shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

Assalamualaikum

RESEPI PIZZA GUNA KEPINGAN WRAP! | Hi! Selamat Hari Raya lagi 😆 raya kan sebulan? hihi. so raya kedua kan dah takboleh pergi meraya jadi kita pun duduk jelah rumah dan makan makan 🤣 seperti tajuk, kita buat pizza guna wrap! alahhh tortilla wrap tu. kita guna yang jenama gardenia - RM4.60 kot untuk 5 keping. 



Bahan - Bahan :



🍕 1 keping wrap
🍕 Sosej/Daging/Ayam yang dipotong kecik (goreng dulu pun ok)
🍕 Sos spageti
🍕 Cheese (mozarella/pamesan/cheddar) 
🍕 Lada bengala

Cara - Cara :


1. Letak wrap atas dulang pembakar dan sapukan sos spageti


2. Letak cheese sikit (kalau taksuka banyak cheese boleh skip)

3. Letak sosej dan lada bengala 


4. Letak cheese sebanyak yang mungkin korang nak


5. Bakar dalam oven selama 15-20minit suhu 250°c (ikut oven korang)

6. Dah siap 🍕😋



korang boleh ja nak letak apa yang korang suka hahahaha nak letak petai ke apa😂 ni sha buat yang paling simple la ni guna sosej ja 🤣 tapi sedap teruk okay 🤭😛

Assalamualaikum

PGMALL DAN MAYBANK QRPAY TAWARKAN 20% CASHBACK | Hi! Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :) siapa kat sini yang suka sangat shopping online? ada yang start PKP baru belajar belajar shopping online, ada yang sebelum PKP pun dah memang hantu shopping online macam sha kan! sha ni sememangnya lagi suka shopping online berbanding shopping kat mall, jadi sha terjumpa satu website yang korang pun kena tengok dan beli kat sini sebab banyak barang menarik dannn yang penting banyak promo geng!


Korang pernah dengar tak pasal PG Mall? PGMall merupakan platform e-commerce pertama di Malaysia yang mana telah ditubuhkan sejak 2017 lagi yang disokong oleh PG Group. Penubuhan PG Mall adalah bagi mewujudkan platform perniagaan yang boleh dipercayai bagi para peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. Kalau korang nak tau juga, PGMall adalah satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia!


Bila buka website PG Mall ni memang rambang mata tengok barang barang kat dalam tu, dah la murah murah pula tu! memang terus add to cart dan bayar lah cerita ni hahaha patutlah PG Mall menduduki top3 di Iprice insight report.



MAYBANK QRPAY 20% CASHBACK

kalau korang nak tau, PG Mall merupakan satu - satunya platform yang mana menerima semua e-Wallet untuk buat pembayaran. pada sha dengan cara ni sangat memudahkan orang - orang yang suka beli online ni, sebab semakin bertambah cara pembayaran. takpayah pening - pening dah nak pergi bankin di bank.


dan sekarang yang lebih best pasal PG Mall ni, korang boleh buat pembayaran dengan Maybank QRPay! korang hanya perlu scan dan terus settle! Korang juga akan dapat potongan sebanyak 20% dengan had RM20 jika anda berbelanja minimum RM30! korang hanya boleh menggunakan promosi ini sebanyak 2 kali sahaja semasa tempoh promosi iaitu dari 4 Mei 2020 hingga 26 Jun 2020

promosi ini memang DURIAN RUNTUH! iaitu sebanyak 2 kali x RM20 = RM40 bagi setiap akaun Maybank untuk membeli di PGMall.

BUAT DUIT DENGAN PG MALL


korang sebagai pelanggan juga boleh duit tau dengan PG Mall ni! korang hanya perlu kongsikan referral link kepada kawan - kawan korang dan dapat cashback!

Ganjaran cashback dapat diperoleh setelah transaksi yang berjaya dibuat melalui pembelian peribadi atau rujukan. Semakin banyak rujukan yang dibelanjakan, semakin banyak wang tunai yang akan diperoleh oleh pengadil (pengenalan), di samping pulangan tunai yang diperoleh dari pembelian peribadi.
bagi semua pembeli yang berdaftar di PG Mall, korang boleh Shop, Share & Earn. pembeli yang berkongsi referral link kepada rakan , keluarga ataupun sesiapa bakal mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% daripada jumlah pembelian. untung bukan? 

Forever Cashback

semua pembeli akan dapat cashback hingga 3.5% bila korang buat pembelian di PG Mall. kalau korang nak dapat keuntungan yang tinggi, korang kena rajinlah membeli disini xD mudah je kan tu? duduk dirumah sekarang ni, scroll scroll lepas tu terbeli hehe! ganjaran wang tunai ini akan berterusan selagi korang atau rujukan anda terus membeli-belah di PG Mall. Oleh itu kami memanggilnya "Forever Cashback".

