UPDATE KEHIDUPAN : SAKIT PENGHAPUS DOSA


Assalamualaikum

UPDATE KEHIDUPAN : SAKIT PENGHAPUS DOSA | Hi, sedar taksedar dah masuk fasa ketiga bulan ramadhan. semalam ada sembang dengan adik sha, dia cakap macam tak percaya minggu depan dah nak raya sebab takrasa sangat dan rasa cepat sangat ramadhan nak pergi....


ramadhan kali ni memang lain sikit, sha selalunya sahur memang berselera makan haha cerita dia sha ni waktu bila pun bagi makan sha makan ja :p tapi kalini time sahur terus takdak selera nak telan apa apa tapi bila takmakan karang siang memang perut sakit gila la. so sha ambik inisiatif untuk makan oat takpun 2 keping roti. tu pun dah cukup. ada satu pagi tu, masak lauk sedap sikit nak makan la cerita dia - lain pulak jadinya, memang la makan apa ok pastu lepas subuh terus sakit perut sampai tahap lembik. dan haritu sha half day je huhuhu pergi jugak kerja ok walaupun taksihat :p

so sekarang sha ambik jalan yang paling mudah dan tak sakitkan diri dengan menjaga makan. sangat menjaga makan. sha takkan makan pedas - haritu kan teringin nak makan megi ayam bakar tu, sha pun pi lah beli siap beli ayam gunting lagi aw, pastu takleh nak habiskan terus sakit perut hahaha

korang dah try megi pedas giler? ft ayam gunting bazar

sekarang bila berbuka makan murtabak dengan air je pastu maghrib dan isyak baru jamah nasi sikit. saya orang melayu asli mana boleh tinggal nasi walaupun sesenduk hahahaha mesti tertanya tanya kan berat turun ke tak hehehehehehehehehehe turun lah jugak sikit, kalau diteruskan ketidakada selera makan ni boleh lah kurus kot :p tapi serious cakap sha suka sha takbanyak makan sebab nak solat ke apa kan takdak dah penat, mengah (taktau la betul ke tak bahasa ni) semua tu. tapi nenek sha la risau dia sha takmakan banyak, katanya nasi takhabis tiap hari hahaha takut betul dia kalau sha takmakan hahaha

selesai dah cerita pasal kehidupan sha sekarang yang bertemankan oat dan roti hahaha, nak tanya pasal persiapan raya pulak. macam mana dah settle membeli semua ke? nak dengar cerita lawak? sha tak ingt warna baju raya yang sha tempah so sampai sekarang sha masih takboleh beli tudung hahahaha. 

okbaiiii!

11 comments:

  1. Get well soon sha. Sha biaq betui. Haha tak ingat baju raya warna apa huu.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/book-review-videotape-by-adib-zaini.html

    ReplyDelete
  2. MIHMIH. mek pun jenis sahur tak makan berat. berbuka pun kul 8 baru jamah nasi

    ReplyDelete
  3. Jaga makan Sha.. Nasi mesti kena makan walaupun tak banyak.. Cuba tolak pedas-pedas tau.. Satu lagi try makan kurma lebih sikit.. Insya Allah boleh kenyangkan sikit perut..

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh yer Sha ;)

    ReplyDelete
  5. uitt..tak siap lagi ke baju raya..mggu dpn nak raya..jgn tailor buat kelakar, sudah..haha..

    ReplyDelete
  6. Tapi ok lah jugak ada baju raya even x ingat warna. Kita ni, baju raya pun x beli lagi, adehhhhh 😅

    ReplyDelete
  7. Bab tak makan berat masa sahur, bestnya dengar. Hii. Siqah biasanya makan nasi masa sahur cuma masa berbuka je tak kisah makan apa. Bila dah minum air, kenyang jugak nanye.

    Sha dah dapat ke baju raya? Nak cari tudung raya lagi ni. Sempat ke tue? Hihi

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh sha, nak raya dah ni nanti putih mata tengok hidangan raya hehe

    ReplyDelete
  9. hahaha adoiii macam mana boleh lupa warna baju raya. takpe beli je tudung hitam or coklat or kelabu or putih or krim. sebab masuk dengan semua baju hahaha.

    ReplyDelete