Assalamulaikum

FAKTA MENGENAI DIRI SAYA  | Hi! kembali untuk hari kedua 30 Days Blog Challenge. so harini akan bercerita mengenai "20 Facts About You". banyak jugak tu yang nak dilistkan hahaha, ok jom mula!


1. Anak Sulung & Anak Keempat

saya merupakan anak sulung daripada dua adik beradik hasil daripada perkahwinan mak dan abah kandung, dan anak keempat daripada lima adik beradik kalau campur sekali anak abah dengan isteri pertama.

2. Suka masak tapi taksuka makan

taktahu la habit ni saya je yang ada atau ramai lagi yang ada habit ni, tapi saya memang suka memasak, tapi untuk makan apa yang saya masak tu tak hahaha!

3. Ada kawan yang sikit

saya hanya ada beberapa kawan sahaja yang saya rasa memang betul kawan, kalau kawan sekolah setakat tegur bila perlu tu saya selalu rasakan mereka hanyalah kenalan. saya mula kecilkan circle saya bila habis sekolah hehe

4. Taksuka mandi

saya taksuka mandi, saya malas mandi hahahaha! 

saya hari dah malas nak describe setiap satu, saya tuliskan point by point jelah :p

5. Pernah pandai semasa UPSR tapi semakin kurang pandai bila masuk sekolah menengah

6. Dulu takpakai bundle sebab rasa tak serasi dengan kulit, tapi sekarang dah boleh! yay

7. Takboleh hidup kalau takda internet :3

8. Dah menganggur selama 2 tahun 

9. In ldr relationship dengan orang nismilan selama 3 tahun++

10. Suka coklat, cookies dan semua yang berkaitan coklat

11. Takboleh makan brownies

12. Hantu cheese dan karipap

13. Takpandai masak tapi hari hari tengok resepi sebab nak belajar memasak

14. Takboleh guna 1 phone, macam mana pun kena ada 2 phone

15. Dah belajar buat kerja rumah sejak darjah 6

16. Taksuka lipat baju, so semua baju saya akan digantung dalam almari

17. Minat dengan komputer sejak sekolah rendah

18. Pembeli tegar di shopee

19. Suka travel tapi jarang dapat peluang untuk travel

20. Dulu suka gigit kuku, sekarang tak lagi! yahoooo


Okie settle 20 fakta pasal diri saya, taktahu la fakta sangat ke orang memang dah tau. aduh pening juga eh nak fikir 20 fakta je pun haha! Ok! jumpa next post xx