Assalamualaikum

FROM SILVER TO RED ; IPHONE6PLUS STICKER | Helo! dah 26 ramadhan ye harini, macam mana persiapan untuk raya? kalau nak cerita pasal baju raya sha em macam sedih ja hahaha jadi kita cerita pasal baju raya phone sha 😂

so sha guna dua phone sekarang which is Iphone 6plus & Redmi Note 8. relevan lagi ke pakai iphone 6plus sekarang? entahla nak, saya pakai phone bf je ni 🤣 sebab haritu lepas beli reno 8 tetiba teringin nak pakai ios! ha sudah takkan nak beli baru hahahaha so bf bagi jelah phone dia ni sebab dia tak pakai. mulanya pinjam jelah tapi alang alang tu jadi milik sendiri jelah, alah dengan bakal pun kedekut apa kan 🤭🤭

alamak dah terlari jauh ni 😂 masa sampai phone tu ya Allah dia nya kotor bahagian belakang phone naik geram je kita hahaha tapi redha je la pakai masa tu sebab duk fikir nak tukar housing macam mahal 🤣 sampailah awal puasa haritu, baru terfikir pasal sticker ni. jadi sha pun order lah melalui shopee. seperti biasa, kalau musim raya even tak pkp pun parcel mesti lambat sampai tapi tak kisah pun hihik. 


so semalam sampai parcel tu, sepatutnya ahad dah sampai tapi ahad hujan seharian! sha pun macam tolonglah jangan keluar delivery hari hujan, kesian oi! jadi dah sampai tadi mulanya ingat nak tunggu adik pasangkan tapi kita jenis tak menyabar ni susah kan 🤣 kita pun pasangkan la sendiri. ok ni gambar sebelum ;


sebelum ni kalau sha nak pasang tempered glass ke apa mesti suruh adik sebab sha pernah try pasang satu masa dulu dan akhirnya benda tu tak cantik dan kena beli semula hahaha kan dah bazir tu! tapi tadi redha jela sebab taksabar sangat kan 😂 & ya masih cacat cela ya anak anak :') tapi taknampk sangat la hehek. inilah hasil selepas ;


sha beli sticker ni harga RM10 + postage RM5+ & dapat cashback 100coins! lepas dah bayar dan seller post out baru perasan ada yang RM0.99 :') ship dari Malaysia! huwaaaaaaa mulanya nak menyesai tapi sha yakin kalau lagi murah mesti lagi tak cantik result dia (yeeee sedapkan hati sendiri) 😂 jadi lepas ni sha rasa sha nak try beli yang RM0.99 tu pulak hehehek

ni jelah nak cerita hahaha takda benda nak cerita kat blog tu yang menyepi 🤪 ohhh disebabkan ni last barang sha yang sampai sebelum raya dan ada 1 barang masih stuck 😭 tapi takpelah hahaha, sha nak berterima kasih kepada semua abang abang courier yang bertungkus lumus hantar barang sampai ke rumah ❤ semoga Allah permudahkan segala urusan kamu & sentiasa didalam lindungan Allah, insyaAllah ❤

okbai!

ps; barang korang order online dah sampai semua ke tu 🤭