KENDURI TAKOYAKI WITH MY GIRLS


Assalamualaikum

KENDURI TAKOYAKI WITH MY GIRLS | Hi korang! nak cerita pasal cerita minggu lepas hehehehe sha memang suka menangguhkan :3 haritu kenduri sushi, ni kenduri takoyaki pulak hahaha sapikah sapikah... cerita dia macam ni, satu hari tu sha teringin sangat nak makan takoyaki tapi kalau nak makan sorang tak pi sangat, kalau makan ramai ramai baru boleh pi jauh hahahah jadinya sha whatsapp kat group kitaorang siapa yang free jumaat nanti, adalah dua orang yang free & yang lagi dua takbalik huhu walaupun bertiga kira on jelah!


antara sebab yang sha teringin sangat nak makan takoyaki ni ha sebab sha memang takdak selera langsung nak makan sebab baru lepas sakit kan haritu, makan pun asyik nak muntah pastu sayur tak makan tetiba je takleh telan hahaha kalau tak makan sayur habis dulu dari apa yang sha makan, pelik pelik betul mulut sha ni sampai kawan yang selalu teman sha lunch pun macam hang biaq betul pikah tak makan sayur :p :p

MENU PETANG JUMAAT : TAKOYAKI

banyak uolls, sha order 4 je sekali dia cakap ambiklah satu free hahaha 5 engko nak makan 3 orang je. satu bekas tu ada 7 ketul takoyaki dah la gemok gemok takoyaki tu. sha ambik perasa campur campur sebab taktau mana yang sedap && sha makan je semua jenis hahaha apadahal

GIGIH SELFIE TAPI TAKUT JUGAK KUAH DALAM TU TUMPAH HAHAHA

harga satu bekas takoyaki (7 pcs) ni RM5 je, kira macam berbaloi sangat la sebab besar besar pulak tu dan isi dalam dia memang rasa - sebab kadang kadang makan takoyaki ketam tapi rasa tepung je hahahaa korang pernah tak jadi macam tu? sha selalu sangat ha~ petang tu, sembang juta juta dengan minah minah tu pastu tak larat dah nak makan, memang takleh masuk dah - sampaikan orang cakap dia macam lalu je tak masuk hahaha teruk beno kan! jadinya kitaorang stop makan dan mula berselfie

beli casing sama :p

helo polis ada orang curi curi ambik gambar saya hahahaha padahal tudung tu cover doublechin hoho

last but not least, selfie bersama! takpernah cukup weh sejak sejak dah besar ni

lepas dah penat selfie - ye selfie pun penat hokey sebab nak kena tahan nafas karang perut nampak buncit hahaha, yang ambik gambar pun kena tahan nafas karang gambar kawan kawan gegar. pokoknya ambik gambar pun sangat meletihkan! tapi sangat mengembirakan bila gambar tu cantik dan yang penting kena nampak kurus hahahaha

TAKOYAKI RM5

REVIEW TAKOYAKI : yang entry lepas (BACA SINI)  tak review sebab tak sedar apa yang sha rasa, ha kalini boleh dah review sebab terlebih rasa. tbh semua hampir perfect~ saiz yang besar, inti yang banyak (eh inti ke orang panggil haha) tepung tak tebal sangat, 7 biji RM5 sangatlah berpatutan dengan saiz dia. CUMA kuah tu kurang kena dengan selera sha sebab rasa macam kuah dia banyak sangat la huhu. so sha bagi 9.5/10 ☆☆☆☆☆☆☆☆☆





10 comments:

  1. Alahai...Dapnya.. Kat KayEll, mahai tau takoyaki ni.. Kira murah la 5 hengget dpt 7 biji...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya takoyaki. Harga reasonable pula tu!

    ReplyDelete
  3. Sis pun suka takoyaki.. Biasa harga takoyaki ni mahal tapi beberapa ketul jer..
    Bila Sha review takoyaki murah pastu banyak alangkah baik kalau ada di sini..
    Berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan lagi.. nanti nak try jugak lah

    ReplyDelete
  5. Berbaloi harga dengan kuantiti yang diberi.. Memang puas hatilah Sha makan ye.. Kak Sha belum berjaya lagi makan takoyaki ini.. Kikiki..

    ReplyDelete
  6. murah tu utk 7 biji cuma RM5...dah lama tak makan takoyaki sebab tak de geng..tunggu anak Umi balik boleh ajak cari

    ReplyDelete
  7. sangat murah. Kita suka takoyaki. rasa nak pergi tempat sha tu, nak beli takoyaki tu :p

    ReplyDelete
  8. sedapnya laa hai takoyaki... 5 ketul mmg x ckp utk sorg hahahaha

    ReplyDelete