Assalamualaikum

SEBAB TUDUNG JE PUN RASA NAK NANGIS | Hi korang! kisah yang sha nak share ni dah jadi beberapa minggu lepas. masa tu baru balik kerja, tengah golek golek atas katil sambbil tengok story ig pastu nenek datang depan pintu bilik "awat tudung hang memang macam ni ka" "macam mana pulak?" "ni hang tengokla"


masa tengok ja tdung ni macam mengucap panjang la hahaha over betul bercerita :p sha macam aduhai kenapa macam ni, ni bukan tertarik benang biasa biasa ni, ni luar biasa T.T terus takdak mood nak nangis apa la lepas tu hahahaha sha kan walaupun takpakai semua tudung dalam almari tu tapi kalau hilang satu or rosak ke tetap sedih, walaupun banyak lagi yang ada haaha T_T  try jugak tarik tarik balik apa semua tapi mana boleh dah :') teruk sangat dah tu tudung ni hahaha. jadinya sha redha~ sebabnya tudung sha yang sha beli baru je sampai pada hari yang sama! kahkahkah kiranya siang tu syok la sebab ada tudung baru, sekali tudung lama jadi macam ni

YAY DAPAT TUDUNG BARU


sejak sejak beli tudung dari sis farah (http://www.blogpermatabiru.com/) haritu terus sha suka pakai tudung jenis cotton ni, dia senang bentuk la berbanding tudung kanggaroo biasa tu. tudung yang sha beli ni sha beli kat shopee je. walaupun lambat di poskan - tudung ready stock tapi ada hari tertentu untuk pos - tapi sha okay je janji yang sampai puas hati. lepas dah suka dengan tudung cotton ni, usha lagi kat shoppee, ala masa 9.9 haritu, tak ke gila membeli belah kan hahaha sekali beli lagi tudung tapi ni tudung chiffon viole


ambik 5 helai! sha yang nak beli pastu ajak kawan sekali dia yang beli banyak hahaha sha 2 helai je, dia 3 helai :p tudung ni cantik, senang bentuk, senang nak iron tapi jahitan tepi tak kemas sangat tapi oklah sebab murahkan paham paham jelah. 

SIS DAH OKAY

sekarang tengok tudung yang dah rosak tu pun dah okay dah tak sedih macam haritu hahaha sampai taknak buang tudung tu tapi sayang ish ish masalah betul. 1 tudung rosak, 5 yang dapat semula. alhamdulillah :) kalau nak tau kenapa tudung tu jadi rosak macam tu sebab mak sha cakap masa basuh baju tu tudung tu lompat lompat hahahaha entah la nak. jadinya sekarang sha dah kembali tak percayakan mesin basuh macam dulu! jadi baju semua sha basuh tangan je hahahaha rajin kan? boleh jadi menantu material tak? :p okaylah byeee!

SHOPEE  TUDUNG CHIFFON VIOLE : https://shopee.com.my/shop/34401346/

SHOPEE TUDUNG BAWAL COTTON : https://shopee.com.my/shop/9674760/