JALAN JALAN TANPA ARAH DI AMAN CENTRAL


Assalamualaikum

JALAN JALAN TANPA ARAH DI AMAN CENTRAL | Hi! entry ni sambungan daripada cerita pi pekena ssamjeang dominos pizza (BACA SINI) - ok kan lepas makan pastu takkan nak balik rumah teruskan? penatlah bersiap dua jam sebelum keluar tadi hahaha so kitaorang pun decide nak ke aman central walaupun tau takdak menda nak dibuatnya kat situ hahaha kecuali hehehe kena tunggu sampai habis entry..

gambar hiasan. sumber ; google.com

bila dah sampai aman tu kan, mula mula nk parking kat luar haha tapi sha malas jalan so kitaorang masuk parking bawah. ala murah je pun kena bayar daripada biarkan kereta kena panas kat luar tu kan :p alhamdulillah lah senang gila, masuk je terus jumpa parking. dekat dengan pintu masuk pulak tu, biasalah hari sekolah kan manalah nak ada orang sangat.

mula mula nak cari watson tapi sha menyampah betul lah dengan aman hahaha dia punya tempat ya Allah sumpah susah gila nak cari. berapa kali dah duk pi tapi masih takboleh nak tau nak naik lif mana semua -_- bila jalan jalan nampak popular, sha cakap lah rindu bau buku so kitaorang masuk pastu kan dorang yang beli banyak hahaha sha beli satu je poadahal sha nak masuk. pastu dah settle beli semua, misi mencari bekas pen untuk awa sebab dalam popular boleh tahan jugak mahal :p jumpa la kedai ni, dan memang cantik la bekas pen tu RM6 taksalah. pastu jalan jalan lagi selagi takjumpa watson, naik atas sekali nak tanya pasal phone leka, asyik demam je iphone dia. kata si penjaga kedai, masalah battery/software. tah lah sha tak pro sangat iphone ni. lepas tu teruskan perjalanan pi watson, dah jumpa masuk takbeli mende pun jeng jeng jeng. dapat masuk watson pun jadilah, dah la kad watspn sha entah kemana ni semua sebab suka sangat tukar purse la -_- masa nak balik tu singgah beli aiskrim mcd 


nampak anak panah tu? dia duk hingaq dah tu sorang sorang. hey hampa ni semua nak ambik gambar hahaahhaa benda wajib kot ambik gambar :p pastu turun ground floor, si awa nak beli tealive while sha dengan leka dah bertepek kat kerusi tu nak makan icecream bagi habis sbb macam kenot go tapi habis jugak. lepastu terus gi beli sushi! yayyyyy sha haritu dah dapat tapi makan sambil mengantuk takbest takfeel hahahaha


sha main ambik je yang mana berkenan haha ni sebenarnya bukan untuk ambik gambar tapi cari yang kawan sha punya sushi. boleh pulak duk paling bawah -_- tu jadi macam ni ha. sha upload kat status whtsapp semua macam "uish banyaknya" "orang belagak ja makan sushi" hahahaha padahalk sushi ni murah je kot. korang suka sushi tak?! lepas balik aman ada lagi tempat kitaorang pergi, ha nantikan :p :p



9 comments:

  1. untung la jejelana selalu..hihi

    ReplyDelete
  2. wah best juga jenjalan tanpa arah kan.. mama pun suka sushi tu tau

    ReplyDelete
  3. hahahaha apa pulak orang berlagak je makan sushi, sekarang ni bersepah sushi singgit. SUKA SANGATTTTT!

    ReplyDelete
  4. ahahaha faham perasaan nak cari 1 barang ja tapi kena punggang habis semua. lepas tu plak barang tu memang kat bawah sekali. selalu jadi kat CT nak cari lipstick ke minyak angin ke. makin brangin jadinya ahah..

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan sushi tapi sebab tak ada geng kan tu yang tak beli sangat.. Tengok gambar Sha nie, terliur pula.. Hahaha..

    ReplyDelete
  6. wahhh banyaknya borong sushii.. bila nak keluar dgn akak pulak ni. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheee boleh je bila bila pape rojer

      Delete
  7. Kak ana kadang suka juga jalan2 tanpa arah tu. Hehe. Sushi memang fav. Sedapnya.

    ReplyDelete
  8. mak ai.. bnyknya sushi.. wife ejulz suka mkn ni. hehe

    ReplyDelete