PENANG DAY 1 #SZNSHORTVACAY


Assalamualaikum

PENANG DAY 1 #SZNSHORTVACAY | Hi! harap harap dapat la ceritakan perjalanan kitaorang punya 3 hari 2 malam kat penang ni secepatnya sebab kalau tangguh maknanya next year la baru cerita balik. so harini nak cerita hari pertama kitaorang.


mula mula perancangan nak nai bas pagi so tengahari dah sampai sana dan dah start boleh gi jalan jalan tapi takjadi so kitaorang naik bas petang, pkul 4 tapi itu ini 4 lebih baru bertolak, sebabkan hari sabtu & jem, pkul7 baru sampai. lagipun masa tu hujan so takpala nak berhati hati pun kan haha sepanjang jalan sha tak tidur pun, nak jugak lelap tapi takboleh, takreti nak lelap -_- 


so bila dah sampai penang tu kitaorang naik nak beli tiket untuk balik, masa kitaorang naik tu takhujan lagi. bayangkan jelah, dah duduk dalam bas 2 jam lebih, pastu nk gi beli tiket kena naik tangga hahaha (padahal ada lif) memang sampai atas kitaorang duduk dulu, selfie siap. pastu kawan whtsapp dah sampai terminal tu, dia naik motor hahah dengan hujan :p

selfie dulu sebelum beli tiket

masa kawan whtsapp cakap hujan tu ingtkan hujan biasa biasa je, sekali rintik lebat kahkah! kitaorang turun terus gi kat dia, tapi kena sorang sorang la sebba naik motor kan. dekat je terminal dengan rumah kak nzirah ni. malam pertama stay rumah kak nzirah dulu sebab nakpi pesta yuhuuuu

ALAS PERUT

sampai je rumah nzirah, kak dia sediakan ni. sebenarnya sha perlukan air kosong ja tapi habis jugek epal tu kahkah.lapar wehhh, sebab ingat sebelum naik bas dari kedah nak makan dulu tapi dah lewat pulak. itu yang perut lapar kemain tu. rehat rehat kejap, lepas maghrib keluar pi pasar malam depan rumah nzirah tu, jalan je.

NASI KERABU - RM 7.50

pi pasar malam beli nasi kerabu padahal teringin nasi arab tapi nzirah kata takdak pastu masa jalan nak balik jumpa nasi arab :') time tu sis hanya berhuhuhu. nasi kerabu kat atas ni lauk daging + lada solok. lepas makan makan semua, kitaorang siap siap gi pesta penang! naik grab padahal dekat je kahkahkah

PESTA PULAU PINANG 2018

last datang pesta ni masa sekolah rendah, masa mak sihat lagi, masa tu kerap la datang penang, sekarang datang penang pun dah perak kahkah! masuk pesta ni masuk ambil gambar je, taktau la worth ke tak dengan bayar rm5 tu. nak naik permainan tu tak berani, entah la takut jugak karang jadi apa apa ha ha ha ha




gambar kat atas ni send kat orang jauh sebab dia teringin nak tengok pesta penang :p




sha pun tak lepaskan peluang nak bergambar hahaha, pantang tempat tu kosong je terus posing. pastu lepas habis bergambar, kitaorang pusing pusing tapak pesta ni, kot kot ada yang terbekenan. sha beli jersi sehelai & cincin yang ukir nama, kawan sha sama jugak tapi depa siap beli beg & ksut lagi kahkah

JARI GEMOK GEMOK NAKPI MANA

beli sorang satu cincin ni, satu RM 10 termasuk ukir nama tu. kira oklah tapi harini dah nampak makin pudar je ukir tu pun huhuhu. dalam pukul 11 macam tu kitaorang pun balik, mulanya nak naik grab tapi taktau kat mana nak tunggu, jadi kami pun jalan lah balik ha ha ha ha so boleh nampak kan dekat dia mcm mana. balik rumah terus mandi mandi, charge apa yang patut haha pastu tidooooo!

Perbelanjaan Hari Pertama 

Tiket bas pergi dan baliki : RM 26.80
Topup : RM10
Roti + Mineral : 3.70
Nasi kerabu : RM 7.50
Takoyaki (beli takmakan duk rumah nzirah kahkah ) : RM 5
Grab : RM 10/3
Tiket masuk pesta : RM 5
Beli air dalam pesta : RM 3
Jersi Kedah : RM 15
Cincin : RM 10
Air luar pesta : RM 3


17 comments:

  1. Meriahnya pesta pulau pinang tu.. Lama tak pergi pesta macam nie.. Dulu selalu gi kat teluk batik..

    ReplyDelete
  2. terbaek.. teringin nak ke penang :)

    ReplyDelete
  3. Masuk pesta tu menariknyaa, cantikk sangat. Harga tiket pun taklah mahal mana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tiket tu ok je harga sebab boleh duduk lama mana pun kita nak kan

      Delete
  4. banyak eh minum air hehe..
    masa nie best kan sbb pergi ramai2 dengan kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dahaga sebab asyik jalan hahaha! itulah, sedih pulak time nk balik tu haha

      Delete
  5. alahai bestnya g penang..bila la blh smpai penang jgk ni..:)

    ReplyDelete
  6. Lama tak pergi pesta2 macam ni. Sesekali pergi pun best juga kan.

    ReplyDelete
  7. masa gi pesta pulau pinang ni masa hujan...berlari2 gak cari tempat teduh.

    ReplyDelete
  8. Dina tak pernah pi pesta penang. Macam best je.

    ReplyDelete
  9. Seumur hidup tak pernah masuk pesta pulau pinang ni

    ReplyDelete