KFC NASI KARI ATUK


Assalamualaikum

KFC NASI KARI ATUK | Hi! tengah fikir nak berbuka apa ke tu kejap lagi? takpayah la fikir lama lama sangat 😂 korang boleh pergi bersiap sekarang atau order je online menu yang takbaru sangat oleh KFC ni.



sebenarnya dah lama nak try, i mean lepas dia keluar la sebab i like the packaging HAHAHA tapi sebab PKP ni pendapatan pun kurang memuaskan jadi sekat kejap nafsu 🥴 tapi semalam tetiba bukak belakang casing jumpa rm20 😭 mungkin rezeki! jadi tanpa melengahkan masa, disebabkan kawasan rumah sha takda penghantaran oleh pihak KFC or mana mana servis penghantaran makanan, nak taknak kena keluar pergi beli sendiri lah (makanan pun beli sendiri cek weh)


rasanya last makan KFC masa awal awal PKP kot 🤔 tu pun merap dengan ...... aaa nanti cerita! selalu kalau nak beli KFC sha akan keluar awal (kalau bulan puasa) tapi haritu sha keluar lepas asar macam tu, ingatkan ramai la kat KFC tapi alhamdulillah kejap je dah dapat 🥺



dah dapat set KFC Nasi Kari Atuk ni, balik lah rumah dan tunggu waktu berbuka. harga set ni untuk 2 ketul ayam adalah RM16.30 & untuk 3 ketul ayam RM19.90 kalau taksalah. set ni didatangkan dengan nasi, ayam, coeslow, kari, sambal & air.

sebenarnya family sha buka puasa takmakan nasi tau 😂 kitaorang akan berbuka makan kuih muih dan murtabak macam tu je. nasi makan bila? ada yang makan lepas terawih, kalau macam sha makan sahur jelah 🤣 jadi hari kejadian, sha berbuka makan nasi. penat juga la rasa dia 😂 rasa menyesal pun ada tapi taksabar nak makan 😩😭



so apa yang boleh sha cakap pasal set ni, ayam goreng dengan nasi tu sama ja, coeslow pun sama ja. kari tu first time sha rasa dan sha suka 😂 sha suka sebab kari dia pekat baqhang 🤤😋 sambal tu pulak adik sha cakap dah pernah keluar dulu 🧐🤔 taktahu la pasal tu tapi ok ok jelah sambal tu hahaha sambal tu rasa macam sambal sotong 🤔 tapi overall oklah, sebab sha memang suka kfc 😛 asalkan ada ayam goreng yang takpelik pelik kira sedap la kan hehehehe

korang dah try ke? kalau dah cer korang bagitau rasa sambal tu, rasa sambal apa hahaha! oklah jangan duk fikir makanan lama lama sangat 😂 kejap lagi pergi beli je ok? 💃🏼

; entry ditulis tengah malam 🤣 sorry geng 😛

8 Comments

  1. Tak pernah try lagi. Sejak PKP, x pernah pi KFC.

    ReplyDelete
  2. KFC ada kari .... hebat.

    ReplyDelete
  3. ramai kata sedap
    haihhh xsempat nak merasa lagi

    ReplyDelete
  4. kari tu sedap yek, tak pernah lak try.... aritu beli kfc tapi tak terpikir lak nk try yg kari ni takut tak sedap hehehhe

    ReplyDelete
  5. belum try lagi. teringin nak try tapi tak tahu bila. ramai ckp sambal tu sedap.

    ReplyDelete
  6. tak berapa minat set KFC yang ada nasi. kalau pergi KFC, mesti makan ayam je. burger pun tak pandang. hahaha...

    ReplyDelete
  7. Kari dia memang pekat.. sedap sangat.. tapi akak beli yang dalam bowl tu.. yang nie nampak lagi menarik..

    ReplyDelete