MENGINAP DI TOKMAN INN LANGKAWI!


Assalamualaikum

MENGINAP DI TOKMAN INN LANGKAWI! |Hi! ha haritu cerita pasal beli tiket feri langkawi secara online. ni nak cerita pasal penginapan pulak.


sha kalau jalan mana mana memang akan cari tempat tidur yang murah tapi selesa hehehe sebab pi jalan jalan kan nak jalan bukan tidur sepanjang masa πŸ€ͺ

jadi sha pun scroll la booking.com sebab situ jelah sha suka pun πŸ˜‚ carilah bilik yang dekat dengan pantai chenang sebab ingt nak lepak pantai malam nanti.

kalau cakap pasal harga rasanya dah cukup berbaloi sangat kalau tengok dengan keadaan bilik. rasa macam semua serba cukup walaupun harga murah.

kitaorang request nak check in awal dan alhamdulillah boleh 😍 so minta la nak check in pukul11 dan tak dikenakan apa apa lebihan bayaran.


masa sampai di tempat kejadian, terus ke kaunter dan dapat kunci untuk 1 bilik dan 1 bilik lagi tengah dicuci lagi. tapi tunggu kejap dah boleh masuk

masa pijak je kaki dalam bilik, aduh rasa macam nak extend cuti 🀣 puas hati oi dengan bilik dia hahaha! korang tengok la sendiri kat bawah

kitaorang pilih katil double

ada peti ais, cerek untuk bancuh air & boleh request kalau nak iron

ada juga tv tapi boleh buka siaran bernama je πŸ˜‚

tempat sidai baju/kain

toilet

agak agak korang kalau macam gini rupanya berapa rm untuk 1 malam? walaupun bilik tak besar sangat tapi oklah still ada ruang untuk solat semua.

harga bilik ni RM45/1 night 😍 murahkan!!! mula mula ada jumpa bilik yang sikit murah dari ni tapi bilik tu kipas bukan aircond, bilik yang sha duduk ni bilik beraircond.

walaupun susah sikit nak cari sebab macam masuk kampung sikit, signboard pun dah kelabuπŸ˜‚ banyak kali jugak la pusing, tapi takpala sebab cantik kan! hehehek

puas hati gila stay sini, dah la dekat dengan pantai chenang pastu dekat juga dengan macam macam tempat lain. kira strategik jugak la tempat niπŸ˜‚


kalau korang nak datang langkawi boleh check out Tok Man Inn ni ok ❤❤❤

7 Comments

  1. Nampam macam baru lagi biliknya. Murahlah RM 45 semalam.

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti sha.. πŸ‘πŸ˜Š

    ReplyDelete
  3. Sgt murah utk kmudahan bilik mcm nii.. Waaah

    Jalan2 blogwalking hehe

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga semalam! Selesa pun selesa nampak

    ReplyDelete
  5. Murh biliknya.. Bestnya dh bercuti

    ReplyDelete
  6. Ai pun tak suka spend mahal untuk bilik kalau niat nak berjalan. Tapi kalau niat nak rest tu, mahal pun ok sebab nak yang betul2 boleh relax.

    ReplyDelete