Maklumat Lanjut Mengenai PG Mall

Website: www.pgmall.my 
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my


Assalamualaikum

RESEPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN KONFIRM SEDAP! | Hi! semperit ni antara kuih raya wajib kan kalau pergi mana mana rumah 🤔 walaupun sha suka almond london lebih tapi kalau pergi rumah orang tetap cari biskut semperit ni 😂 


sebabkan sha suka makan semperit ni, sha try la buat! mudah je korang, guna tiga bahan + 1 bahan hiasan terus dapat sebalang semperit 💃🏼 selama sha buat guna resepi ni takpernah gagal lagi la 😂 ok jom tengok bahan bahan dan cara buat!

Resepi Semperit Susu Tiga Bahan 


Bahan :

125gm buttercup
1/4 cawan susu pekat
270gm tepung jagung

*coklat chip untuk hiasan

Cara - cara :

1. campurkan buttercup dan susu pekat, kemudian masukkan tepung sikit sikit sampailah jadi doh yang licin
2. masukkan doh dalam acuan tekan pastu letak coklat chip!
3. bakar selama 25minit dengan suhu 160°c (ikut jenis oven)
4. dah siap!

Hasil kejadian daripada resepi diatas :



sepatutnya letak coklat chip tapi hari kejadian, kita cari semua kedai takda coklat chip. owner kedai siap bagitau - dah order dik tapi PKP takboleh hantar hahaha! ha nampak tak bila buat biskut ni😂 sebelum puasa ye tapi baru rajin nak menaip hehehe. 






Assalamualaikum

FROM SILVER TO RED ; IPHONE6PLUS STICKER | Helo! dah 26 ramadhan ye harini, macam mana persiapan untuk raya? kalau nak cerita pasal baju raya sha em macam sedih ja hahaha jadi kita cerita pasal baju raya phone sha 😂

so sha guna dua phone sekarang which is Iphone 6plus & Redmi Note 8. relevan lagi ke pakai iphone 6plus sekarang? entahla nak, saya pakai phone bf je ni 🤣 sebab haritu lepas beli reno 8 tetiba teringin nak pakai ios! ha sudah takkan nak beli baru hahahaha so bf bagi jelah phone dia ni sebab dia tak pakai. mulanya pinjam jelah tapi alang alang tu jadi milik sendiri jelah, alah dengan bakal pun kedekut apa kan 🤭🤭

alamak dah terlari jauh ni 😂 masa sampai phone tu ya Allah dia nya kotor bahagian belakang phone naik geram je kita hahaha tapi redha je la pakai masa tu sebab duk fikir nak tukar housing macam mahal 🤣 sampailah awal puasa haritu, baru terfikir pasal sticker ni. jadi sha pun order lah melalui shopee. seperti biasa, kalau musim raya even tak pkp pun parcel mesti lambat sampai tapi tak kisah pun hihik. 


so semalam sampai parcel tu, sepatutnya ahad dah sampai tapi ahad hujan seharian! sha pun macam tolonglah jangan keluar delivery hari hujan, kesian oi! jadi dah sampai tadi mulanya ingat nak tunggu adik pasangkan tapi kita jenis tak menyabar ni susah kan 🤣 kita pun pasangkan la sendiri. ok ni gambar sebelum ;


sebelum ni kalau sha nak pasang tempered glass ke apa mesti suruh adik sebab sha pernah try pasang satu masa dulu dan akhirnya benda tu tak cantik dan kena beli semula hahaha kan dah bazir tu! tapi tadi redha jela sebab taksabar sangat kan 😂 & ya masih cacat cela ya anak anak :') tapi taknampk sangat la hehek. inilah hasil selepas ;


sha beli sticker ni harga RM10 + postage RM5+ & dapat cashback 100coins! lepas dah bayar dan seller post out baru perasan ada yang RM0.99 :') ship dari Malaysia! huwaaaaaaa mulanya nak menyesai tapi sha yakin kalau lagi murah mesti lagi tak cantik result dia (yeeee sedapkan hati sendiri) 😂 jadi lepas ni sha rasa sha nak try beli yang RM0.99 tu pulak hehehek

ni jelah nak cerita hahaha takda benda nak cerita kat blog tu yang menyepi 🤪 ohhh disebabkan ni last barang sha yang sampai sebelum raya dan ada 1 barang masih stuck 😭 tapi takpelah hahaha, sha nak berterima kasih kepada semua abang abang courier yang bertungkus lumus hantar barang sampai ke rumah ❤ semoga Allah permudahkan segala urusan kamu & sentiasa didalam lindungan Allah, insyaAllah ❤

okbai!

