PERTAMA KALI MASAK DAN MAKAN SUP IKAN MERAH [ADA RESEPI]

Assalamualaikum

PERTAMA KALI MASAK DAN MAKAN SUP IKAN MERAH [ADA RESEPI] | Hi! Masak apa tu harini? Semalam gi beli barang dapur, pastu ternampak sup bunjut untuk sup ikan πŸ˜† teruslah membeli, pastu pergi kat tempat basah tu pulak, ada ikan merah! Memang cun lah kiranya, jadi menu kitaorang harini, sup ikan merah 🫢🏻


PERTAMA KALI MASAK DAN MAKAN SUP IKAN MERAH [ADA RESEPI]

Sebenarnya saya first time masak dan makan sup ikan, entah la selama ni nampak macam sup ikan? Mesti tak sedap haha baik ambik sup daging ke ayam ke 🀣 masa nak mula memasak pun duk fikir lagi betul ke ni nak masak ni, macam manalah kalau tak sedap ni πŸ˜‚

Saya pun mulalah memasak, ikut resepi kat belakang packaging sup bunjut tu tapi adalah derhaka sikit hihi jadi sebab sedap resepi derhaka saya ni, saya nak share lah dengan awok yek


Bahan bahan :

πŸ‘‰ 1 paket sup ikan adabi (packaging warna biru)

πŸ‘‰ Ikan merah

πŸ‘‰ 5 ulas bawang putih *

πŸ‘‰ 8 biji bawang merah *

πŸ‘‰ 2 inci halia *

πŸ‘‰ air secukupnya

πŸ‘‰ 1 batang serai

πŸ‘‰ 2 biji tomato

πŸ‘‰ daun sup

πŸ‘‰ minyak untuk menumis

πŸ‘‰ serbuk sup

yang bertanda (*) kena kisar okie

Cara - cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah ratus yang kat luar sup bunjut bersama bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau

2. Masukkan air dan sup bunjut. kalau korang ada kentang, boleh masukkan kentang time ni okie

3. Bila sup dah mengelegak, masukkan serbuk sup hehehe part ni lah yang saya derhaka tu

4. Agak agak sup macam dah cantik, boleh masukkan serai, tomato dan juga ikan, masak kejap je sebab ikan cepat masak kan

5. Sebelum tutup api, masukkan garam dan juga perasa

6. Dah siap! taburlah daun sup dan dah boleh makan πŸ˜‹


Alhamdulillah walaupun pertama kali try masak dan derhaka tapi sedap dan bertambah la nasi tadi haha tapi saya rasa ramai yang tak suka sup ikan kan? haha saya pun rasa ni kali pertama dan terakhir kot masak sup ikan ni πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† lepas ni masak jelah sup ayam ke daging ke hahaha

Esok macam nak masak udang pulak, udang masak apa eh sedap πŸ€”

Post a Comment

1 Comments

  1. Ikan merah pun dah harga kayangan sekarang
    Ngalahkan harga daging

    ReplyDelete