ROADBLOCK CHECK DAH DUA DOS VAKSIN KE BELUM

4

Assalamualaikum

ROADBLOCK CHECK DAH DUA DOS VAKSIN KE BELUM | Hi! haritu masa balik dari kampung sebab ada urusan padahal masa dapat tahu boleh rentas negeri langsung takda niat nak rentas sebab bulan lepas dah balik vaksin dan ke penang atas urusan. tup tup adik bagitau dia dapat panggilan ke Akademik TUDM, sapalagi nak hantar dia, memang terpaksa la abang dengan kakak dia balik hahaha

ROADBLOCK CHECK DAH DUA DOS VAKSIN KE BELUM

husband memang dari sebelum balik dah niat nak ke Cameron Highlands. padahal tahu hari ahad tu mesti ramai sebab selasa cuti, so maybe orang sambung cuti sampai selasa dan naik Cameron hari ahad, tapi dah dia nak jugak pergi, layankan jelah haha. masa on the way nak ke Cameron tu, lalu jalan kampung la kan, tah apa nama tempat taktahu la pastu macam peliklah kenapa jam sangat padahal kita pun tau kan, dah takdak roadblock sejak boleh rentas negeri, saya dah cuak dah haha saya memang forever cuak :3

Tengah tunggu kereta jalan, ada kereta yang bagi sign yang ada roadblock kat depan, saya ni cuak sebab husband lupa renew lesen hahaha tapi husband rilek je haha mencik betul lah. pastu bila dah sampai kat polis pun, memang betul pun dia tanya sijil vaksin je hahaha

"nak kemana encik?" "naik Cameron jap tuan" "oh, boleh tunjuk sijil vaksin?" kitaorang pun tunjuk la, bukan yang tempat check in tu tapi profile okiee. kalau screenshot memang dorang lagi tak layan la hahaha

kebetulan haritu bawak cousin umur 11 tahun, dia dah cuak sorang sorang kat belakang haha saja usik dia, sapa suruh tak vaksin, kalau polis suruh tinggal kami tinggal jalah hang kat sini, nanti kami balik kami singgah ambik XD terus dia bising "bukan adik takmau vaksin, adik daftar dah cuma takpanggil lagi" hahahaha

pada saya okay jugak buat macam ni, adil lah kan, siapa vaksin boleh jalan jalan tanpa rasa takut, yang takvaksin gi lah vaksin okay? insyaAllah takda apa pun hehe. okie tu je, hati hati dijalan raya!

btw korang dah pernah kena belum? hehehehe

Post a Comment

4 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. So far tak jumpa road block lagi ni..
    Tunggu minggu depan nak jalan-jalan ke Selatan...
    Takut ada roadblock kat pintu masuk tu je nanti hahaha..

    ReplyDelete
  2. Sekarang sijil vaksin lebih penting hehe.. Stay safe ya

    ReplyDelete
  3. Strict jugak kan even takde roadblock merata. Tarikan utama ada roadblock memang nak check vaksin semata mata, tak vaksin memang cuaklah.

    ReplyDelete
  4. elok la kan. agar kita2 yg complete dos ni terjaga dek antivaksin.
    we can never know bila dan di mana covid tu nak menyerang.
    bila semua da complete dos, lega rasa hati nak ke sana ke mari.

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !