ASAL USUL NAMA BLOG

Assalamualaikum

ASAL USUL NAMA BLOG | Hi! so harini hari first untuk blog challenge, harap harap dapatla buat sampai ke akhir ye. biasalah kita ni manusia, kadang kadang mampu merancang je kekekeke. jadi tajuk first adalah "your blog's name"


masa mula mula buat blog ni, rasanya memang guna nama - nama merepek. eh maksud saya link blog, guna nama merepek 😂 sebab masa tu, buat blog sebab suka suka. update pun bukan bukan haha! tapi bila dah start serious dengan blog, saya tukarlah ke shafyqahazahar.blogspot.com. panjang kemain eh link blog.

saya ni tak kreatif orang nya sebab tu letak je nama sendiri, instead of letak nama pena. taktahu nak letak nama apa yang kreatif sikit, jadi letak jelah nama sendiri. seronok juga kalau letak nama bukan nama sendiri, blog jadi anonymous :p

then bila dah lagi serious dalam blogging, saya tukar pakai domain sendiri which is shfyqhazhr.com. lebih pendek dan insyaAllah lebih mudah diingati. rasanya tahun ni dah tahun ketiga pakai domain sendiri. tapi masalahnya bila dah pakai domain sendiri ni, takrajin sangat nak update blog macam dulu. dulu setiap hari ada je cerita yang nak diceritakan haha!

jadi begitulah ceritanya mengenai nama blog saya, dengan menggunakan nama sendiri sebagai nama blog. kalau korang nak tau juga, hampir semua media sosial saya menggunakan username yang sama which is shfyqhazhr!

so, kalau korang pula, macam mana dapat nama blog korang?! 



5 Comments

  1. Saya memang dapat idea dari nama panggilan jer.. pastu gabung nama bapak sendiri.. Tapi tak ingat pulak berapa lama ambil masa fikir.. rasanya tak fikir panjang sgt.. agak simple dan sedap sendiri sebut aje..

    ReplyDelete
  2. Dulu mula2 buat blog guna nama Mindakabur. Blog mindakabur more to personal. Then buat blog baru and beli domain jadi jiarizaira.com. Tapi sayang lepas tak aktif sgt sbb kerja. Tak sempat nak renew domain. Domain saya tu kena kebas dgn website jepun ape ntah. Rugi sgt.

    ReplyDelete
  3. yeahhh. smngat jgk nak brblogging kalau ada challenge ni.

    ReplyDelete
  4. baru dua tahun guna nama ni dah rasa menyesal padahal ni la nama pena sejak dulu. Hahaha

    ReplyDelete