RESEPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN KONFIRM SEDAP!


Assalamualaikum

RESEPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN KONFIRM SEDAP! | Hi! semperit ni antara kuih raya wajib kan kalau pergi mana mana rumah 🤔 walaupun sha suka almond london lebih tapi kalau pergi rumah orang tetap cari biskut semperit ni 😂 


sebabkan sha suka makan semperit ni, sha try la buat! mudah je korang, guna tiga bahan + 1 bahan hiasan terus dapat sebalang semperit 💃🏼 selama sha buat guna resepi ni takpernah gagal lagi la 😂 ok jom tengok bahan bahan dan cara buat!

Resepi Semperit Susu Tiga Bahan 


Bahan :

125gm buttercup
1/4 cawan susu pekat
270gm tepung jagung

*coklat chip untuk hiasan

Cara - cara :

1. campurkan buttercup dan susu pekat, kemudian masukkan tepung sikit sikit sampailah jadi doh yang licin
2. masukkan doh dalam acuan tekan pastu letak coklat chip!
3. bakar selama 25minit dengan suhu 160°c (ikut jenis oven)
4. dah siap!

Hasil kejadian daripada resepi diatas :



sepatutnya letak coklat chip tapi hari kejadian, kita cari semua kedai takda coklat chip. owner kedai siap bagitau - dah order dik tapi PKP takboleh hantar hahaha! ha nampak tak bila buat biskut ni😂 sebelum puasa ye tapi baru rajin nak menaip hehehe. 





7 Comments

  1. sedapnya tp xde acuan tu nak buat semperit

    ReplyDelete
  2. kawan pernah bg rs ni.. mmg sodap..

    ReplyDelete
  3. boleh try gak ni...simple je resepi

    ReplyDelete
  4. Wow simple ni sha. boleh cuba nanti hehe tapi dh nak dekat raya ni. haih sempat ke :(

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. cantik juga bila bubuh manik-manik tu..

    ReplyDelete
  6. sedap nampak...boleh pinjam resepi...nak cuba buat

    ReplyDelete
  7. senangnya guna 3 bahan je.. yg nak ada cuma jgn malas.. hehe

    ReplyDelete