RESEPI TART CHEESE SUKATAN CAWAN YANG KONFIRM JADI!


Assalamualaikum

RESEPI TART CHEESE SUKATAN CAWAN YANG KONFIRM JADI! | Helo! disebabkan kebosanan di rumah, maka terhasillah tart cheese semalam. cream cheese yang baki buat kuih raya haritu ada lagi & masih elok maka kita buatlah tart cheese supaya tak membazir hihi


acuan tart ni sha beli masa puasa haritu, konon nak buatlah tapi biasalah bila puasa bukan nak makan sangat pun. tapi takpa sebab benda boleh guna lama kan haha. segala bahan nak buat memang dah ada kat rumah kecuali telur ja, so total lost buat tart cheese harini adalah RM0.40 ๐Ÿ˜† dah malas nak bebel lagi, meh tengok sukatan tart cheese ni tapi maaf takda gambar step by step sebab saya kalau masak memang tak teringat dah phone ๐Ÿ˜‚

Resepi Tart Cheese Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Sedap!


Bahan Kulit/ Shell Tart :

๐Ÿ–‡ 1 cawan majerin
๐Ÿ–‡ ½ cawan gula aising
๐Ÿ–‡ ½ biji telur grade A, (Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau dan ambil setengah saja)
๐Ÿ–‡ 3 cawan tepung gandum
๐Ÿ–‡ 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

๐Ÿ–‡ Satukan majerin, gula, esen vanila dan telur. Kacau sebati. 
๐Ÿ–‡Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Uli hingga jadi doh. Kalau doh masih lembik, tambah tepung gandum sedikit-sedikit.
๐Ÿ–‡Masukkan doh tadi ke dalam acuan tart. Tekan dan ratakan kemas-kemas. Cucuk dengan garfu di bahagian dasar tart tadi.
๐Ÿ–‡Bakar selama 20-25 minit, guna api atas bawah pada suhu 180°C @ ikut oven masing-masing.

Bahan Filling :

๐Ÿ–‡Chocolate spread (boleh juga guna blueberry/strawberry filling. ikut selera masing masing)
๐Ÿ–‡ 250 cream cheese
๐Ÿ–‡ ½ cawan gula aising,
½ biji telur (pecahkan telur, kacau dan ambil setengah).
๐Ÿ–‡1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara :

๐Ÿ–‡Satukan semua bahan kecuali chocolate spread hingga sebati (boleh guna blender atau mixer. saya guna senduk je)
๐Ÿ–‡ Masukkan adunan tadi ke dalam piping beg dan gunting hujungnya
๐Ÿ–‡Susunkan kulit tart ke atas loyang, sudukan chocolate spread ke dalam kulit tart kemudian picitkan adunan cheese hingga penuh.
๐Ÿ–‡Buat corak di atas tart guna pewarna ikut kreativiti sendiri
๐Ÿ–‡ Bakar sekali lagi dalam selama 10 minit.

SIAP! ๐Ÿ˜

batch 1 ; sedikit rentung ya hahaha

batch 2 : dah ok tapi gigi kulit tart rongak pula๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†


tapi tak kisahlah pasal rupa, yang penting sedap! tapi ni sebab nak makan sendiri jelah, kalau nak jual mesti kena elok elok ok. tengah fikir ni lepas ni nak buat apa pulak. taksangka best gila bila dapat masak ni☺ tambah bila ada yang memuji "sedaplah kaklong" ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

10 Comments

  1. alahaiii ni kalau masa MCO aritu msti ai buat.

    ReplyDelete
  2. wah! comel je lukisan hijau tu

    ReplyDelete
  3. Wowww kalau kata kompom jadi, kena cuba ni, teringin nak makan hasil buat sendiri..thanks tau share..

    ReplyDelete
  4. Wow sedapnya.biasa makan tart nanas

    ReplyDelete
  5. Eheh bagusnya.. Macam menjadi walaupun rupa begitu. Yang makan kita gak kan.. Hahaha.. Nak buatla.. Dhla suka makan

    ReplyDelete
  6. Menarik .. senang follow kalu sukatan cawan

    ReplyDelete
  7. aduii bnyk step nk wt..beli kt awk je la senang..haha

    ReplyDelete
  8. Comelll tartnye. Tak pernah buat lagi ni

    ReplyDelete