MOVIE : BROTHER OF THE YEAR


Assalamualaikum

MOVIE : BROTHER OF THE YEAR | Hi! fuh setelah sekian lama takmasuk cinema, semalam sha tengok dua movie terus. ko rasa? hahahaha mula mula tengok brother of the year pastu tengok antman pulak hiks


gaissss! sit ni kan, sit paling depan weh. hari rabu kot? bukan cuti sekolah kot? tapi cinema full! ada lah satu tempat kat bahagian atas tu tapi dah pergi berdua kan? takkan nak duduk asing asing, takreti aih saya hahahaa. so ambik jelah sit paling depan yang kena melanggut tu adoi stress hahaha

BROTHER OF THE YEAR 


Bahasa: Thailand
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Mula Tayangan Di Malaysia : 28 Jun 2018
Genre: Komedi / Kekeluargaan / Romantik
Durasi: 2 Jam 4 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Nichkhun Horvejkul, Urassaya Sperbund, Sunny Suwanmethanon
Pengarah: Witthaya Thongyooyong
Format: 2D

Sinopsis : Chut dan Jane adalah dua beradik yang mempunyai personaliti berbeza. Chut seorang yang selalu gagal manakala Jane berjaya dalam apa sahaja yang dibuatnya. Bagaimanapun, Chut seorang abang yang sangat pelindung apabila berkaitan dengan soal cinta adiknya. Jadi apabila Jane menjalin hubungan cinta dengan jejaka kacukan Jepun bernama Moji, dia menyembunyikan hubungan itu daripada pengetahuan Chut. Konflik mula timbul apabila Moji melamarnya, kerana ia bermakna Jane perlu pindah ke Jepun dan dia tahu Chut pasti tidak akan bersetuju.


REVIEW : mula mula tengok memang lawak gilalah, dengan geram kat si abang ni sebab selalu sangat kacau adik prempuan dia. walaupun abang dia macam takberguna sikit tapi dia macam protect adik dia tau. jalan cerita memang menarik sebab rasanya memang ada pun abang yang jenis macam ni. yang sedihnya bila abang dia takdatang majlis perkahwinan adik dia sebab marah kat adik dia. pastu adik dia pindah gi jepun, lepas adik dia ada 2 anak baru dia pi melawat adik dia. time tu yang meleleh air mata tu, betapa besarnya kasih sayang adik beradik :3 memang takrasa rugilah pi tengok, kalau ada chance nakpi tengok lagi pun sha on je! sha bagi 10/10!

ps; korang dah tengok belum?


10 comments:

  1. Hai good morning.
    Terjah dari fb aerill :-)

    Thailand? Mcm ada bloggers da review ni.
    Menarik jugak review nyer.
    Tapi tu la, weekends aida skang full :-) ha ha ha
    Tak dpt nak ajak asben & anak2 masuk panggung layan citer ohsem ni.

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi tapi nak g tengok..

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lagi.. Ramai yang review filem ini best..

    pssstt.. tak sakit ke tengkuk?? stress owh kalau seat depan je yang kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit jugak la tapi waktu je yang ok haha

      Delete
  4. terbaek.. mcm best cerita ni :)

    ReplyDelete
  5. tengok trailer pon dah best.... nak tengokkkkk T_T

    ReplyDelete
  6. cute nya heroin diaaaaa. akak belum tngok lg ni..

    ReplyDelete