Assalamualaikum

DAY TRIP TO PENANG! | Hi! selamat hari raya aidiladha ❤ susahnya nak cari mood nak menaip ni bila asyik kena hadap laptop untuk buat kerja 😂 settle buat kerja terus tutup laptop sebab mata letih ._. 


so beberapa before raya haritu which is 27 Julai 2020, Isnin kita ke penang balik hari hahaha! takhabis habis dengan balik 😂 seronok tau trip balik hari, jimat duit tapi letih gila! hahaha

misi utama ke Penang sebab kawan nak ke USM. sha ni ikut je janji boleh gi jalan jalan dan ada gambar untuk letak kat feed ig 🤪 jadi perjalanan kitaorang haritu dari Kedah ke Perlis ke Kedah ke Penang ke Kedah ke Perlis dan akhirnya Kedah balik 👀

perjalanan kitaorang start 7.30pg bersama hujan renyai renyai, terus ke perlis ambik sorang kawan dorang then balik kedah la kan sebab nakpi penang 😆oh ya, lepas ambik kawan di perlis, singgah rumah driver sebab driver lupa spec hahaha!


dalam pukul9 macam tu barulah bertolak ke penang, alhamdullilah perjalanan lancar dan tak behenti rnr langsung jadi sampai atas jambatan pukul11 terus ke USM untuk ambik lagi sorang kawan.

pergi penang agak agak orang akan makan apa kat sana? 👀 mestilah nasi kandar kan? tapi kitaorang buat kelainan  sikit hahaha kelainan yang selalu kitaorang buat bila ke mana mana iaitu makan kat mall daripada gi makan kat kedai yang femes kat negeri tu😆


jadi pilihan kitaorang adalah ke QB mall dan makan di Old Town White Coffee. antara sebab kitaorang makan kat mall sebab macam boleh agak kalau gi kedai nasi kandar time lunch mestilah ramai orang yedok? mesti takda sosial distancing :( kenapa nak bahayakan diri kan?

tapau donut buat makan kat Batu Feringgi

settle makan, pusing pusing mall dulu beli apa yang patut sebab nak singgah Batu Feringgi ⛵ keluar ja mall terus ke Batu Feringgi dan masa tu panas terik lagi 😂 tapi kisah apa sebab time tu la lighting on point kebaboom kehkehh





kat situ pun takda buat benda pun, cuma ambil gambar then singgah satu kedai kat atas tu untuk minum air lepas penat bergambar 😂 pastu kitaorang pun balik~

dari Batu Feringgi nak ke USM tu sesak ye anak anak walaupun baru pukul4 macam tu. taktahy la sebab apa yang boleh sesak sebab hari sekolah, bukan hari cuti tapi maybe sebab sekolah la kot hahaha 😂 lepas hantar kawan kat USM tu, kitaorang pun pulang~

tapau sushi haha

masa nak naik Jambatan Pulau Pinang tu macam sesak haha tapi bila dah naik, alhamdulillah perjalanan lancar je 🤗 ingatkan boleh la sampai awal hahaha pastu singgah pula RNR. takda beli apa pun hahaha pastu terus rasa nak beli mcd, ha pergi la pulak beli mcd. itu sebab yang sampai lambat agaknya.


lepas balik dari mcd, hantar kawan kat perlis barulah balik ke rumah hahaha. walaupun macam tak pergi mana mana tapi letih gila ok 🥴🥴 padahal duk belakang je hahahaha tapi memang best gila sebab bila sikit masa, kita akan hargai setiap masa yang kita gunakan 😂

kalau macam pergi tidur sana, mesti ada masa yang malas la nak keluar. last last terperuk kat dalam bilik untuk berjam jam, padahal niat nak pergi berjalan jalan 😆 rasa macam merapu dah, jadi oklah sampai disini hahaha ._. harap harap pasni boleh ke cameron highland balik hari pulak 🤪🤪🤪🤪🤪


**btw mohon doakan kitaorang di daerah kubang pasu 😫 kluster sivagangga semakin meningkat!!!