KORANG PERNAH BURNT OUT TAK?

Assalamualaikum

KORANG PERNAH BURNT OUT TAK? | Hi! Kerap pulak bersiaran sekarang kan? Rasa macam banyak benda nak cerita kat blog, lama tak membebel kat blog hari hari hihu. Korang pernah burnt out?


KORANG PERNAH BURNT OUT TAK?

Saya pernah! Lepas kahwin ni biasalah, saya takda kawan baik kat sini, berkawan 24jam dengan husband je. Takpun keluar dengan kakak ipar, kadang rasa lifeless pun ada, tapi nak buat macam mana kan? Tempat isteri di sisi suami hehe

Tapi korang jangan salah faham, bukannya saya nak cakap suami saya tak bagi perhatian ke apa tapi tahu tak bila hidup kita berubah tak macam selalu kita lalui mestilah rasa stress. Kalau dulu saya nak keluar mana mana senang je, bosan je pergi Mr DIY, beli 1 2 benda pun takpe, hilang dah stress haha

Tapi bila pindah sini, jalan nak ke Mr DIY tu laluan jalan besar, laluan traler, lori besar lalu, memang suami tak kasilah saya pergi sorang sorang naik moto, kereta tak mahir lagi 😆 nak kemana mana terpaksa mengajak orang, benda mmg nampak mudah tapi kalau selalu nak ajak mestilah malas kan haha


Jadi satu hari tu, suami ke masjid, saya kat rumah bukak youtube, duduk atas sofa pastu nangis. Nangis yang macam takde sebab tapi nangis, mula tu macam boleh handle 😂 suami balik je dari masjid dia tanya "sayang kenapa 🥺" memang lagi kuat la nangis haha! Suami ingatkan dia ada buat salah ke salah cakap ke hahahaha terus lah dia ajak gi petronas beli ais krim 😆🤣

Sebelum tidur tu ada la bebual, dia tanya kenapa nangis? Cakaplah kat dia orang sebenarnya letih pastu orang macam rindu kampung bla bla bla, esok tu dah okay. Sebenarnya tu lah tu, bila dah dapat nangis memang auto puas! Kadang kadang takde mende pun tapi tah la bila dapat nangis ni rasa puas, nak luah tak terluah, dapat nangis pun jadilab 🥹

Korang pernah tak burnt out? Orang lain burnt out sebab study la kerja la, saya burnt out sebab takdapat gi mrdiy 😭 okaylah bye! 

Post a Comment

2 Comments