SUSU TIUB TEAPOT VIRAL!


Assalamualaikum

SUSU TIUB TEAPOT VIRAL! | Hi korang! selepas berhempas pulas edit balik blog, akhirnya sha letih hahaha jadinya pakai dululah theme yang dulu balik walaupun tak puas hati sangat :3 berbalik kepada tajuk blogpost ni, haaa~ korang tau tak sha nak cerita pasal apa


SUSU TIUB TEAPOT

sebenarnya sha dah lama cari benda ni, sha pulak jenis suka mencuba benda benda yang viral ni hahaha konon taknak ketinggalan la kan. sha usha kat shopee, memang ada yang murah tapi leceh la pos pos ni karang sampai terburai ke apa kan, so taknak la. duk search jugak kat FB kot kot ada yang dapat COD kat tempat sha. malangnya takdak hahaha sebab kita kan kampung :p jadinya sha abaikan jelah kemahuan sha ni. tapi tiba tiba, ada kawan post kat status whatsapp,sha apa lagi terus pm tepi :p

SUSU TIUB TEAPOT VIRAL

terus sha ambik 4! sebab 2 RM 10, kalau ambik tiga mahal katanya hahaha lagi satu sha bagi kat makcik.

comel packaging macam pencuci muka hahaha!

SUSU TIUB TEAPOT VIRAL

MY REVIEW?


Perisa Coklat : rasa macam coklat murah but im ok with it sebab masih rasa coklat - manis tapi masih boleh dimaafkan - sedap!

Perisa Origanal : rasa macam susu tin - tapi sedap!

Perisa Strawberry : menyesal beli hehe maybe sbb sha bukan jenis suka strawberry kot - rasa pelik sampai jadi tak sedap haha

Harga : ✰✰✰✰
Packaging : ✰✰✰✰✰
Rasa : ✰✰✰
Repurchase : Maybe





21 comments:

  1. yg ni kakak ejulz dah beli..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak makan dengan roti senang.. Picit je atas roti dah boleh makan..

    ReplyDelete
  3. Kawan serumah akak pun duk beli yang jenis ni..mula2 akak x perasan..ingat dia picit pencuci muka letak kat dalam gelas..hahaha

    ReplyDelete
  4. Ramai kata manis potong kaki ye..memang manis ek Sya..

    Btw, dah okaylah theme blog ni, Sis suka nengok, kemas jer...

    ReplyDelete
  5. kenapa laa tak ada jual kat sini kan...

    ReplyDelete
  6. kat sini...ayu memang guna mcm ni. senang nak simpan. plus kami pun jarang minum susu pekat, sesekali jer.

    ReplyDelete
  7. Baru tau pasal susu tiub ni. Tapi kak ana dpt rasa yg kak ana tak kan suka sebab mcm terasa apa yg sha review tu. Hehe

    ReplyDelete
  8. belum jumpa lagi..

    btw

    ,
    jemput join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/update-segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  9. Haa memang kawan2 dok viral pasal ni nampak macam mudah la nak digunakan. Terima kasih share next kalau ada rezeki nak beli nak amek susu dengan coklat je la hihi

    ReplyDelete
  10. Akak ingatkan pencuci muka tadi 😂

    ReplyDelete
  11. wah! mudahnya bila susu pekat dipek dlm tiub plak...

    ReplyDelete
  12. ada sapa share, tak sedap sangat katanya...cuma senang sebab dia dlm bentuk tiub...

    ReplyDelete
  13. haah ye jgn letak kat muka sebab ingat face wash udah haha

    ReplyDelete
  14. memula kak teringin jugak nak beli. tapi tengok label nutrisi, terus tak jadi. haha. sebab sekarang memang ngah on diet. tak nak pulak kalori lari. huhuhuhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  15. Haha ingatkan ada jual dekat thailand je hehe. Tak pernah rasa lagi sha. hee. teringin jugak.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/book-haul-october-mall-karangkraf-mega.html

    ReplyDelete
  16. ramai buat entri ni ..terfikir jg nak buat entri mana tau meletup kan hehehe

    ReplyDelete
  17. Tengok packaging rasa macam tak tergamak nak makan... haha

    ReplyDelete
  18. ada tgk kwn2 yg p hatyai shopping susu tiub ni

    ReplyDelete
  19. wah. nak mencari la.
    sebab aida rasa mudah utk bwk travel, kan.
    bwk teh / kopi uncang sendiri.
    then susu tiub ni. terbaik!

    ReplyDelete
  20. akak dh penah try. sedap jgk. tp agak manis.. depa punya idea tuu bagus sngt.. buat dlm tiub like cleanser. haha

    ReplyDelete