bahagian belakang

beginilah rupanya! senang kalau hampa nak cari, cari ja ramen plastik hijau dan yang penting halal ye! yang kat plastik sha ni taknampak sebab terkepak tepi tu kan

BAHAN BAHAN DI DALAM 

bahan bahan yang ada didalam bungkusan

macam biasa ada ramen, perencah, sayur kering. cara masak pun sha rasa semua orang tau kan hahaha. ni yang jenis kering ya, bukan yang jenis berkuah tu

SAMYANG JJAJANG

siap!

wajib kalau nak makan ramen, sha akan beli susu hahaha tak kuasa nak pedihkan perut jadi kalau ada susu ni kureng la sikit pedas dia. letak ayam sikit atas ramen, hias dengan sayur kering yang disediakan dalam paket tu tadaaaa sedia untuk dimakan. make sure kalau tengah makan ni jangan biarkan orang kacau haahahaha karang rasa nak marah je :p

REVIEW SAMYANG JJAJANG : sedap! boleh feeling feeling orang korea hahahaha takdelah pedas mana, sebab sha pun bukan jenis makan pedas sangat. yang ini kira boleh telan hinga ke slurrrp-an terakhir la, cuma sha rasa kalau sayur kering tu tak wujud lagi ok kot hahaha korang boleh la ganti dengan sayur lain. u guys kena try!

btw sebab rasa baik hati *eh* sha nak bagi ramen free kepada orang yang bertuah yang komen di entry ni!






21 comments:

  1. wowww.. aff takleh makan pedas T.T

    ReplyDelete
  2. I love Samyang Jjajang ni. For me, tak pedas tapi dia macam masin sikit.

    ReplyDelete
  3. Best ni, nanti zumal nak cari juga laa

    ReplyDelete
  4. Akak belum cuba lagi yg ni. Dah try yg biru, cheese dan steaw tu

    ReplyDelete
  5. dah lama nak try..tapi lum ada chance lagi..heeheh

    ReplyDelete
  6. Wah boleh try ni Sha sebab tak pedas. Kak ana pun sama macam sha tak kuat pedas.

    ReplyDelete
  7. pernah cuba yang ramen pedas plastik warna merah tu (x ingat nama apa) pedas gilerrrr..nak bolrh ke habis tu 10x minum air

    ReplyDelete
  8. eeerk yang ni tak bleh aaa anak makan T.T

    ReplyDelete
  9. Kalau tak pedas bolehlah kak sha cari dan cuba.. Sebab perut mmang tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  10. wahhh sedap...kalau makan samyang ni tunggu weekend dgn anak-anak baru rasa enjoy sangat..ada 2 hari lagi nak ke weekend...samyang timeeee

    ReplyDelete
  11. tetiba nak makan ramen la pulak ... eh

    ReplyDelete
  12. I love all of their ramen tapi perut tak tahan pedas hahaha.

    ReplyDelete
  13. k.fiezz tak reti nak makan ramen ni..takut terpilih yg pedaih..tak tahannn...ritu adik ipar k.fiezz try beli yg rasa cheese ke apa..tu diaaa, muak weiii..

    ReplyDelete
  14. lama tak makan samyang. suka yang 2x pedas haha tapi kene peluh la sikit

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete