BEST SANGAT KE DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN TU?


Assalamualaikum

BEST SANGAT KE DRAMA BAHAGIA BUKAN BIDAAN TU? | Hi! kalau siapa sini kaki drama tv3 mustahil lah kalau taktau pasal drama BAHAGIA BUKAN BIDAAN ni kan? drama ni jugak hangat diperkatakan di Facebook, Ig & Twitter. kalau korang jarang tengok drama di tv3, meh sha nak bagitau haha yang drama tv3 ni banyak gila tayang prempuan yang rampas suami orang hahaha omaigad! lagi hangat la makcik makcik bawang serata Malaysia berbual kan hahahaha.tbh, sha pun taksuka drama yang macam ni. mula haritu dengan drama fiqa & shah, ok boleh terima dan memang tiap kali maghrib orang akan marah marah, Allah. pastu cinta bukan kristal, cinta lemon madu dan sekarang bahagia bukan bidaan. tapi pada sha bahagia bukan bidaan ni feel dia lain.

BAHAGIA BUKAN BIDAAN TV3 2018


PELAKON :
Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Lisdawati, Fauzi Nawawi.

SINOPSIS : (source kbegetar)
Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

BETUL KE DRAMA NI BEST?

pertemuan pertama antara Nik & Hana

best! serious best sangat! kenapa best? ok jom mulakan. -mula mula sekali adalah pelakon. hello siapa yang tak kena Adi Putra? Nora Danish? Zamarul Hisham? dorang pelakon lama kot! memang feel dorang berlakon memang lain. watak watak yang dorang bawak tu macam masuk dalam jiwa dorang untuk dorang sampaikan kepada penonton. contohnya episod yang semalam (episod 8) masa Azlan bergaduh dengan kawan baik Hana di depan rumah paksu Hana, sha rasa macam sha ada situasi tu, rasa memang nak penampar je Azlan sebab kurang ajar dengan perempuan haha! sekali kawan Hana tu lempang si Azlan peh puas hati hahaha! selain itu, jalan cerita drama ni tak membosankan - setiap hari sha tunggu apa nak jadi seterusnya dan seterusnya! kisah yang ditunjukkan ni sebenarnya berlaku kat luar, yang ada orang yang taktau. kaya tak semestinya bahagia, berjaya tak semestinya bahagia. tapi yang paling sha suka dalam drama ni bila part Nik kacau Hana! Nora Danish ni comel dia takpayah cakap la kan? macam anak dara cantik dia, bila kena kacau dengan Adi Putra comel je dorang pastu mula nak senyum sorang sorang :p

pertemuan kali kedua

khamis lepas, 9.30malam sha bukak tv3 sambil sambil belek phone pastu pukul 10, yay! bahagia bukan bidaan. sekali tengok bukan hahahahahaha lupa yang isnin sampai rabu je :3 punyalah best dan taksabar nak tunggu next episod adoila. harap harap malam karang tak jadi macam khamis lepas dah hahaha. oh btw cerita ni adaptasi dari novel - those yang taksabar nak tunggu tu boleh la baca novel tapi ala takbest la tengoklah adi putra dengan nora danish berlakon hahaha mesti senyum sorang sorang :p  kepada siapa yang tak sempat nak tengok jangan risau, tv3 ada upload kat channel youtube dorang. korang jangan lupa tengok tau! hahaha okbaiiii


Bahagia Bukan Bidaan
Isnin - Rabu
10.00 malam








17 comments:

  1. Akak jarang tengok drama Melayu, melainkan yang betul2 menarik minat akak untuk tengok..

    ReplyDelete
  2. Dag lama tak tengok cerita Melayu T^T

    ReplyDelete
  3. jarang dah layan drama sekarang lagi2 kalau kt tv. tunggu download la haha

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
  4. Akak jela manusia yg tak tgk drama ni kot ek..hahaha

    ReplyDelete
  5. Macam-macam drama Melayu skarang kan.... Tajuk pun gempak-gempak

    ReplyDelete
  6. Akak tak tgk pun cite ni.. Ada yg ckp best..

    ReplyDelete
  7. Best sebab pelakon hebat2..akak pon terfollow sebab minat Nora Danish..jalan cerita dia pon boleh laa tahan..Lgpon senang kalau terlepas live dekat tv3 boleh tgk dlm youtube tv3..takde laa iklan memanjang..hehehe

    ReplyDelete
  8. akak terpengaruh..sebab ND, Adi Putra..pastu Zamarul..mmg menjadi sangat lakonan dorang..part azlan kena tampor ngan uni tu, puas hati..geram nengoknya..dah ada gf, pi la kawen ngan gf kesayangan tu..sibuk nak rujuk dengan hana..guna alasan anak..pdhal nak pergunakan hana utk kesenangan dia..eiii..meluat...

    ReplyDelete
  9. dgr cerita mcm best.. tp x berkesempatan nak tengok. hehe

    ReplyDelete
  10. tengok pelakon macam best tapi tak pernah follow..nampaknya kena tgk onlinee mcm ramai review bestt

    ReplyDelete
  11. mmg follow sbb fav actor adi putra ada dlm drama ni

    ReplyDelete
  12. adi putra and nora danish oweys gabungan mantopp! ^^

    ReplyDelete
  13. best juga cerita ni pernah terlayan 2 3 episod..tapi tak mengikuti pulak =__='

    ReplyDelete
  14. Ala.. tak dan nak tengok dah berlayar ke alam mimpi..

    ReplyDelete
  15. mcm best tp tak tgk hahaha sbb layan drama kt astro tu

    ReplyDelete
  16. Ika memang layan habis cerita ni sebab nak beli novel dia lambat sgt haha. Layan je la. Lagipun suka tgk zamarul hisham berlakon. lama dia tak berlakon. hehe.

    ReplyDelete