Assalamualaikum

RESEPI KULIT KARIPAP SEDAP! | Hi korang! Nak dengar cerita tak? saya ni hantu karipap 😂 dulu masa kerja, setiap hari breakfast karipap! kalau takdapat karipap saya macam malas je nak buat kerja.

jadi disebabkan saya ni hantu karipap, eh jap, bukan hantu karipap tapi hantu kulit karipap! saya akan beli karipap tapi inti saya buang 😂 pelik kan? selalu orang marah kalau dapat inti angin tapi saya lagi suka haha

disebabkan kegilaan saya terhadap karipap dan masa PKP haritu, saya pun try la buat. takda la susah mana pun 😆 tapi masa mula buat haritu masin gila kulit karipap tu tapi sebaik time tu puasa 😂 so jiran jiran takda la cakap apa kan haha. tapi sekarang dah pro ok nak buat kulit karipap, jadi meh saya kongsikan resepi untuk korang!

RESEPI KULIT KARIPAP SEDAP SUKATAN CAWAN

Bahan - bahan ; 

✨ 4 cawan tepung gandum

✨ 1 senduk penuh majerin/planta

✨ 2 sudu minyak masak

✨ air sejuk (dari peti ais)

Cara - cara ;



✨Cairkan majerin dan masukkan minyak masak

✨ Masukkan tepung gandum ke dalam bekas & tuang majerin + minyak, kemudian gaul guna garfu sehingga sebati (jangan gaul guna tangan 😂 kang melecur pulak)

✨ Bila adunan dah suam sikit, masukkan air sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi doh

Bila dah siap doh, tunggu apa lagi ambik inti dan jadikan karipap 😆😋



Inilah hasil selepas mengkaripap selama sejam. saya guna acuan je sbb takpandai nak kelim sendiri 😂 dah banyak kali belajar tak pandai pamdai jugak, takpalah acuan kan ado ðŸĪŠ



dah siap kelim, tunggu apa lagi? goreng la! sedia untuk dimakan karipap inti angin saya ðŸĪŠ memang puas hati kalau buat sendiri, nak inti ke taknak inti ke tu semua pilihan anda hehehee

ps : botol air tu dari kak fiez ðŸĪŠ kita masih simpan sampai sekarang hehehehe (entry berkaitan)