LATE DINNER DI IMAN KUEY TEOW KERANG, ALOR SETAR


Assalamualaikum

LATE DINNER DI IMAN KUEY TEOW KERANG, ALOR SETAR | Hi! kembali bersua dengan cerita makan makan. lama jugak rasanya tak cerita pasal makan makan ni.bukannya tak makan, makan je tapi nak update tu malas hahaha. disebabkan cerita ni tengah panas - panas lagi, jadi rajin nak cerita hihi


ceritanya begini, tekak ni memang dah beberapa hari mintak CHAR KUEY TEOW tapi nakpi makan takda yang nak teman hahaha pastu kebetulan semalam pi tengok Captain Marvell ; korang dah tengok ke? belum? takyah la tengok hshshshhss ok pastu masa melayan kebosanan masa dalam cinema tu whtsapp la kawan, abang GSC lalu sebelah jeling jeling :p tanya kawan kat mana char kuey teow sedap kat Alor Setar ni, dia cakap kat Iman.

IMAN KUEY TEOW KERANG, ALOR SETAR


sebenarnya dah lama tau pasal kedai ni, macam viral jugak la dan ada baca yang cakap tak orang kedah la kalau tak pernah pi makan hahaha nak cari kedai ni pun mudah je sebab tepi jalan. ok no hate ya, tapi rasanya pelayan yang perempuan kat kedai ni memang muka semua masam eh? taktahu la sebab dah lewat ke time tu (10 lebih) atau dah letak, pelayan tak senyum cashier pun tak senyum :( yang pelayan lelaki ok je senyum hohoho so! bebalik kepada niat nak makan char kuey teow tak kesampaian sebab takda hahaha tengok kat tempat tangan harga tu dia dah salotip kat tanda char kuey teow so kami pun orderlah kuey teow kerang special


servis tempat ni tak laju tak lambat tapi lambat tu paham la sebab customer ramai hahaha kebetulan semalam hujan maybe semua lapar, terus keluar cari makan kan :P dalam 10 minit jugak la baru sampai, sama sama sampai tu ja terus ambik gambar >< tapi nampak tak menarik kan? ha sabar jap, mohon bersabar ini ujian...


ok geng macam mana sekarang hahaha terliur tak tengah tengah malam ni (kalau ada orang baca la) banyak baqhang kerang dia, satu suapan mesti ada kerang dengan telur separuh masak aduhhhh nak menangis kelaparan rasanya taip entry ni hahaha

muka mengantuk (sempat selfie :p)

korang pernah makan tak kat Iman Kuey Teow ni? or ada lagi kedai yang lagi sedap dari ni? haha boleh try lepas ni pulak.

kepada yang nak pi kedai ni hampa google ja "Iman Kueyteow Alor Setar" 



Alamat : Sultanah Bahiyah Highway, Taman Pandan, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : 7pm - 1am
No. phone : 013-674 9320







8 comments:

  1. Nampak sedap dan elok basahnya..
    Paling tak suka kalau jenis kering jer..kalau yang kering cina style jer...

    ReplyDelete
  2. aritu masa jln2 ke alor setar, tak dan nk jln2 cari mkn kt sana... singkat sgt masa nya

    menggoda betul bila dh selak tuh, isi banyak... telur tu bg nampak mantops lahai

    ReplyDelete
  3. memang nampak sedap la kuey teow kerang tu..nasiblah jauh..kalau tak boleh terjah

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap kuehtiaw kerang goreng basah tu kalau Mrs. A tak suka campur taugeh.

    ReplyDelete
  5. CCL pernah mkn kat sini..memang orang ramai

    ReplyDelete
  6. wow dia punya telur goreng tu.. penuh pinggan hehe..

    ReplyDelete