3/28/2019

TRY MINUMAN VIRAL DARI 7E THAILAND!

by , in

Assalamualaikum

TRY MINUMAN VIRAL DARI 7E THAILAND! | Hi! first of all tlg doakan sha rajin balik nak berblogging kahkah. maybe entry ni macam tak uptodate sangat haha sebab benda yang sha nak cerita ni sebenarnya hampir semua orang dah pernah try :p so minggu lepas adik sha pi thailand sebab nak beli barang motor, bestkan jadi laki nak kemana semua senang :3 pagi masa dia bagitau nakpi thailand tu sha takda rasa nak "order" apa apa pun, pastu bila tengahari baru ws dia bgtau nak bla bla &&& taksangka dia beli!


adik sha ni jenis yang memang susah la nak beli apa apa kecuali kalau dia pi mana mana haha ingat lagi haritu dia pi cameron, suruh dia beli teh dengan strawberry sekali dia beli strawberry bekas yang besar tu :3 sampai lembik la bila sampai kedah haha! so kalini dia pi thailand nak suruh la dia beli air minuman yang orang Malaysia selalu beli bila pi thailand. masa suruh dia beli tu ws kat dia gambar sebab kalau takbagitau betul betul nanti jadi macam (BACA SINI), dia pun ok :3

YAYYYYYYYYY DIA DAH BALIK!


malam adik sha balik tu tak sedar dah pun haha bangun pagi tu tengok dia dah ada kat tempat tidur dia, terus yay yayy hahaha pi tengok dalam beg eh takdak pun pastu pi bukak peti ais woooowwwwwwww wuuuu wiiii hahahaha rasanya suruh dia beli 6 botol semuanya tapi dia beli yang macam atas ni je, eh takpalah orang belanja kan :p

LATTE ARABUS


 bukan coffee lover tapi tekak jenis semua benda boleh telan dannnn air ni sedap gila ok! dan manis gila ok!!!!! rasa latte dia memang pekat gila hahaha terasa kat tekak masa tengah taip entry ni :3 warna taktau warna apa sebab dia seal dan sha takbukak pun haha. oh ya packaging cantik!!! harga taktahuu hehe

MEIJI BANANA


sha rasa adik ambik yang botol besar haha rasa jelah. rasa air ni pulak tak kena tekak sha haha kuat nau rasa pisang dia tau,  susu + pisang aaaaa kenot! rasanya antara 3 yang adik beli yang ni paling tak masuk tekak tapi habis jugak agagagaggaga sayang oi kalau simpan sapalah nak minum 

SAPPE BEAUTI DRINK - COLLAGEN



ok jap nak ingat balik apa rasa air ni hahaha. ok rasa air ni macam air laici tapi macam laici gas hahaahaha. antara sebab suruh beli air ni sebab nak rasa je tak expect pun nak cantik ke apa :p tapi lepas minum air ni memang rasa segar tubuh badan githu. 



actually sha ada suruh adik beli makeup jugak hahaha tapi dia takbeli, tau sebab apa? dia cakap takjumpa pun :3 tipulah tu hahaha benda dalam 7eleven tu ja pun. takpalah nanti ada rezeki kita pi sendiri hahaha! lama jugak duk dengar pasal 7e kat Thailand ni tapi taksampai sampai lagi, korang pernah pergi tak? sana makan mahal takkk? kalau ada yang pernah pergi & ada buat entry pasal trip ke sana jangan lupa bagi link, nanti kita baca!



3/28/2019

SEMAK BANTUAN SARA HIDUP BAGI GOLONGAN BUJANG 2019

by , in


Assalamualaikum

SEMAK BANTUAN SARA HIDUP BAGI GOLONGAN BUJANG 2019 | Hi! alhamdulillah ada juga rezeki untuk golongan bujang. tapi macam mana nak semak? dah masuk ke duit dalam bank? ok meh nak share!



2. masukkan no kad pengenalan anda & klik semak


3. keputusan bsh anda!



korang dah semak belum?



3/25/2019

HANSAEGEE NATURE ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

by , in

Assalamualaikum

HANSAEGEE NATURE ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER | Hi! sekarang ni macam macam jenama kan kat luar sana tapi sha yakin korang mesti pernah dengar pasal satu brand ni. brand ni bukan saja ada skincare tapi juga makeup! dan yang penting, brand ni dihasilkan daripada natural ingredient!


HANSAEGEE NATURE

"Hansaegee" berasal dari 2 kombinasi perkataan Korea "한국" & "세기" menjadi "한세 기" bermaksud Korea Century 韩国 世纪.

Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan semua produk dibuat di Korea. Ditubuhkan sejak tahun 2011, Hansaegee Nature memulakan dengan mengimport produk berkualiti tinggi & produk penjagaan kulit asli dari Korea. Dan semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Matlamat Hansaegee Nature adalah untuk berkongsi produk penjagaan kulit yang berkualiti dengan wanita Malaysia dengan cara mudah dan kaedah keselamatan.

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

susah kan nak cari satu satu produk yang betul betul sesuai dengan kulit muka kita. sebelum beli apa apa produk kita kena tau dulu kulit muka kita ni sejenis apa, normal ke kering ke berminyak ke kombinasi ke? kalau macam sha, kulit muka sha jenis berminyak hahaha so kalau sha pakai cleanser yang jenis takda buih memang rasa muka tak cuci 😌 sebaik jumpa cleanser dari Hansaegee Nature ni, memang puas hati gila bila guna cleanser ni!


KENAPA KENA GUNA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEASER?

👉 Mengeluarkan lebihan sebum & minyak pada kulit
👉 Mengawal minyak diwajah
👉 Membersih secara mendalam ke liang kulit
👉 Memberi kelembapan pada kulit, tidak kering selepas digunakan



MAIN INGREDIENT

🌿 Aloe Barbadensis Leaf Juice ; 
🌿 Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; 
🌿 Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; 
🌿 Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; 
🌿 Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; 
🌿 Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract


CARA MENGGUNAKAN

1. Pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu. Basahkan tapak tangan dan juga muka

2. Pump cleanser ke tapak tangan secukupnya, sapukan ke muka & urut secara membuat gerakan pekeliling

3. Bersihkan muka dengan air suam


MY REVIEW :


sebelum guna takut takut tapi lepas dah sekali guna memang jatuh cinta! ingatkan bila cleanser yang jenis bubble ni akan keringkan kulit (walaupun kulit sha jenis berminyak) tapi tak langsung! lepas dah basuh muka, kulit rasa moist je! sha pun perasan yang kulit muka sha dah tak berapa berminyak macam dulu dah! love this product ❤️❤️❤️❤️❤️

DIMANA NAK DAPATKAN?

Beli disini ➡️ aloe ac clean bubble cleanser


UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Hansaegee Nature
017-695 6079 (what’s app only)

Online Shop: http://www.hansaegee.com/shop/
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
 Blog : https://hansaegeenature.blog/
Twitter : https://twitter.com/hansaegee
Facebook page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





3/18/2019

LIRIK LAGU MANA ADA HATI | AYDA JEBAT (OST ASALKAN DIA BAHAGIA)

by , in



LIRIK LAGU MANA ADA HATI | AYDA JEBAT

Dahulu 
Kau buatku terus terpaku
Kini kau tak seperti itu
Yang menjaga hatiku

Walaupun 
Tlah ku berikan semua untukmu
Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi


3/16/2019

FINALLY GOT MY LIPSTICK!! + SWEET LETTER FROM LOREAL MALAYSIA

by , in

Assalamualaikum

FINALLY GOT MY LIPSTICK!! + SWEET LETTER FROM LOREAL MALAYSIA  | Hi! rindunya nak berceloteh tiap hari kat sini hahaha tapi nak buat macam mana dengan aktiviti harian yang tak mengizinkan dan kalau celetoh hari hari pun sapa jelah nak membaca :p


ok cerita dia macam ni, satu malam tu susah gila nak tidur hahaha sambil sambil dengar youtube tu bukak la shopee sebab selalu akan lali bila scroll shopee, sekali ada sales uolls! murah gila pulak tu hahahaha! ok duit dalam bank ada, duit ada purse pun ada lagi. OK KENA BELI! sha sebenarnya nak beli lipstick ni sebab dah berbulan teringin uolls, nampak dak punya teringin tu tapi takdapat hahaha pastu dah alang alang sales, grab terus!

YAYY BARANG SAMPAI!


macam biasa hoho barang sampai kat kedai kawan (berdekatan tempat kerja lama) so petang semalam sha pi ambik jugak kahkah excited sangat dengan barang baru :p bila bukak parcel, eh eh 2 lipstick? serious la, order satu ja kot hahahhaa pastu terus pi baca rating, oh free gift! bestnyaaaaa! so beli apa? ya beli lipstick dan foundation hahaha!

MAYBELLINE FIT ME MATTE + PORELESS FOUNDATION (330 - TOFFEE)



ni bukan first time, tapi ni 2nd time beli haha yang first time beli sebab sales jugak. halah halah perempuan dengan sales mana boleh pisah :p tapi yang haritu sales dapat RM25 tapi kalini sales dapat RM 19.90!!!!! gila ko takbeli! terus cakap kat bf, ala foundation ni untuk raya nanti :p 



antara sebab repeat order adalah ; suka gila dengan foundation ni sebab matte (yesss, i have oily skin gurrls), walaupun matte tapi tak keringkan kulit, banyak shade, senang nak cari! yang taksuka pasal foundation ni ; bekas dia em sedih asyik tertuang banyak hshshshsh, bila pakai dan peluh lekat kat tudung T____T

macam mana nak cari shade yang sesuai dengan kulit kita? try n error kahkah! banyak tau foundation/bbcream sha beli tadi cerah nak mati em sedih. ok next

MAYBELLINE THE CREAMY MATTES 



so i told my cousin "biy, kaklong beli satu ja tapi dia bagi dua" "sapa hantar? laki ka? dia suka kaklong la tu" kahkahkahkah! ok sebenarnya nak beli lipstick ni dari last year lagiiii tapi asyik mahal jeeeek sha dah la kedekut :p so postpone dan akhirnyaaaaa!!!!! dapat jugak


actually ni first time beli yang creamy punya, selama ni guna yang powder tapi masalah dia sekarang, yang powder tu senang gila patah -_- bayangkan baru guna sikit pastu patah ehhhh apahal geram ja kita hahaha sebab tu beli yang ini pulak. tadi dah pakai yang nude tu, okaylah tapi tak naik seri pulak hahaha adoi banyak nau nak mengomen

VIBRANT VIOLET

NUDE NUANCE

tetiba yang violet tu bercahaya pulak muka sha :p ok selepas sekali pakai yang creamy ni sha rasa bibir sha ok dengan dia hahaha dah tak kering macam bila pakai yang powder, yay! harga masa beli ni RM 13++

SURAT CINTA?? SWEET LETTER?


oh noooo! percaya atau tak sha melting gila dengan surat ni hahaha. ok at first masa bukak parcel tu nak marah sebab dorang tak wrap elok elok foundation tu :p tapi lepas je baca surat ni terus macam awwww sweetnya hahaha ok nanti nak beli lagi la dengan seller ni! hahahaha

kat mana beli semua ni? haruslah kat shopeee! oklah bai!









3/13/2019

LIRIK LAGU MENCINTAIMU | AEPUL ROZA (OST ASALKAN DIA BAHAGIA)

by , in


LIRIK LAGU MENCINTAIMU | AEPUL ROZA

Ku berikan cinta ini
Hanya untuk kau miliki
Biar semua tahu
Bahwa ku sangat mencintai kamu

Ku percaya kau adalah segalanya
Yang mampu bahagiakan aku
Biarpun terpisah jauh
Hatiku hanya ada namamu

Takkan pernah mudah
Untuk aku melupakanmu
Tak pernah berhenti mencintaimu
Sungguh aku benar-benar inginkanmu

Hanya kau yang mampu
Kembalikan senyumanku
Hanya kau yang mampu
Membuat hidupku rasa sempurna

Takkan pernah mudah
Untuk aku melupakanmu
Tak pernah berhenti mencintaimu
Sungguh aku benar-benar inginkanmu

Takkan pernah mudah
Untuk aku melupakanmu
Tak pernah berhenti mencintai
Mencintakanmu

Ku berikan cinta ini
Hanya untuk kau miliki
3/12/2019

BARANG WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL : RESCUE KIT!

by , in

Assalamualaikum

BARANG WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL : RESCUE KIT! | Hi korang! takhabis lagi bercerita pasal travel keh keh walaupun pi travel 1 hari ja tapi sha ni jenis yang suka berjaga jaga dan bersedia awal (kalau pi jalan jalan la). dalam slingbag sha memang akan ada tisu kering, tisu basah, lipbalm, powder dan RESCUE KIT!


sampaikan masa dating kan, bf sha cakap ni handbag ke poket doraemon hahaha! sha ni bukan apa daripada masa kejadian baru nak cari apa semua baik siap sedia semua kan? tambah tambah kalau ubat ubatan ni, beli kat rnr boleh tahan harga dia -_-

RESCUE KIT BY TRAVELLERS.RESCUEKIT

BAHAGIAN DEPAN

sha ni memang jenis senang dapat penyakit, tambah tambah kalau berubah tempat atau cuaca haha so sebagai persediaan awal sha bawak sekali rescue kit ni bersama sha time pi jalan jalan. tengok gambar atas, letak dalam slingbag ja! senang pun senang sebab all in 1 gitu, takpayah nak selit beg sana beg sini pastu tak ingat letak kat mana (well selalu jadi kat diri sendiri :p)

BAHAGIAN BELAKANG

kat bahagian belakang kotak ni ada semua maklumat mengenai ubat ubat dalam kotak tu, siap ada exp date lagi! 

BAHAGIAN DALAM | JENIS UBAT DAN DOS PENGAMBILAN

biasalah kita sebagai manusia biasa jarang rasanya nak hafal dos ubat haha kalau ubat demam tu tahu la selalu orang ambik, maksud sha kalau ubat yang jarang jarang diambil manalah tahu kan banyak mana nak kena ambik, haaaa jangan risau! semua dah tercatat :D

PARACETAMOL 500mg

STEMECIL 5mg | CETRIZINE HCL 10mg

LOPERAMIDE HCL 2mg | GELUSIL

ORAL REHYDRATION SALT


for me la kan, bagus gila ada kit yang macam ni. siapa yang suka travel tu mesti bersyukur gila sebab wujud kit macam ni, senang nak bawa dan ringan pulak tu. oh ya kotak kit tu daripada tin tau so memang takkan pecah or dimasuki air lah. those yang suka travelling tu korang memang wajib dapatkan 1! sha bagi 10 bintang untuk effort buat kit ni! loveeeee sangat!


NAK BELI KAT MANA?

Instagram : @travellers.rescuekit







3/11/2019

LATE DINNER DI IMAN KUEY TEOW KERANG, ALOR SETAR

by , in

Assalamualaikum

LATE DINNER DI IMAN KUEY TEOW KERANG, ALOR SETAR | Hi! kembali bersua dengan cerita makan makan. lama jugak rasanya tak cerita pasal makan makan ni.bukannya tak makan, makan je tapi nak update tu malas hahaha. disebabkan cerita ni tengah panas - panas lagi, jadi rajin nak cerita hihi


ceritanya begini, tekak ni memang dah beberapa hari mintak CHAR KUEY TEOW tapi nakpi makan takda yang nak teman hahaha pastu kebetulan semalam pi tengok Captain Marvell ; korang dah tengok ke? belum? takyah la tengok hshshshhss ok pastu masa melayan kebosanan masa dalam cinema tu whtsapp la kawan, abang GSC lalu sebelah jeling jeling :p tanya kawan kat mana char kuey teow sedap kat Alor Setar ni, dia cakap kat Iman.

IMAN KUEY TEOW KERANG, ALOR SETAR


sebenarnya dah lama tau pasal kedai ni, macam viral jugak la dan ada baca yang cakap tak orang kedah la kalau tak pernah pi makan hahaha nak cari kedai ni pun mudah je sebab tepi jalan. ok no hate ya, tapi rasanya pelayan yang perempuan kat kedai ni memang muka semua masam eh? taktahu la sebab dah lewat ke time tu (10 lebih) atau dah letak, pelayan tak senyum cashier pun tak senyum :( yang pelayan lelaki ok je senyum hohoho so! bebalik kepada niat nak makan char kuey teow tak kesampaian sebab takda hahaha tengok kat tempat tangan harga tu dia dah salotip kat tanda char kuey teow so kami pun orderlah kuey teow kerang special


servis tempat ni tak laju tak lambat tapi lambat tu paham la sebab customer ramai hahaha kebetulan semalam hujan maybe semua lapar, terus keluar cari makan kan :P dalam 10 minit jugak la baru sampai, sama sama sampai tu ja terus ambik gambar >< tapi nampak tak menarik kan? ha sabar jap, mohon bersabar ini ujian...


ok geng macam mana sekarang hahaha terliur tak tengah tengah malam ni (kalau ada orang baca la) banyak baqhang kerang dia, satu suapan mesti ada kerang dengan telur separuh masak aduhhhh nak menangis kelaparan rasanya taip entry ni hahaha

muka mengantuk (sempat selfie :p)

korang pernah makan tak kat Iman Kuey Teow ni? or ada lagi kedai yang lagi sedap dari ni? haha boleh try lepas ni pulak.

kepada yang nak pi kedai ni hampa google ja "Iman Kueyteow Alor Setar" 



Alamat : Sultanah Bahiyah Highway, Taman Pandan, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : 7pm - 1am
No. phone : 013-674 9320







3/06/2019

REVIEW BRIGHTENING SERIES BY LARAINE MALAYSIA

by , in

Assalamualaikum

REVIEW BRIGHTENING SERIES BY LARAINE MALAYSIA | Hi korang! ingat lagi tak sha pernah story pasal Laraine Malaysia? (BACA SINI) haritu cerita pasal HA series, kalini nak bercerita pasal Brightening Series pulak. to be honest sha memang tak ambik kisah dah pasal nak putihkan muka semua ni haha tak macam dulu, tapi.....


tapi *sambung ayat atas* lepas sha berjemur kat tepi pantai haritu memang muka kaki tangan semua burn weh! sedih gila bila muka burn, haritu masa pi berjemur tak terfikir pulak pasal ni hahaha sebaikla ada produk dari Laraine ni! bukan setakat untuk muka je, sekali untuk badan uolls!

KELEBIHAN BRIGHTENING SERIES DARI LARAINE ;-


💣 mencerah dan menglowingkan kulit
💣 menjadikan kulit lembut dan smooth
💣 kulit kelihatan lebih sihat
💣 menjadikan kulit putih serta merta
💣 mengurangkan tan, blesmish dan juga dark spot
💣 mengurangkan perubahan warnakulit
💣 membaiki tona kulit 

kelebihan dah tau tapi rupa masih belum tahu macam mana kan? haha yang sha paling suka pasal Laraine ni adalah packaging produk dorang! memang cantik habis walaupun simple je.

cream untuk kegunaan muka sahaja

lotion untuk kegunaan badan

antara dua ni yang mana paling sha suka? sha suka yang untuk badan tu hiks! sebab memang berkesan betul dengan sha, sha sapu lotion ni kat kaki sha sebab ada bekas kasut HAHAHAHAHA dan lepas 3 hari sha perasan yang kulit kaki sha dah kembali normal!!!! nak menangis time perasan tu tau, alah iolls memang selalu emo pun hahaha. yang cream untuk muka tu kalau kulit jenis kering okay kot sebab cream tu a little bit thick tapi kalau apa apa skin pun boleh je guna, guna sikit je bagi elok sapu satu muka ;)



Untuk maklumat lanjut :-


use my discount code : LaraineMY.Shfyqhazhr



3/06/2019

JOM KUMPUL DUIT DENGAN MONEY MAE- HEM

by , in

Assalamualaikum

JOM KUMPUL DUIT DENGAN MONEY MAE- HEM  | hi! siapa kat sini ada aplikasi Maybank2U kat phone? dah update ke belum? ha kalau belum update silakan update dahulu. korang yang selalu main game kat Plato ke Hago ke tu takdapat duit kan, apa kata main game kat aplikasi Maybank2U ni, setidak tidaknya dapatlah duit boleh buat duit poket kan?



CARA CARA NAK GUNA MONEY MAE HEM

1. Pastikan ada akaun Maybank2U & pastikan ada aplikasi tu kat phone (yang telah diupdate)
2. Login ke aplikasi Maybank2U
3. Klik "Experience MAE Now"

4. Isikan email, negeri korang dan masukkan my invitation code " nsa1223 "


5. Klik "Confirm"
6. Lepas konfirm, dia akan suruh topup hshshhs tapi disebabkan takut dia ambik RM10 tu jadi  tak topup pun, sha logout then login balik
7. Haaaa dah boleh start! Klik je kat "Money Mae-Hem" macam bawah ni


8. Ok dah boleh main! pastikan kutip duit je jangan ambik BOM hahaha! kutip permata untuk tambah masa ;)



Mesti tertanya tanya kan duit yang dapat ni boleh buat apa je? korang boleh masukkan duit tu kat dalam akaun korang lah! boleh jugak nak gunakan untuk paywave dan sebagainya :3

GOODLUCK SEMUA!

3/05/2019

TRIP KEDAH TO NILAI - KL

by , in

Assalamualaikum

TRIP KEDAH TO NILAI - KL | Hi! ini sebab la sha lama takmuncul kat blog dan cuma aktif kat IG story sebab situ je senang nak update apa apa :p setelah berhempas pulas settlekan semua benda sebelum 27 Feb and yeaaaaah~ dapat pi jalan jalan! sebenarnya bukan nak pi membeli belah sangat pun cuma nak pi tengok tempat orang 



so nak start dari mana, ok dari ambik kawan sha Nazirah hahaha sumpah terharu ada kawan yang sanggup spend duit nak teman kita pi berjalan ni :') so petang kejadian sha pi ambik dia kat rumah pastu pi beli barang sikit  then balik rumah DANNNN masa sampai rumah tu sha takpacking apa lagi hahahaha baru duk pikir nak bawak apa semua, tapi disebabkan nakpi sehari ja kan~ nak bawak apa sangat (tapi banyak jugak la)

lepas settle semua, cousin cakap pukul 10.30mlm nak bertolak, kami 10 lebih (sebelum 10.30) dah pi tunggu haha tapi lupa yang driver melayu hahahaha 11 lebih baru mai T___T sambil sambil tunggu driver sampai tu dah mengantuk teruk dah tapi masih sempat selfie :p then 11.28mlm macam tu kami mulakan perjalanan.

TAKRETI TIDUR DALAM KENDERAAN

oh my bad..... tak reti weh nak lelap dalam kenderaan yang tengah bergerak. dah la tersengguk sengguk hshshshshs sha rasa sha sorang sorang duk kelipop kelipop atas van tu. pastu tiap kali behenti RNR wajib masuk story ig :p bayangkan jelah dari pukul 11.28mlm sampai 5.30pg sha ada la tidur dalam 30 minit campur campur padahal esok nak berjalan T___T seronok ja tengok orang lain tidur dengan bahagianya hahaha.

SAMPAI RNR DENGKIL



5.30 pagi macam tu sampai RNR Dengkil, sampai sini driver suruh mandi, solat dan sarapan - pukul 7 nanti baru gerak. masa on the way nakpi toilet tu ada mesin gedegang dan ada ayaq stabak (starbuck) RM 10 hahaha pastu duk kata nak beli ka dak nak beli ka dak & yeah~ kami beli hahaha sanggup share sebab nak beli, nak rasa la konon. orang lain tengok pelik ja hahahaha

sarapan pagi tu ; sandwich tuna & stabak

lepas settle semua tu, kami pun gerak nak ke Nilai. dekat ja rupanya dengan Dengkil hshshshs maaf la sis taktau tempat tempat kat luar negeri ni. pastu dah bgtau buah hati dah, dari Dengkil nak gerak Nilai dah. dia pun gerak keluar sekali. disebabkan masa gerak dari Dengkil tu awal lagi, driver cakap nak bawak pi Dataran Nilai dan kampung telekung hahahahahaha ok pastu sesat nak cari kampung telekung tu. dua tiga kali jugak la dia duk round ikut situ, takjumpa haha dan masa tu dah 9 lebih dah, pastu terus la pi Nilai 3. yuhuuuuuuuu! 

pagi di Dataran Nilai~


NILAI 3

sampai ja Nilai 3, pakat cari toilet hbahaha biasalah jalan jalan dengan makcik memang selalu macam ni. sha tak shopping tapi pi dating (BACA SINI) taksampai sejam suruh makcik makcik tu shopping, van dah penuh dengan karpet hahaha adoi depa kena sewa lori gamaknya -_- pastu call la nak terus pi KL hahahahaha terbantut iolls datang jejauh nak dating lama takdapat T.T sha sempat beli bantal yang letak kat leher tu je.




sepanjang jalan nak ke KL sha tidur hahahahaha sedih weh dapat jumpa kejap je, sha kalau sedih memang tidur je. tidur semahu mahunya la cerita dia, malas nak fikir dah la batteri phone takda -_- bangun bangun eh dah ada kat KL

KUALA LUMPUR

driver tu behentikan kami kat Sogo untuk makan dan pastu pi la jalan jalan kat Jalan Masjid India tu. sha kenyang lagi sebab buahati belanja nasi ayam (sumpah takmo makan dah nasi ayam pasni 😭😭😭😭😭😭) so kami order air jelah hahaha ayaq pun mahai, besa kalau kat kedah RM3 boleh dua jenis dah hahahaa ni paling paling pun RM5. lepas settle makan berjalanlah kami nakpi Muaz. disebabkan takda mood macam malas nak usha baju apa semua, cuma ambik tudung jelah sehelai. pastu ikut cousin pi cari baju hoho sambil sambil tunggu di shopping sempat lah OOTD!







SURIA KLCC


pukul 5, dah jem dah kat atas jalan raya ni. hahaha driver bawak kami pi Suria KLCC suruh solat dalam tu -_- apa benda la,bawak jelah pi masjid kan senang hahahaha bila masuk situ dorang ingat nak masuk amende tah kat atas sekali tu, tapi dah tutup kahkahkahkah selamat. pastu makcik sdha call, mai cepat driver nak gerak dah satgi jem teruk hahaha. terkedek kedek la semua orang nakpi kat van, memang jem dah pun time tu. pastu teruskan perjalanan

BEHENTI RNR SUNGAI BULOH

pukul7 macam tu behenti RNR, driver suruh makan, solat atau ada yang nak mandi hahaha mandi apa aih, balik mandi kat rumah ja la :p pi lah makan, makan nasi sebab dah banyak tenaga hilang berjalan hahaha cukup 24 jam takmakan nasi, rasa pueh gila! oh ya nasi sha (nasi +ayam) ; RM 4.80, nasi kawan sha (nasi + ayam + sayur) ; RM 5.80 padahal sayur dia ambik sikit gila omaigad hahahaha stress sis. lepas makan nasi pi beli donut, sajala kot kot lapar atas van hahaha dan ontheway nak pi surau beli lagi. yelah duit banyak lagi hahahaha beli jala macam macam. pastu pukul 8 lebih macam tu kami pun balik




TETIBA BOLEH TIDUR

kan tadi sha cakap sha beli bantal leher tu kan, ha terus boleh tidur hahaha tapi mybe sebab letih sama kot. tapi takda la tidur sepanjang jalan, adalah tidur kejap pastu bangun terus cerah mata, duk chat dengan kawan hahaha "aku duk penang dah ni" "weh aku masuk kedah dah" :p pastu pukul 1 lebih sampai kat rumah, sampai rumah tidur terus~


macam letih je kan pi rombongan macam ni? tapi sha suka! setidaknya jimat kat penginapan hahaha. kalau pi mana mana penginapan selalu sha rasa tu beban sebab bukan nak stay situ pun, nak keluar jalan jalan haha rugi ja kalau bayar mahal :p sebab tu kalau pi jalan jalan sha prefer bilik yang murah dan kira oklah untuk tidur hahaha, tu sha la. lain orang lain pendapat dia. 

sekian, pokpek sha untuk trip ni, harap harap hujung tahun ni boleh la pi mana mana pulak! perak keeeeeew :p


My Instagram