RESEPI : NASI GORENG TELUR MASIN


Assalamualaikum

RESEPI : NASI GORENG TELUR MASIN |  Hi! so harini nak share sikit menu nasi goreng yang sha baru try harini! actually adik sha lah, jenis hantu nasi goreng! dia kalau makan nasi goreng hari hari pun ok haha kita yang nak mengoreng nilah yang takda idea. semalam pi kedai nampak telur masin terus beli, 3 biji RM3. dulu last beli masa harga sebijik RM0.60 :3 jadi marilah mulakan, ohh blogpost ni akan bgtau bahan dan cara cara sahaja, takda gambar masa masak sebab saya takreti nak ambik gambar masa masak, maaf seribu kali maaf :/



BAHAN - BAHAN :-

nasi sejuk (saya guna 2 mangkuk nasi untuk 4 orang makan)
2 biji telur masin (direbus selama 10 minit, disejukkan dan hancurkan secara kasar)
beberapa biji cili padi
bawang untuk menumis
sedikit garam
sedikit kunyit (takletak takpa)
minyak masak

CARA MEMBUAT :-

1. panaskan minyak (jangan panas sangat takpa haha), masukkan bawang dan cili yang telah dipotong dan tunggu hingga naik bau
2. masukkan telur masin
3. masukkan nasi
4. gaul sehingga sekata then masukkan sedikit kunyit sebab nak bagi ada warna
5. masukkan garam dan dah siap~


maka inilah kejadian lepas nasi tu siap

zoom sikit

sebabkan rasa kosong sangat nasi ni haha sha decide nak add on something iaitu daging bakar! sedap baqhang! adik sha siap tambah nasi lagi padahal awai awai tu dia cakap "pelik pelik ja kaklong ni masak" πŸ™„πŸ™„πŸ™„

kepada yang takda idea nak memasak untuk sarapan ke makan tengahari ke boleh lah try hahaha pasni insyaAllah banyak lagi resepi nasi goreng coming soon hahaha sebab hari hari memang makan nasi goreng je sha ni :p

ok bai!

{schedule post}

9 comments:

  1. kat sni telo masin 50sen sebijik..

    sedapnye ns goreng.. mmg xbosan mkn walaupon ari2 mkn ns goreng.. haha

    ReplyDelete
  2. nasi goreng ni boh apa pun sedap bagi akak, heheheh telur masin pun layan jugak...
    lagi best bila kita masak n orang yang makan siap bertambah lagi

    ReplyDelete
  3. simple je nasi goreng ni, guna bahan yg ada je :)

    ReplyDelete
  4. Sedap..dulu rajin buat. Tambah tuna atau sardin lagi sedap :)

    ReplyDelete
  5. senang ja rupanya nak buat.. ok lepas ni boleh cuba... suka juga telur masin ni

    ReplyDelete
  6. boleh cuba gak ni, sha..asben akak peminat telur masin. hehe

    ReplyDelete
  7. Wah.. idea yang menarik.. Boleh dicuba nie..

    ReplyDelete
  8. nanti rabia cuba buat nasi goreng telur masin

    ReplyDelete