SURFACE PRO 5, GAJET BARU UNTUK BERBLOGGING!

7

Assalamualaikum

SURFACE PRO 5, GAJET BARU UNTUK BERBLOGGING! | hi! setelah sekian lama menyepi tanpa merepek kat blog, akhirnya saya kembali :p cewah sembang macam hari hari orang nak baca celoteh saya je. lama menghilang sebab busy nikah, pastu busy pindah, busy vaksin, busy lah cerita dia haha. harini bila dah dapat gajet baru walaupun yang used tapi adalah semangat sikit nak berblogging :3

SURFACE PRO 5, GAJET BARU UNTUK BERBLOGGING!

sebelum apa apa saya nak tanya lah korang, korang berani tak beli gajet beribu melalui online? hahaha saya rasa ramai je yang dah berani sekarang kan. tambah tambah kalau beli dengan Shopee, sebabnya dah sampai barang dah check barulah tekan received dan duit dapat kat seller kan? 

jadi ceritanya gajet yang saya guna sekarang bukanlah saya yang beli :p takdenye nak ada duit lepas kahwin ni, banyak habiskan kat rumah je haha selagi taklengkap semua jangan harap nak habiskan kat benda lain. gajet ni adik saya yang punya tapi buat masa sekarang saya pakai sebab dia tengah berpuasa 6 bulan tanpa gajet hahaha

sebenarnya dah lama tak jumpa adik, last dia balik bulan 4 then PKP 3.0 pastu jumpa pula time saya nikah, dia keluarkan Surface Pro 5 diani, saya dah berkenan dah. mula nak merengek dengan suami nak juga haha walaupun tah la kang beli tk pakai sangat pun. tapi bila ada sekarang memang selalu je guna haha

mesti korang tertanya tanya spec Surface Pro 5 ni kan, meh saya nak share ;

  • Processor: 2-core Intel Core m3-7Y30, 1.00 GHz, 4 MB Cache, or 2-core Intel Core i5-7300U, 2.60 GHz, 3 MB Cache, or 2-core Intel Core i7-7660U, 2.50 GHz, 4 MB Cache
  • Memory: Up to 16 GB LPDDR3 (onboard)
  • Storage: Up to 1 TB SSD
  • Graphics: Intel HD Graphics 615, or Intel HD Graphics 620, or Intel Iris Plus Graphics 640
  • Display: 12.3”, 2K (2736 x 1824)
bila saya tanya dia, mana beli haha dia cakap Shopee. mak ai diani berani pulak beli mahal mahal kat Shopee haha pastu dia pun cakaplah yang 1st beli, guna sehari rosak tapi alhamdulillah dapat balik duit, then dia beli dengan seller satu lagi ni memang okaylah sampai sekarang.

Review Surface Pro 5


surface ni ringan dan senang nak bawa kemana mana, contoh kalau nak buat kerja kat luar ke apa memang mudah. skrin pun besar tapi ringan kan so takdelah terbeban macam korang terpaksa usung laptop. batteri pun boleh tahan lama jugak, skrin besar memang puas nak buat kerja ke nak main candy crush ke ;p nak typing guna keyboard pun smooth je. kamera so so je, jangan ingat macam iphong 13 pulek. ada face id, so soooo secure! 



kalau tanya sesuai ke untuk blogger, yes sesuai sangat! senang nak usung kemana mana nak update artiukel :p tapi sesuai ke kalau nak guna untuk belajar, maybe yes maybe no. sebab kalau belajar rasanya better beli laptop terus senang :D

Harga Surface Pro 5


haritu adik saya beli dalam 1.6k macam tu, tapi tadi ada tengok kat shopee 1.4k je korang! nah link kedai adik saya beli ; Surface Pro 5


Tags

Post a Comment

7 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menangis jugak tengok harga dia. Berani lak beli kat shopee. Omoh...

    ReplyDelete
  2. Kalau harga ribuan tak berani lagi nak beli kat shopee. Menarik jugak surface pro 5 ni. Senang nak mengusung kemana saja buat kerja.

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !