CITARASA BERLAINAN, ERGH PENING!

2

Assalamualaikum

CITARASA BERLAINAN, ERGH PENING! | Hi! fuhhh tengah mencabar diri ni nak update blog hari hari walaupun hanya satu artikel. nak aktifkan blog je, tapi susah eh nak konsisten hahaha. harini macam hari hari biasa, bangun pagi sibuk kemas rumah semua pastu boleh pulak terlelap haha. so topik harini bab makan pulak


CITARASA BERLAINAN, ERGH PENING!

sebenarnya suami saya takda masalah pun nak makan apa sebab dia makan je apa saya masak. cuma yang jadi masalah sekarang adalah tekak saya hahaha tekak saya susah betul nak telan beberapa masakan dan menu yang semua saya suka. salah satunya masak lemak cili api >.< nak makan tu boleh tapi bak kata orang kedah, dia tak piiii hahaha.

jadi harini suami saya suruh masak udang masak lemak cili api, jadi saya pun masak la walaupun takjadi :p dah jadi nanti baru nak share resepi aaagithew. pastu saya duk fikir lah, kang tak lajak nak makan nasi kalau ni je menu dia hahaha so saya pun buatlah sambal ikan bilis untuk saya.


memang akan jadi banyak kerja bila hari suami request makanan yang dia suka which is masak lemak hahaha memang tekak orang nismilan kan, tulah kegemaran dia haha. tapi yang bestnya suami saya jaramg tak okay dengan apa saya masak walaupun dia kurang suka hahaha yang paling takboleh blah, haritu masa awal kahwin.

bila masuk je rumah suami, dah banyak juga bahan masakan. dia dah masukkan serbuk kari, cili semua tu dalam bekas dan tak label!! pastu satu hari dia suruh masakkan kurma telur, saya pun gunalah "serbuk kurma" yang dia dah letak dalam bekas tu. dah letak 2 sudu tak pekat, letak 4 pun tak pekat gak, letak lagi 1 takpekat juga, takpelah letaklah santan dulu hahahaha tapi mcm rasa tak kena je. 

tengahari tu paling disasterrrrr hahaha takde selera nak makan haha sebab lauk taksedap. pastu baru baru ni kitaorang baru tau tu serbuk sup HAHAHAHAA yaAllah kitaorang buat sup letak santan T___T

Post a Comment

2 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kadang memang tak selera masakan sendiri..huhuu

    ReplyDelete
  2. tu yg kadang2 aida cuti masak. sendiri masak, sendiri makan, takde selera.

    ha ha ha ha sebab tu aida memang buh label kat semua bekas terutama yg serbuk tu. kalau tak, confuse nanti! h aha ha ha ha... gula halus & garam pun aida tempek label. kadang2 bila kelam kabut, gula halus dan garam pun confused! ha ha ha ha...

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !