SAFI DERMASAFE SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF!


Assalamualaikum

SAFI DERMASAFE SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF! | Hi korang! harini sha nak share dengan korang skincare yang sha baru try, sha ni kulit jenis berminyak tapi sejak sejak busy dengan kehidupan ni kulit sha terus jadi sensitif tapi nasib baik sensitif yang tak teruk. jadi sha ada jumpa satu rangkaian produk daripada SAFI iaitu SAFI DERMASAFE


dalam set yang sha guna ni ada 5 bahan produk iaitu :-


🌟 Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Gleanser (morning)
🌟 Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser (night) 
🌟 Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser (morning)
🌟 Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser (night)
🌟 Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist (all the day/when needed)


Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Gleanser


Pencuci muka ni diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile dimana dapat membersihkan kulit secara mendalam dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kemerahan dan kerangsangan pada wajah untuk keselesaan kulit. pencuci muka ini juga membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri


cara penggunaan : picit produk ke tapak tangan dan titiskan sedikit air, gosok tapak tangan sehingga produk menjadi buih, gosokkan ke muka secara perlahan lahan dan bilas dengan air

Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser


pencuci muka ni pula merupakan pencuci muka yang lembut dan ringan dimana dapat menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam! pencuci muka ini juga diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile. formula yang tidak kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar disamping mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal sihat dan bermaya



cara penggunaan : pam produk ketapak tangan dan urutkan ke wajah lalu bilaskan dengan air

Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser 


pelembap siang ini dirumuskan dengan ramuan semula jadi ekstrak Likuoris & Chamomile yang menyegarkan. tekstur pelembap siang ini tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam!


cara penggunaan : sapukan ke muka dan leher, urutkan secara membulat

Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser 


pelembap malam ini juga diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile yang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit wajah tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.


cara penggunaan : setelah mencuci muka, sapukan pelembap ke wajah dan leher yang bersih. urutkan wajah secara membulat


Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist


booster mist ini diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile yang mana mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang dapat mengekalkan kelembapan pada wajah disamping melindungi kulit dan membolehkan solekan tahan lebih lama


cara penggunaan : tutup mata dan spraykan keseluruhan wajah. booster mist ni boleh digunakan sebagai makeup setter atau instant fresher.


MY THOUGHT

lepas dah guna semua produk ni, paling sha suka adalah booster mist! dengan botol yang muat muat beg tu, boleh bawak kemana mana :p antara dua cleanser tu pulak, sha suka yang gel punya hikhik sebab lepas guna rasa kulit lembab je. pelembap pulak memang cepat meresap ke kulit! memang suka betul la dengan set kalini, packaging pun cantik kan? ;P



korang boleh dapatkan semua produk ni dikedai / pasaraya berhampiran anda!

6 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. adoi.. comel betul desing dia.. suka lak nengok..

    ReplyDelete
  3. wahh..bagusnya...saya pengguna tegar safi..tapi safi rania la

    ReplyDelete
  4. Wahh byaknya.. sy belum pernah cuba lagi produk safi. Nice sharing

    ReplyDelete
  5. hey.. Safi memang bagus tau.. hee~ sampai harini kakak pun pakai pencuci muka Safi.. memang serasi untuk wanita Asia..

    ReplyDelete