ps; barang korang order online dah sampai semua ke tu 🤭

Assalamualaikum

KFC NASI KARI ATUK | Hi! tengah fikir nak berbuka apa ke tu kejap lagi? takpayah la fikir lama lama sangat 😂 korang boleh pergi bersiap sekarang atau order je online menu yang takbaru sangat oleh KFC ni.



sebenarnya dah lama nak try, i mean lepas dia keluar la sebab i like the packaging HAHAHA tapi sebab PKP ni pendapatan pun kurang memuaskan jadi sekat kejap nafsu 🥴 tapi semalam tetiba bukak belakang casing jumpa rm20 😭 mungkin rezeki! jadi tanpa melengahkan masa, disebabkan kawasan rumah sha takda penghantaran oleh pihak KFC or mana mana servis penghantaran makanan, nak taknak kena keluar pergi beli sendiri lah (makanan pun beli sendiri cek weh)


rasanya last makan KFC masa awal awal PKP kot 🤔 tu pun merap dengan ...... aaa nanti cerita! selalu kalau nak beli KFC sha akan keluar awal (kalau bulan puasa) tapi haritu sha keluar lepas asar macam tu, ingatkan ramai la kat KFC tapi alhamdulillah kejap je dah dapat 🥺



dah dapat set KFC Nasi Kari Atuk ni, balik lah rumah dan tunggu waktu berbuka. harga set ni untuk 2 ketul ayam adalah RM16.30 & untuk 3 ketul ayam RM19.90 kalau taksalah. set ni didatangkan dengan nasi, ayam, coeslow, kari, sambal & air.

sebenarnya family sha buka puasa takmakan nasi tau 😂 kitaorang akan berbuka makan kuih muih dan murtabak macam tu je. nasi makan bila? ada yang makan lepas terawih, kalau macam sha makan sahur jelah 🤣 jadi hari kejadian, sha berbuka makan nasi. penat juga la rasa dia 😂 rasa menyesal pun ada tapi taksabar nak makan 😩😭



so apa yang boleh sha cakap pasal set ni, ayam goreng dengan nasi tu sama ja, coeslow pun sama ja. kari tu first time sha rasa dan sha suka 😂 sha suka sebab kari dia pekat baqhang 🤤😋 sambal tu pulak adik sha cakap dah pernah keluar dulu 🧐🤔 taktahu la pasal tu tapi ok ok jelah sambal tu hahaha sambal tu rasa macam sambal sotong 🤔 tapi overall oklah, sebab sha memang suka kfc 😛 asalkan ada ayam goreng yang takpelik pelik kira sedap la kan hehehehe

korang dah try ke? kalau dah cer korang bagitau rasa sambal tu, rasa sambal apa hahaha! oklah jangan duk fikir makanan lama lama sangat 😂 kejap lagi pergi beli je ok? 💃🏼

; entry ditulis tengah malam 🤣 sorry geng 😛

Assalamualaikum

Rawang, 24 April 2020: Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara.



Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.

Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.




Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di
seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.


 

Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai.




Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini.

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli

Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli.

Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli

Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.

Vits Italian Mi Goreng Bolognese
Vits Italian Mi Goreng Aglio Olio



Assalamualaikum

WRISTBAND UNTUK AKTIVITI LUAR ATAU EVENT | Helo korang! time time pkp ni memang 24jam la phone kat tangan je kan 🤔 banyak jugak la yang sha jumpa time pkp ni. contohnya resepi masakan, cara deco rumah, life hacks dan juga satu website ni yang ada jual barangan yang eco friendly!


lepas usha dan usha kat website dorang yang sememangnya banyak sangat barangan yang murah gilerrrr korang! kalau korang yang selalu adakan event ke tak kisahla hari keluarga ke hari syarikat or hari kantin sekolah sekali pun korang memang kena tengok barang barang kat website ni! rugi oi kalau tak tengok 😂

dari tadi suruh tengok tapi nak tengok mana kalau takbagitau 😛 okay korang boleh pergi sekarang kat website greenworks.com.my! dan jangan menyesal kalau rambang mata nak beli barang kat situ 🤪🤪


jadi GreenWorks ni mempromosikan premium gift kepada wholesaler dan juga supplier di Malaysia. Mereka juga berusaha untuk menjadi sebuah syarikat yang mempromosikan barang mesra alam yang terkemuka di Malaysia!


bila sha masuk website ni, apa yang menarik mata sha ada wristband yang dorang jual! comel comel belaka weh 😤😤 i was thinking to buy this later bila ada buat program larian ke apa nanti (lepas dah settle semua berkenaan covid19 🙏🏻😅) mesti kanak kanak yang join akan suka dan juga boleh buat sebagai kenangan kan?! 


ada banyak jenis wristband yang dijual diwebsite ni, ada yang hanya boleh dipakai sekali ada juga yang jenis boleh pakai berkali kali sampailah abang jamil ..... eh hehehehehe 🙏🏻 korang tengok jelah sendiri cantik ke tak wristband yang dorang jual ni! dengan harga serendah RM0.30 je!!!

korang boleh custom made tau wristband yang ada dijual kat sini, ikut event atau aktiviti outdoor korang tu. bayangkan event larian pastu kat wristband tu letak nama kita 😛 confirm simpan sampai reput! hahaha

stressnya tengok barang barang kat website ni 😩 rasa nak borong semua sebab cute dan murah gais! korang pergilah tengok apabenda lagi yang ada kat website tu!

Website : www.greenworks.com.my
Facebook : Greenworks Marketing

Assalamualaikum

KUNDAL MACADAMIA ULTRA HAIR SERUM (WHITE MUSK) | Hi korang! macam mana puasa? macam mana life sekarang dengan PKPB? semoga baik baik saja ehek. harini sha nak share dengan korang produk yang sha tengah guna dann sha suka!


Walaupun kita berhijab tak semestinya kita kena abaikan kecantikan mahkota kita iaitu rambut kan? taknak la bila bukak je tudung terus bau kepam 😅 boleh pengsan kalau orang lain bau kan?!

sebenarnya sha dah lama cari serum untuk rambut since yang lama dah habis dan susah nau nak mencarinya 😂 sebaik ada yang ni, senang je nak dapat boleh beli kat Guardian! siap boleh beli online Guardian lagi, korang boleh klik SINI kalau nak beli ok?!


ehhh belum cerita apa apa dah suruh beli 😂 nampak tak cemana bestnya serum rambut ni? korang takpayah nak pening pening ha boleh terus beli je sebab sha yakin dan pasti korang pun akan suka 🥰

apa yang sha suka pasal serum rambut daripada Kundal ni, bila apply je kat rambut terus rambut jadi lembut je walaupun sebelum tu rambut kering dan keras 😂 dah la rambut jadi lembut pastu bau wangi dia memang buat korang rasa nak pakai hari hari tau 😆 tekstur serum ni juga takberminyak sangat, i like 😍😍


tadi masa lepas mandi, sha duk apply la serum rambut ni pastu cousin tanya apa yang wangi tu? cousin sha ni lelaki tau, sha pun bagi jelah dia try. bila dia apply je kat rambut dia terus dia cakap "uish lembutnya rambut adik, tadi rambut adik keras" 😂 lalu dia pun panggil la sepupu sepupu yang lain datang cuba 🤦🏼🤦🏼

tapi tak kisah sangat pun sebab sekali pump pun dah boleh guna untuk satu kepala kalau kepala lelaki la 😂 kalau jenis rambut tebal kena apply dua tiga kali jugak la bagi kena satu kepala hahaha! harga pulak murah sangat pada sha kalau dengan 100ml ni, kalau korang kumpul sehari singgit pun tiap bulan boleh beli tau! hahaha


serum ni ada banyak jenis wangian tau, jadi korang boleh la pilih ikut wangian mana yang korang suka 🥰 untuk makluman korang, Kundal juga ada beberapa produk lain! korang boleh check kat website dorang ok? 😍 

Website : KundalGlobal
Instagram : @kundalmy.official




Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)
  • DAPAT JUGAK RASA DAGING HARIMAU MENANGIS
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN
  • LIRIK LAGU KARNA SU SAYANG | NEAR FT DIAN SOROWEA
  • PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGGUNAKAN J&T EXPRESS

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 29 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 91 makanan sedap 85 perkongsian 47 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 28 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 87

Followers

Blog archive

  • ►  2021 (5)
    • ►  January (5)
  • ▼  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ▼  May (8)
      • RESEPI PIZZA GUNA KEPINGAN WRAP!
      • PGMALL DAN MAYBANK QRPAY TAWARKAN 20% CASHBACK
      • RESEPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN KONFIRM SEDAP!
      • FROM SILVER TO RED ; IPHONE6PLUS STICKER
      • KFC NASI KARI ATUK
      • VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUN...
      • WRISTBAND UNTUK AKTIVITI LUAR ATAU EVENT
      • KUNDAL MACADAMIA ULTRA HAIR SERUM (WHITE MUSK)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • PERMATABIRU
    PKP 2.0 PERLIS
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Nurfuzie.com
    Cara Keluarkan Duit Dari ASB melalui MyASNB
  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Resipi Ayam Goreng Halia Bermadu
  • SITI.YANG.MENAIP
    Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • @Siti Sharini
    URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • Hikayat Budak Pening
    Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.
  • .she's the camera maniac.
    Happy Birthday Shopee! Love, Gong cha
  • zya akma
    LIRIK LAGU TEMAN DARI IMAN TROYE
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates