PASANG PELITA RAYA


Assalamualaikum

PASANG PELITA RAYA | Semalam masa balik dari bazar, cousin sha si farhad ajak beli pelita tapi katanya "kaklong, jom beli pelita" pastu sha cakap la yang adik sha cakap takpayah beli sebab dah beli sehari sebelum tu, masalahnya tak meriah hahahaha pastu farhad cakap "takpa guna duit adik RM2 kita pi beli pelita" "tapi b pelita tu RM10?" "guna duit kaklong la hehehe" sha iyakan jelah, pi lah beli lagi 10 pelita. balik rumah tu excited dia nak pasang pelita tu

guna pelita ni je hahaha jimat bajet :p

lepas dah pasang semua pelita ni, b (farhad) sibuk kacau adik sha si syazwan tu suruh pi cari buluh hahaha memang dia takmau la, sebab baru balik dari giat pe semua mesti letih. pastu duk cakap kat dia esoklah atur pelita ni semua, malam karang guna pelita yang sedia ada dulu. kalau cuti ok je nak buat semua ni, ni sha letih balik kerja, syazwan letih balik dari giat kan. pastu semalam gunalah pelita yang sedia ada tu


syazwan dia pasang jauh jauh, takrasa pun yang ada pelita haih la adik sha sorang tu. petang yang dorang pasang eplita ni sha tak turun tengok pun sebab malas dan nak layan isteri untuk diiktiraf muehehehe.bila lepas maghrib turun nak nyalakan pelita, jenoh cari mana dia letak sebab jauh jauh semua -_-


kebetulan semalam mak b belikan lampu liplap, makin terang la semalam so b takdela bebel banyak sangat kalau tak asyik duk tanya bila nak pasang pelita ja. sampai tak larat sha nak jawab. ha esok jumaat bolehlah syazwan buat semua ni sebab cuti, tapi takrasa meriah sangat pun sebab takramai kan :3


ni lah b yang sha cerita tu, kecik betul dia hahaha dah darjah 2 dah tapi manja dia lain macam. cousin paling kecik katakan, nak apa semua maktok suruh belikan je.

korang dah pasang pelita ke? ke masih bekerja dan masih takdak mood nak raya? 

9 comments:

  1. Meriah betul kalau lalu kawasan kampung.. Bersusun orang pasang pelita.. Kak sha tak pasang.. Rumah kuarters kan.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya... masih belum buat persiapan raya ne. semua busy kerja. hahahaa

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  3. Suami Siqah dan adiknya dah pasang pelita minggu lepas. Hii. Tahun ni Siqah beraya di kampung Muar. Jadi meriah sikitlah dengan marhaban.

    Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Sha! 😍

    ReplyDelete
  4. dulu arwah tok akan make sure rumah ade pelita. skrang dia da xdak.. xdak sapa nak teruskan. masing2 guna cara moden..

    ReplyDelete
  5. b ni singkatan kepada baby ke? Hahaha khusyuk betul dia buat kerja. Meriah la dah ada lampu lip lap bagai

    ReplyDelete
  6. funny yet malu malu fact: saya tak pernah rasa pasang pelita raya macam mana hahaha adehh

    ReplyDelete
  7. teringat masa zaman kecil , masa arwah tok masih ada , tiap2 malam sepanjang bulan puasa akan pasang pelita.. :)

    ReplyDelete
  8. terbaek.. lama dah x pasang pelita masa raya.. hehe

    ReplyDelete
  9. Kak ana baru start pasang sabtu lepas. Meriah rasanya.

    Selamat hari raya sha. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete