PARKING RM10 DI AMAN CENTRAL


Assalamualaikum

PARKING RM10 DI AMAN CENTRAL | Hi hampa! hahahaha takhabis lagi nak cerita pasal pi jalan jalan seharian kat Aman Central. first kot kena RM10 parking saja hahaha selama ni kalau kena RM5 rasa banyak dah. tapi sekali sekala keluar kan, alang alang apa salahnya hahaha.

TIKET PARKING RM10

kitaorang masuk aman central tu pukul 11 dan keluar pukul 9 lebih hahaha ko rasa apa kitaorang buat dalam tu lama lama? mula mula masuk tu terus gi tengok wayang, sebab lambat beli tiket terus dapat sit yang depan gila tu -_- (BACA SINI) lepas keluar wayang pastu gi makan Boat Noodle (BACA SINI), lepas makan wajib pi toilet kahkahkah nyampah betul sebenarnya dengan toilet aman central ni hmm


masuk toilet haruslah mirrorselfie yedok? hahaha lepas keluar toilet ni lah, pengembaraan sha bermula hahaha, tbh kaki sha baru okay harini, dari balik keluar rabu haritu sampai semalam duk sakit. alhamdulillah harini dah okay. tulah berat sangat, takleh jalan lama lama kan kaki dah sakit hahaha. korang bayangkan lah dari habis makan dalam pukul 3 macam tu, pusing satu aman sebab nak cari baju, ya Allah janganlah bagi sha dapat suami jenis cerewet hahaha 


salah satu kedai yang sha masuk, HANZO. pekerja dia memang serious bagus gila dan dia ada tempat duduk gais hahahaha. nak beli baju kat someone yang sama saiz dengan pekerja, so mintak dia yang pakai apa semua. dia layankan ajeeeee hahahaaha dia siap cakap "customer nak beli baju, i lah kena try" hahahaha dan kalau korang nak tau, harga dia pun okay gila lah pada sha, takmahal mana.


punyalah banyak kedai masuk, yang ni kat Uniqlo kot. sha sampai bosan dah tunggu cousin pilih baju hahaha sha ambiklah peluang nak selfie dengan si patung. sumpah macam takdak kerja kan. tapi memang pun hahaha! lepas beberapa jam berhempas pulas mencari apa yang dia nak, akhirnya!!!!! dapat apa yang dia nak yeah! kitaorang pun turun lah ke ground floor ingat nak balik kan, tapi nak makan makan dulu. time ni kaki sakit dah, pastu ingt nak main bowling hhahaha memang takmampu la akak kan, so rehat rehat dulu, time tu pukul 6.30 lebih. duk sembang sembang cakap jom lah tengok wayang hahaha! nak tengok antman pulak. (kitaorang takboleh solat) pastu tengok lah jam dia, pukul 7.30 hahaha oklah, lepak lepak dulu pukul 7 karang gi naik beli tiket, pi toilet semua. 


sebelum naik cinema tu menyempat lagi beli ni, first time rasa. mahal jugak eh hahaha tapi sodap lah! memang kena dengan tekak sha, tapi ni cousin yang beli, sha rasa je hahahahaa. lepas beli ni, masuk mydin jap beli bun nak bawak balik haha ambik hati lah, dah keluar lama gila karang kena bising :p 7.00 lebih kitaorang gi naik semula, nak tengok antman~ nanti sha cerita pasal antman tu eh! hahaha habis je antman terus balik, memang letih gila lah cerita dia. balik terus rasa taknak gerak &&& esok tu kerja huwaaaaa

keluar dari pukul 11 pg tak touch up apa semua dan still onpoint muahahaha onpoint sangat :p

ps; kitaorang jarang keluar sampai malam macam ni, haritu je tersasar hehehe jangan fikir bukan bukan :3







11 comments:

  1. mak ai.. ejulz paling mahal bayar parking RM5.30 kat hospital :(

    ReplyDelete
  2. wahh lamanya korang dalam mall tu xD mmg hangout sakan lah kan. no wonder la parking pu rm10 :P

    ReplyDelete
  3. Wahh, Boleh tahan mahal jugak harga parking tu..

    ReplyDelete
  4. Kira walau 10 ringgit, berbaloilah kan sebab lama kat situ :)

    ReplyDelete
  5. Sesekali keluar jejalankan Sha.. belasah lah balik lambat.. Kikiki..

    ReplyDelete
  6. Murah lah caj tu utk tempoh masa yg lama. Sempat terjah semua kedai dalam satu mall tu rasanya. Hehe

    ReplyDelete
  7. amboi, sakan na anak dara keluar..ptt smpai 10 hengget parking..haha..

    ReplyDelete
  8. betul2 suka dengan aman central ni sampai parking cecah RM10

    ReplyDelete
  9. berbaloi lah rm10 tu dik oii.
    sakan berjalan. penuh masa :)
    nice!

    ReplyDelete