NAK JADI PENSYARAH TAPI....

Assalamualaikum

NAK JADI PENSYARAH TAPI.... | Hi! hari ke4 30 Days Blog Challenge! topik harini "your dream job". macam best je tajuk ni, kalau terkarang panjang kalini maaf la ye hahaha rasa nak cerita semua! xD


saya rasa dream job saya ni ramai jugak la yang pernah jadikan sebagai dream job. dulu masa mula masuk tadika, cita cita nak jadi pensyarah dan bawaklah cita cita ni sampai sekolah rendah. memang kalau ditanya nak jadi apa, nak jadi pensyarah haha. taktahulah kenapa pensyarah bukan cikgu xD

disebabkan cita cita nak jadi pensyarah jadi belajar la rajin rajin sebab nak kejar cita cita tu kan, sampailah naik sekolah menengah.. hilang hala tuju nak jadi pensyarah haha terus tukar cita cita nak jadi kerani/setiausaha gitu jelah sebab saya memang minat dengan komputer sejak kecik lagi.

maksud saya minat nak menaip, nak buat kerja guna ms word, nak taip banyak banyak macam dalam drama haha! bila dah masuk form6, cita cita masih sama sampailah result STPM keluar. cukup cukup makan ja. 

cita cita pun sedikit berubah, nak tau nak jadi apa? nak jadi suri rumah sepenuh masa! dengar macam gila kan bunyi dia, tapi tu lah yang saya nak sekarang 😂😂 tapi disebabkan lepas STPM, tak kahwin jadi dapatlah saya kerja sebagai kerani dalam dua tahun dan sekarang, saya masih bujang tapi dah start jadi suri rumah hahaha.



suri rumah untuk rumah sendiri, bangun pagi, settle kemas rumah dulu sebelum kemana mana. taktahulah perasaan best tu nak gambarkan macam mana, tapi saya suka. saya rasa puas dengan apa yang buat sekarang. bangun pagi, sapu sampah, masuk dapur, basuh baju, sidai baju, memasak, sebelum tidur kemas dapur. rasa happy haha

walaupun takdapat jadi pensyarah macam yang saya nak waktu kecik dulu, tapi takpalah. nanti jadi cikgu anak anak jelah muahaha insyaAllah kalau ada rezeki. sekarang pun, ada juga jadi cikgu untuk sepupu sejak sejak kena belajar kat rumah ni.

semua orang ada impian masing masing, tak salah pun nak ada impian sebab impian percuma kan?

okay! jumpa esok ;p


9 Comments

  1. Saya pun skrang jadi suri rumah. Hihi

    ReplyDelete
  2. masih belum terlambar mengejar cita2 ;)

    ReplyDelete
  3. rezeki allah swt dah atur , itu yang terbaik.. la ni semua jadi cikgu pensayarah pada anak2.. best juga kan

    ReplyDelete
  4. Duduk di rumah pun boleh buat kerja menaip gitu.
    Semoga tercapai impian awak :)

    ReplyDelete
  5. Ya.. Impian masing2. Kadng waktu kecik nak jadi macam2 dh besar jadi lain.. Heehe

    ReplyDelete
  6. nk jd pramugari. hahah kerja lain. haha

    ReplyDelete
  7. Cita cita saya nak jadi cikgu tapi masa minta U tak dapat course TESL so kita buat economics je lah.

    ReplyDelete
  8. cita-cita nak jadi cikgu, once i realise I kenot tolerance with the kids.. Kukuburkan cita-cita itu. Haha

    ReplyDelete
  9. Dulu Ai nak jadi cikgu. But tak tau nape masa dulu tak nampak jalan. Hahaha

    ReplyDelete