ROTI CANAI TAK JADI TAPI SEDAP! #quarantineday9


Assalamualaikum

ROTI CANAI TAK JADI TAPI SEDAP! #quarantineday9 | Hi! ok ni cerita semalam punya. lepas buat boba merah tu, terus la bincang nak masak apa pula esoknya haha jadi kami pilih roti canai. ingatkan adalah bahan bahan semua sebab rasa macam ada je tepung gandum kat rumah, lepas check ehh tinggal sikit pulak -__-


jadi suruhlah cousin pi beli kat kedai dekat rumah. balik tu terus siapkan bahan dan buat! saya ikut resepi di ig, roti canai tanpa telur. ok meh tengok bahan dan cara caranya~

Bahan - bahan buat roti canai


💍 1 sb gula*
💍 1 sb susu pekat*
💍 1 sb planta (cairkan dalam kuali)*
💍 1 sk garam*
💍 1 cawan air sejuk dari peti ais*
💍 4 cawan tepung gandum

Cara - cara buat roti canai


💎 sebatikan semua bahan yang bertanda *
💎 kemudian masukkan tepung bergelang seli dengan air sambil uli
💎 uli sampai doh menjadi licin
💎 kemudian, bulatkan ikut besar yang korang nak dan sapukan minyak
💎 biarkan doh selama 3-4 jam sebelum digoreng



HAHAHAHHAH buruk bukan? XD masa tengok ni macam redha jelah nanti jadi ke tak roti canai tu. kitaorang lapar sangat so tak tunggu pun 3-4 jam, dalam 2 jam macam tu je dah mula nak makan hahaha, nak tibar tak pandai. tekan tekan jelah pastu jadilah seperti dibawah 


oklah tu asalkan boleh makan! tengok nampak macam emmm ok tapi habis ok! sedap jugak la hahaahaha sebab rasanya doh tu sedap, so tak kisah la rupanya. malam ni nak masak apa pula ea? ha tunggulah besok hahaha ok bye!




15 Comments

  1. asal sedap masuk tekak.
    cute ja roti canai sha.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa. tngok waktu gini. haha

    ReplyDelete
  3. Nampak sedappp jugakkk. Hahaha.. dua jam pung bolehhh...

    ReplyDelete
  4. eh eh menarik pulak idea buat roti canai sendiri ek..nak cuba jugak la kalo da teringin nanti...semua bahan ada kat rumah ni...

    ReplyDelete
  5. sedap tu yg pntg. x jadi xpe. we've all been through that. hehe

    ReplyDelete
  6. Papepun nampak sedap kak! Hihi erliur saya tengok T.T

    ReplyDelete
  7. hehe hari tu ada mak cuba buat.. festime. kite surrender dlu sbb mmg x reti.
    skali jadi keras kejung terus jadi macam kerak. nnt try resepi ni plak..

    eh kasi kt mak.. mak buat =P

    ReplyDelete
  8. Janji ada rasa. Rupa tu tolak tepi kejap :)

    ReplyDelete
  9. Nampak Rupa MCM.jadi juga th

    ReplyDelete