FILEM : DUA GARIS BIRU


Assalamualaikum

FILEM : DUA GARIS BIRU | Hi! akhirnya filem yang ditunggu tunggu dapat juga sha tengok! so filem ni berasal dari Indonesia. yang buat sha tertarik nak tengok filem ni sebab cerita dia pasal remaja haha well walaupun dah tak remaja sangat tapi kena la dengan jiwa. mula mula tau pasal filem ni sebab tengok tayangan perdana kat FB rasanya, terus rasa nak tengok nak tengok nak tengok jugak!


SINOPSIS DUA GARIS BIRU

Dua Garis Biru menceritakan mengenai kisah cinta sepasang anak muda iaitu Dara dan juga Bima. kisah percintaan mereka yang penuh dengan tawa, gurauan serta romantik ini disokong oleh rakan rakan serta keluarga mereka. namun kegembiraan itu hilang seketika kerana digantikan dengan perasaan takut serta bingung kerana Dara disahkan hamil! segala sokongan dari rakan serta keluarga terus hilang. Dara dan Bima kemudian terpaksa menghadapi hal-hal yang tak pernah dibayangkan oleh anak muda yang berusia 17 tahun. Mereka juga mempertanggungjawabkan hal tersebut.

PELAKON DUA GARIS BIRU

Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara, Lulu Tobing, Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Arswendi Nasution, Rachel Amanda, Ariella Calista Ichwan, dan Cindy Hapsari Maharani Pujiantoro Putri


PENDAPAT SAYA?

masa mula mula tengok tayangan perdana tu dah macam nampak la apa yang akan terjadi untuk the whole story. sha ingatkan sha takkan skip langsung masa tengok filem ni sebab mula mula rasa best haha tapi bila sampai tengah tu dah mula bosan~ sebab pihak family bima macam langsung takboleh buat keputusan apa apa dan kena ikut apa family perempuan tu decide padahal benda boleh bawak bincang aiyoo. lepas tu okaylah enjoy juga la. cerita ni boleh buka mata kepada remaja remaja yang taktau akibat kalau bergaul terlalu bebas. kesan yang dorang akan dapat tu, risiko kehamilan semasa usia muda dan macam macam lagi! sesuai untuk buat tontonan remaja bawah 18 tahun sebab cerita ni takda pun aksi yang keterlaluan pada sha. tapi ending dia huhu sha rasa akan ada dua garis biru 2! sha rekomen lah cerita ni, sebab cerita ni bukan pasal bercinta je tapi ada juga part kekeluargaan. ok sekian

12 comments:

  1. cerita ni la Aien tengok hari tu. Tapi separuh je la. haha

    ReplyDelete
  2. singgah isnin
    sory hr nie bz x dan blogwalking

    ReplyDelete
  3. pernah nampak iklan filem ini jugak... apa yang akak perasan remaja di indonesia sangat bebas dalam pergaulan, tapi filem macamni tak berapa sesuai di malaysia, kang ramai lak yang jadikan ini sebagai panduan...

    movie dari indonesia walaupun agak bebas tapi selalunya mesti ada pengajaran untuk semua pihak...

    ReplyDelete
  4. mcm menarik jgk jln cite ni,,..

    ReplyDelete
  5. macam pernah nampak poster ni. ohh kisah konflik remaja lah macam tu ye. bagus juga ada moral value.

    ReplyDelete
  6. Filem ni bnyk review tapi tak tertengok pun lgi. Hehehhe

    ReplyDelete
  7. Citer Indonesia yang akak penah layan, Ada Apa Dengan Cinta je..haha..nmpk tak baper lama tak nengok citer Indonesia. hehe. Yang Ni akak tunggu masuk kat dalam Netflix la. hehe.

    ReplyDelete
  8. Citer Indonesia yang akak penah layan, Ada Apa Dengan Cinta je..haha..nmpk tak baper lama tak nengok citer Indonesia. hehe. Yang Ni akak tunggu masuk kat dalam Netflix la. hehe.

    ReplyDelete
  9. tengok tajuk pun dah tau kan sebab pasal garis biru tu, kan sinonim dengan kehamilan. hehe

    ReplyDelete
  10. lama mama x tgk citer macam ni sebab takde geng huhu

    ReplyDelete
  11. Memang ada plan nak tengok, trailer pun dah tengok. Ada masa boleh tengok ni, heheheh :p

    ReplyDelete