PERJALANAN KITA TAKSAMA


Assalamaulaikum

PERJALANAN KITA TAKSAMA | Hi, selamat berhujung minggu. benda ni sebenarnya dah lama di dalam pikiran sha, tapi pelik jugak kadang kadang. memang sha je ke yang duk pikiaq benda alah ni dan orang lain tak pernah pikiaq ka pasal ni? ha ha ha tanda tanya sangat bila macam ni kan~


"takmau tukar kerja ka"

"awat tak sambung belajar?"

"ruginya tak sambung belajar, nanti mesti tak boleh kerja elok"

"tukarlah kerja, kerja sekarang ni sikit sangat gaji dia"

"pi lah cari kerja belah belah penang tu, duk cari kotni ja memang takdapat"

"hang pi iv haritu tkdapat ka? tu lah orang kata sambung belajar"


persoalan demi persoalan yang dah lali dengar tapi sebagai manusia yang masih takpekak dan boleh mendengar dengan elok, sakit telinga tahu? dan sampai kadang malas nak jumpa dengan orang orang yang asyik tanya benda alah ni, kalau boleh elak berjumpa, sha elakkan je sebab malas nak hadap orang yang selalu bagi negatif vibes kat kita ni, kita takperlukan pun~


iye tahu anak anak makcik semua berjaya, semua dapat kerja elok, semua serba lengkap la kan. yang saya cumalah bekerja sebagai kerani biasa, gaji kecik je tapi boleh katakan sha suka dengan kerja sha yang sekarang, mungkin kadang kadang stress tapi biasalah kan? tapi tbh memang sayang nak tinggal even gaji kecil tapi sha dekat dengan family, tiap hari jumpa family sha pastu sha kenal banyak orang, sha dapat jumpa banyak jenis manusia haha! sebenarnya orang yang mengata sha ni pun, hmm anak dia takdak lah hebat sangat pun, tak kerja.... tapi sibuk cakap anak orang lain, kerja gaji kerja dan anak sendiri tak kerja jadi buta tak nampak hehehehe

tapi taklupa jugak kepada orang orang yang sentiasa bagi positive vibes kat sha! cakap yang baik baik kat sha even tau sha kerja biasa je, rezeki kat mana mana kan? walaupun kerja gaji kecik, tapi masih mampu makan sedap sedap, tukar baju setiap hari, shopping kat shopee :p kita kalau duit banyak pun takkan nak gitau satu dunia kan? diam diam sudah la, janji boleh belanja orang tersayang apa semua. 

ok sekian luahan hati kerani bergaji kecil~




11 comments:

  1. Biasalah Sha..mulut orang mana boleh tutup. Kesimpulannya buat je tak tau hehe

    ReplyDelete
  2. yeaps betul tu dik perjalanan tak sama. masing2 ada aturan yang Allah dah tetapkan. dan surely it is the best and fit us.

    kita just perlu fokus and ignore. Two tips for success

    ReplyDelete
  3. Sha, zumal pun alami benda yang sama, kadang2 mengaji tinggi pun tak dapat kerja juga...

    ReplyDelete
  4. peduli kat orang la. gaji kecik ke gaji besar kita je rasa. Mungkin la isu terlampau concern ni membuatkan mereka tu bertanya. cuma, tak yah la kot concern benda yang menjadi isu sulit kepada individu tersebut. senang cite, tak yah kepho.

    ReplyDelete
  5. please jgn terlalu dengar apa yg org cakap sbb diorg tak lalui apa yg kita lalui. nasib setiap org berlainan. ruang dn peluang juga lain. it's up to us untk decide for ourselves.

    ReplyDelete
  6. Sabar jelah Sha, mulut orang ni kadang2 mmg takda insuran, tak fikir hati orang langsung.. huhuhu, mai dah lali dah...

    ReplyDelete
  7. Dont worry Sha.. manusia negetif nie memang sentiasa ada.. abaikan je.. biar gaji kecik tapi kita suka kerja kita.. kita happy sebab dekat dengan keluarga.. Abaikan saja suara suara negetif yang sebenarnya cemburu melihat kebahagiaan kita..

    ReplyDelete
  8. memahami sangat sha oiii, dulu masa habis dip tak habis tanya bila nak cari kerja elok ataupun sambung degree, bila dah ada degree orang push lagi bila nak cari kerja? Bila dah ada kerja orang push lagi bila nak kahwin pulak. Takkan pernah surut soalan2 tu sampai stress & depress dok rasa kita ni teruk sangat sebagai manusia. Anyway, be strong sha. :)

    ReplyDelete
  9. Hahaha... faham perasan tu... qiya pun malas nak melayan orang-orang macam ni... yang penting percaya je bila kita berusaha Allah nampak, cuma belum ada rezeki lagi...

    ReplyDelete
  10. abaikan mulut orang2 cam tu sha..depa spesis macam tu memang suka cari kekurangan orang lain pdhal diri sendiri pun tak la hebat sangat pun..k.fiezz kalau orang yang bagi -ve vibes cam tu mmg sedaya upaya elakkan utk rapat....

    ReplyDelete
  11. kalau nak ikut ckp org alamatnya musnah la hidup kita..

    ReplyDelete