Assalamualaikum

FIRST TIME BUAT SERI MUKA DURIAN, JADI ELOK TAPI.. | Hi, rasanya dah lama tak update resepi kat blog haha selalu kat tiktok, tu pun buat video takpun kat lemon8. nanti follow saya eh :p sempat je promote haha


FIRST TIME BUAT SERI MUKA DURIAN, JADI ELOK TAPI..

Tadi petang bosan duduk rumah, saya pun fikirlah nak buat apa eh padahal banyak je baju tak terlipat, tak bersangkut tapi biasalah nak jugak buat benda lain haha. masa pergi minum air kat dapur nampak beras pulut kat tepi coway, pastu terfikir ehh rumah ni ada durian tapi mana nak cari santan? motor rosak pulak tu. bila bukak peti ais nampak kelapa parut ada! ok cun terus search resepi haha dan buat

Resepi Seri Muka Durian


Bahan - Bahan :

[Pulut]

๐Ÿ‘‰ 1 cawan pulut

๐Ÿ‘‰ 1 cawan santan

๐Ÿ‘‰ Secubit garam

Cara : campur je semua then kukus selama 30 minit atau sehingga pulut masak

[Kepala atas]

๐Ÿ‘‰ 1 cawan santan

๐Ÿ‘‰ 1 cawan gula

๐Ÿ‘‰ 1/2 cawan durian

๐Ÿ‘‰ 1/2 cawan tepung gandum

๐Ÿ‘‰ 1/4 tepung kastad

๐Ÿ‘‰ garam secubit

๐Ÿ‘‰ pewarna kuning

๐Ÿ‘‰ telur sebiji

Cara : masukkan dalam blender dan blend sehingga sebati. masak atas api sehingga naik wap panas.

Bila pulut dah masak, boleh tekan tekan supaya mampat dan tuang durian di atas. kemudian kukus lagi 30 minit! dah siap!



Sebenarnya rumah saya takde periuk kukus, jadi saya DIY periuk kukus sendiri haha mungkin sebab tu kot tak begitu menjadi which is kepala kuih ni jadi lembik tapi takpe, asalkan sedap :p nanti ada rezeki beli periuk kukus kita buat lagi! hehe