PENATLAH JADI SURI RUMAH

7

Assalamualaikum

PENATLAH JADI SURI RUMAH  | Hi! fuh baru dapat berehat dari subuh tadi. tadi lepas suami keluar  niaga, malaslah nak sambung tidur, so mulalah mengemas rumah apa semua. hahaha rasanya last mengemas the whole rumah sebelum balik kedah haritu XD


PENATLAH JADI SURI RUMAH 

haritu lepas balik dari kedah, rehat sehari terus orang dari kedah datang rumah terus takde buat pape hahaha 3 hari dorang kat sini memang berjalan je. tu pun tak cukup tempat nak pergi sebab kekangan masa hahaha cousin sampai nak balik dengan bas sebab takpuas duk sini. bangun je tiap pagi mesti cakap nak ke PD hahaha dia ingat nak ke PD tu 3 minit agaknya, makan masa 45minit ke sejam jugak tu.

lepas je dorang semua balik, esok tu hantar cousin masuk U then terus demam kitaorang laki bini. punya lama tak demam sejak sejak covid melanda doniaaaa hahaha. sabtu tu kitaorang decide untuk buat covid test pakai kit tu, beli kat farmasi RM13 something gitu. lepas maghrib terus buat, alhamdulillah negatif! saya takut kalau salah sorang daripada kami positif, kalau dua dua takpe boleh kuarantin sekali hahaha

walaupun negatif tapi demam kitaorang macam makin menjadi jadi, alhamdulillah sekarang dua dua dah sihat. mula mula macam lawak pulak kalau covid takkan ada selera makan XD kitaorang punya tahap makan walaupun demam memang wowww hahaha. ok back to topik :p

semalam ada gi MrDIY, adalah beli barang barang rumah sikit, takpuas sebenarnya pi mrdiy situ sebab barang macam sikit sangat haha takpuas nak shopping :3 dah beli barang, mulalah mengemas dan alhamdulillah dah settle mengemas. kemas terus satu rumah, sebaik rumah kecik je :p kalau banglo mau pengsan hahaha! 

lepas settle mengemas, basuh baju pulak, sambil sambil tu buat karipap haha. sapikah dan karipap memang takboleh berpisah. dapatlah dalam 30 biji karipap dan ada lagi lebihan inti, dua tiga hari nanti la pulak, penat nak mengelek hahaha. dah settle semua fikir pulak nak masak japgi suami balik nak makan.

fuhhh, kadang tak percaya jadi suri rumah. bukannya taktau yang jadi suri rumah ni penat tapi tulah, suka! haha enjoy gila bila dapat buat kerja rumah sendiri, rasa macam best gila! dapat deco rumah ikut suka, dapat cantikkan dapo dapat buat itu ini ehekkk. rasanya worth la penat tu bila seronok dapat tengok rumah sendiri dalam keadaan kemas :p

okayla, nak sambung memasak pulak! haha sempat pulak eh mengupdate blog :3


Post a Comment

7 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. takpe dik penat sikit, nanti dah ada anak penatnya lain... Kalau bekerja dan jadi suri rumah separuh masa pun penat jugak... hehehhe

    takpe santai2 je heehehe

    ReplyDelete
  2. Kerja2 suri rumah tak ada habisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! dari bangun sampai ke tido ada je benda nak dibuat

      Delete
  3. Penat tu memang penat tapi happy :)

    ReplyDelete
  4. Kerja yang never ending.. Kalau ada endingnya bermaksud kita yang The Endddd

    ReplyDelete
  5. terkenang-kenang pkp ari tu. bdr. ala-ala surirumah la kan. best!
    aida ni sejak abis belajar hingga la sebelum pandemik covid, bekerja. tak pernah sehari tak bekerja, kecuali cuti bersalin. so bila pandemik covid, pkp, merasa la jugak beberapa bulan jadik surirumah. best!
    penat tu penat. bdr kan. surirumah sambil buat kerja ofis kat rumah. tapi tu la. best!

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !