3/30/2020

BUAT AIS KRIM MILO HOMEMADE SEBAB BOSAN! ##quarantineday10

by , in

Assalamualaikum

BUAT AIS KRIM MILO HOMEMADE SEBAB BOSAN! ##quarantineday10 |  Hi, eh helo hahaha harini orang dah hari ke berapa quarantine tapi kita baru nak update apa yang dibuat masa hari ke 10 hahaha. biasalah niat memang nak istiqomah tapi sentiasa terbabas xD


ok sebelum nak meneruskan bebelan, marilah saya kongsikan terlebih dahulu resepi dan cara cara nak buat ais krim homemade ni yang korang semua boleh buat kat rumah!

Bahan - Bahan Buat Aiskrim Milo Homemade


ðŸĶ 1 tin susu cair
ðŸĶ 2 sudu besar susu pekat manis
ðŸĶ 1 sudu besar ovalette
ðŸĶ milo ikut suka nak banyak mana xD

Cara - Cara  Buat Aiskrim Milo Homemade


ðŸĻ masukkan susu cair, susu pekat manis dan ovallette ke dalam blender
ðŸĻ blend semua bahan sehingga kembang seperti gambar diatas
ðŸĻ bila dah kembang, masukkan milo dan blend sehingga adunan bersatu
ðŸĻ masukkan dalam bekas dan simpan semalaman

sebelum dibekukan

dah beku! boleh makan!

sebenarnya kena letak esen vanila tapi takda kat rumah dan maleh nak keluar beli musim musim pkp jadi guna jelah apa yang ada kat rumah hahaha sedap juga dan jadi juga aiskrim. korang juga boleh letak flavour apa korang nak, name it then mix it ok? XD

incase korang buat aiskrim homemade ni guna resepi sis, jangan lupa share kat story ig dan tag sis ok? @shfyqhazhr XD okbai!!




3/27/2020

ROTI CANAI TAK JADI TAPI SEDAP! #quarantineday9

by , in

Assalamualaikum

ROTI CANAI TAK JADI TAPI SEDAP! #quarantineday9 | Hi! ok ni cerita semalam punya. lepas buat boba merah tu, terus la bincang nak masak apa pula esoknya haha jadi kami pilih roti canai. ingatkan adalah bahan bahan semua sebab rasa macam ada je tepung gandum kat rumah, lepas check ehh tinggal sikit pulak -__-


jadi suruhlah cousin pi beli kat kedai dekat rumah. balik tu terus siapkan bahan dan buat! saya ikut resepi di ig, roti canai tanpa telur. ok meh tengok bahan dan cara caranya~

Bahan - bahan buat roti canai


💍 1 sb gula*
💍 1 sb susu pekat*
💍 1 sb planta (cairkan dalam kuali)*
💍 1 sk garam*
💍 1 cawan air sejuk dari peti ais*
💍 4 cawan tepung gandum

Cara - cara buat roti canai


💎 sebatikan semua bahan yang bertanda *
💎 kemudian masukkan tepung bergelang seli dengan air sambil uli
💎 uli sampai doh menjadi licin
💎 kemudian, bulatkan ikut besar yang korang nak dan sapukan minyak
💎 biarkan doh selama 3-4 jam sebelum digoreng



HAHAHAHHAH buruk bukan? XD masa tengok ni macam redha jelah nanti jadi ke tak roti canai tu. kitaorang lapar sangat so tak tunggu pun 3-4 jam, dalam 2 jam macam tu je dah mula nak makan hahaha, nak tibar tak pandai. tekan tekan jelah pastu jadilah seperti dibawah 


oklah tu asalkan boleh makan! tengok nampak macam emmm ok tapi habis ok! sedap jugak la hahaahaha sebab rasanya doh tu sedap, so tak kisah la rupanya. malam ni nak masak apa pula ea? ha tunggulah besok hahaha ok bye!




3/26/2020

BOBA WARNA MERAH??! PLUS RESEPI #quarantineday8

by , in

Assalamualaikum 

BOBA WARNA MERAH??! PLUS RESEPI | Hi. buat apa tu? sejak sejak PKP ni memang rajin nau masuk dapur, sehari lebih 20 kali apa masuk dapur haha dalam pada tu pening juga nak masak apa hari hari haih. jadi semalam sembang sembang dengan cousin kitaorang decide nak buat boba sendiri!


kitaorang kalau nak masak apa memang cari yang mudah je, so kitaorang pun buatlah boba guna 4 bahan!

Bahan - bahan :

👋 1 cawan gula perang 
👋 1/2 cawan air
👋 2 cawan tepung ubi kayu
👋 1/2 sudu kecil pewarna merah sebab pewarna hitam takda

Cara - cara buat boba :


👌 larutkan 1/2   cawan gula perang dengan 1/2 cawan air menggunakan apikecil
👌 masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga adunan bercampur dengan sebati
👌 keluarkan adunan dan letakkan ke atas permukaan yang sejuk dan bersih
👌 masukkan 1/2 sudu kecil pewarna 
👌 uli doh sehingga doh menjadi sekata dan tidak melekat
👌 bulatkan doh menjadi bentuk bulat kecik kecik
👌 kemudian, masukkan lebihan air bersama 1/2 cawan gula perang dan masukkan boba ke dalam serta rebus selama 45 minit
👌 setelah masak, masukkan boba ke dalam air sejuk


beginilah rupa boba saya! yang warna pink tu sebenarnya teh ais hahaha tapi saja letak pewarna xD sekali jadi warna pink baq hang hahahaha sebaik rasa taklari, warna ja lari banyak :p nak buat boba ni takmudah dan tak senang sebab rasa macam lama nak buat tapi nak makan kejap je hahaha 

maaflah kepada pencinta boba sebab saya dah rosakkan resepi boba anda xD sapa suruh pewarna hitam susah nak jumpa 😠😠😠😠 okbaiii hehehekk


3/26/2020

BUAT APA SELAMA SEMINGGU PKP?

by , in

Assalamualaikum

BUAT APA SELAMA SEMINGGU PKP? | Hi! harini hari ke sembilan kan perintah kawalan pergerakan? fuh taksangka boleh jugak duk diam diam dalam rumah. sebelum ni tanpa kira panas ke hujan ke apa mesti ada ja alasan nak keluar. korang macam mana? ok ke tu?


kalau tanya saya apa saya buat sepanjang seminggu lebih duk rumah ni, masak - makan - masak - makan hahaha! walaupun kat area rumah ni takda bekalan air waktu siang, tapi tak menghalang untuk saya masak xD sanggup oh, basuh periuk tengah malam asalkan siang dapat makan

tapi ada juga hari yang malas. macam masa mula mula perintah kawalan pergerakan mula dibuat, tetiba mulut lapar nak makan kuih raya hahaha terpaksalah order dari kawan yang duk Alor Setar, sebaik la dia memang nak balik rumah mak dia yang dekat juga la dengan rumah saya.

lepas tu kebanyakkan makanan memang masak sendiri. walaupun hari hari hampir sama sahaja menu yang saya masak, yang penting habis dimakan oleh anak anak kat rumah ni (adik & sepupu maksud saya). 


gambar 1 : kek chipsmore dua bahan 
gambar 2 : megi goreng
gambar 3 : nasi putih + telur goreng + ikan bilis sambal 
gambar 4 : nasi putih + ayam masak kicap


duk scroll scroll fb semestinya nampak menu menu yang menarik hati tapi masalahnya rumah saya kalau masak terlalu advance orang takmakan xD jadi saya mengambil langkah untuk masak secara simple begini, alhamdulillah licin!


gambar 1 : kuih raya order dari kawan!
gambar 2 : popia carbonara (RESEPI BACA SINI 1 | 2 )
gambar 3 : nasi goreng cabai mesin + telur dadar + ayam kicap
gambar 4 : teh ais pink + boba merah
gambar 5 : ais malaysia
gambar 6 : nasi goreng sambal belacan + sambal ikan bilis

selain memasak, saya juga ada keluar pi kedai yang berdekatan rumah yang takperlu menaiki motor tapi hanya berjalan, tapi ada satu kejadian yang terjadi hahaha masa dah sampai rumah tak ikut jalan yang disediakan tapi gatal nak lalu ikut jalan sungai yang kering! oh kalau nak tau sekarang sungai depan rumah saya kering yang tahap korang boleh jalan atas tu haaaa


selfie pada hari kejadian xD keluar pergi kedai dekat rumah pun still pakai mask dan bawak sanitizer ok! jangan risau <3 adoi="" ala="" baru="" buat="" buku="" dah="" dalam="" dapatlah="" di="" dia="" disuruhnya="" eja="" gambar="" haha="" itu="" juga="" kat="" ketiga="" latihan="" luka="" macam="" maklongkan="" maklumkan="" masa="" mengajar="" mengeja="" menghabiskan="" p="" pening.="" pertama="" pun="" saya="" sekolah="" selain="" seminggu="" sepupu="" tak="" tangan="" tapak="" tengok="" tu.="" tusyen="">

so setakat sahaja kot entry saya petang ni, jaga diri, jaga family, stay at home! semoga wabak covid 19 ni cepat cepat hilang sebelum tibanya Ramadan :)




3/24/2020

INISIATIF VITS KURANGKAN BEBAN RAKYAT MALAYSIA

by , in

Penghantaran Percuma Dan Potongan Separuh Harga Sebagai Inisiatif Vits Kurangkan Beban Rakyat Malaysia


Virus Wuhan atau nama lainnya, SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain menerusi close contact atau interaksi yang dekat dengan individu yang telah dijangkiti.

Virus ini telahpun membunuh berpuluh ribu individu di seluruh dunia. Virus yang berasal dari kota Wuhan, China ini dipercayai berasal daripada amalan masyarakat China di Wuhan yang menjadikan bintang eksotik seperti ular dan kelawar sebagai makanan mereka.


Dari hari ke hari, virus Wuhan ini terus menghantui dunia dan telah melumpuhkan bukan sahaja China, malah Korea Selatan dan yang terkini memporak-perandakan masyarakat di Itali, Iran, Sepanyol, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Norway dan Jepun.

Perintah berkurung dan/atau kawalan pergerakan telahpun dijalankan oleh beberapa negara yang paling terjejas ini bagi membendung penularan virus ini. Pada awal kedatangan virus ini ke Malaysia, ia masih lagi terkawal dan dikatakan dapat dibendung.

Malah, rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perpindahan kuasa daripada Pakatan Harapan  kePerikatan Nasional dan terlupa sebentar ancaman wabak COVID-19 ini kepada negara. Walaubagaimanapun, gelombang kedua wabak COVID-19 ini adalah sesuatu yang tidak boleh diendahkan.

Kebimbangan ini tentunya meresahkan rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah, menerusi perutusan beliau pada hari Isnin, 16 Mac 2020 mengarahkan agar Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, pertama seumpamanya yang pernah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Perintah kawalan pergerakan ini bukanlah perintah berkurung ataupun darurat tetapi lebih kepada satu bentuk inisiatif untuk menjarakkan hubungan sosial. Oleh kerana itu, semua premis kerajaan dan swasta telah diarahkan ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting, termasuk peruncitan dan bekalan makanan.

Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia juga ditegah meninggalkan negara. Oleh kerana perintah ini bukanlah lockdown atau perintah berkurung, warga tidak berhadapan sebarang sekatan untuk bergerak di dalam Malaysia. Sebarang perhimpunan keagamaan, sosial dan sukan wajib dibatalkan atau ditunda. Pelancong asing pula disekat daripada memasuki tanahair. Sekiranya ada yang berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini, pegawai- pegawai yang terlibat dalam penguatkuasaan perintah ini boleh meminta bantuan pihak polis dalam memastikan kelancaran penguatkuasaanya, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, akta yang sama.

Rakyat perlulah saling tolong menolong, tidak mementingkan diri sendiri, berfikir secara matang dan
memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam mengharungi dugaan ini.

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini. Dengan kerjasama semua, Malaysia akan berupaya untuk pulih seperti sediakala.

Hari ini merupakan hari ke 7 Perintah Kawalan ini dilaksanakan, nampaknya masih ada rakyat Malaysia yang berdegil dan tidak mengendahkan perintah kawalan ini wala pelbagai inisiatif kerajaan telah dibuat. Masih ada ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk pulang ke kampung

Bantuan tentera juga telah dikerahkan untuk membantu pihak polis dalam pelaksanaan ini dan juga jalan-jalan utama ke luar masuk seperti Toll Jalan Duta, Toll Air Keroh dan Toll Sungai Besi telah di tutup melainkan dengan membawa surat pelepasan oleh majikan atau surat dari pihak berkuasa.

Untuk meringankan beban rakyat ini dan mengurangkan rakyat untuk terus keluar membeli belah barangan keperluan keluarga, Vit Makanan Sdn Bhd pengeluar makanan mee segera Malaysia yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1975 iaitu 45 tahun yang lalu, telah mengambil inisiatif untuk memberikan penghantaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dengan membeli produk makanan mee kering dengan penurunan harga yang mendadak.



Ini kerana menurut Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd En Y.T Lai atau lebih dikenali sebagai “NoodlesMan Malaysia”, ‘ini cara Vits untuk berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits selama 45 tahun dan dengan rasa cintakan negara’, diharap agar bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kesesakan di pasaraya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk sama-sama ingin membanteras virus ini.

“Produk istimewa ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan saya berharap ramai lagi rakyat Malaysia dapat mengambil peluang ini. Pada saya, waktu getir ini bukanlah masa untuk kami di Vits membuat keuntungan, rugi sedikit tapi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia’, katanya lagi.


Promosi boleh didapati di pautan ini [ SHOPEE VITS ]

Selain itu juga Vit Makanan Sdn Bhd juga telah menyalurkan bantuan makanan kepada pihak hospital kepada Hospital Kuala Lumpur dan pelbagai lagi untuk mengurangkan masa mereka untuk makan agar mereka terus kuat dan tabah melawan virus ini.

3/18/2020

LIRIK LAGU KITA BAIK RAMAI SAYANG | ACHEY & FAD

by , in


LIRIK LAGU KITA BAIK RAMAI SAYANG | ACHEY & FAD


Tak pernah dibayangkan
Kau akan kembali
Saat yang ditinggalkan
Hanya bertemankan air mata

Beribu mendoakan
Bintang pun turut menyaksikan
Saat kami merindukan mu
Damailah engkau disana

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah disana
Wahai sahabat, yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah disana
Wahai sahabat, yang kami sayangi
Yang kami cintai buat selamanya
3/10/2020

BETUL KE MITOS PERUT BUNCIT JIKA MANDI LEPAS MAKAN?

by , in

Assalamualaikum

BETUL KE MITOS PERUT BUNCIT JIKA MANDI LEPAS MAKAN? |  Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu, sama ada lelaki atau wanita mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos dan kepercayaan berkaitan kesihatan perut ini.


5 Mitos Berkaitan Perut Buncit

Diet pemakanan yang seimbang merupakan antara faktor penting dalam penjagaan kesihatan. Ia dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat beberapa perkara tertentu berkaitan pemakanan yang boleh mengakibatkan anda mengalami perut buncit, betul ke?

Berikut adalah 5 mitos popular yang mengaitkan masalah perut buncit:

1. Tidur selepas makan


Kebanyakan individu takut untuk tidur selepas makan kerana bimbang akan kenaikan berat badan atau kegemukan. Namun, sebenarnya tabiat tidur boleh mengundang masalah lain berkaitan kesihatan. 

Menurut Jurulatih Bertauliah dan Pakar Pemakanan Peribadi, Kevin Zahri, kenaikan berat boleh berlaku akibat makan selepas tidur adalah tidak tepat. Ini kerana proses kenaikan atau penurunan berat badan tidak bergantung kepada jarak anda makan dan tidur. 

Sebaliknya anda boleh menjadi gemuk bergantung kepada kadar pengambilan kalori sepanjang hari. Jika kalori masuk adalah lebih tinggi berbanding kalori yang keluar, maka kecenderungan untuk berat badan meningkat adalah tinggi.

Umumnya, tidur selepas makan dalam keadaan perut kenyang boleh menyebabkan masalah seperti pedih ulu hati dan peningkatan risiko strok. Pakar mencadangkan 2 jam selepas makan adalah tempoh terbaik untuk tidur.

2. Makan bersulam air


Pernah tidak anda dimarahi kerana makan bersulam dengan minum? Kononnya boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Tetapi kalau makanan itu pedas, bagaimana pula?

Mungkin ada benarnya perut akan menjadi buncit, tetapi untuk tempoh sementara sahaja. Ini kerana menurut Kevin, lebih banyak isipadu air yang diminum, maka akan lebih buncit perut anda. Tetapi isipadu air itu akan dicerna dan diserap oleh badan dalam proses pencernaan makanan. Keadaan ini sekali gus akan menghilangkan masalah buncit yang dialami.

3. Mandi selepas makan


1 mitos paling popular berkaitan makan adalah dilarang mandi selepas mengambil sesuatu hidangan makanan berat, kononnya boleh mengakibatkan perut buncit. Ini kerana proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi, betul ke?

Mengarut sangat! Ia adalah mitos semata-mata. Tidak terdapat langsung hubungan atau kaitan antara mandi sama ada air sejuk atau air panas, selepas makan dengan perut yang buncit. Jadi selepas ini, jangan guna alasan ini untuk mengelakkan mandi, okay?

4. Tabiat merokok


Ada sesetengah perokok mengelak daripada merokok kononnya sebab tidak mahu menjadi buncit. Tetapi adakah kepercayaan itu sahih?

Umumnya, merokok sememangnya berbahaya untuk kesihatan. Namun, secara faktanya tabiat merokok sejurus selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Jadi, ia tidak menyebabkan perut menjadi buncit, tetapi akan meningkatkan risiko masalah penyakit lain. 


5. Kena bersenam selepas makan


Selepas makan perlu terus bersenam kalau tidak mahu mengalami masalah buncit. Seriously? Anda baru lepas makan dan kekenyangan, kemudian kena pula bersenam seperti berlari atau turun naik tangga untuk mengelakkan buncit?

Kenapa mahu menyeksa diri? Bersenam dalam keadaan perut yang kenyang dan penuh dengan makanan hanya akan menyebabkan masalah ketidakselesaan pada perut. Anda berisiko untuk mengalami loya serta masalah kesihatan lain yang berbahaya. 

Jadi kalau anda masih ingin bersenam selepas makan, kerana takut gemuk atau buncit, sebaiknya lakukan senaman ringan seperti berjalan perlahan-lahan. Atau lebih baik, lakukan sebarang aktiviti fizikal 4 jam selepas makan.

Masalah Perut Buncit Dan Kesihatan


Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Berikut disenaraikan 3 punca lazim perut membuncit:

👉 Angin atau gas


Merupakan faktor penyebab utama perut menjadi buncit. Keadaan itu berlaku kerana terdapat angin yang terhasil dalam saluran pencernaan apabila makanan tidak dapat dicernakan dengan sempurna. 

Perkara ini selalu berlaku dalam kalangan individu yang mengalami masalah lactose intolerance atau tidak tahan dengan laktosa serta penyakit Coeliac iaitu alahan pada gluten. Walau bagaimanapun, gejala itu hanyalah bersifat sementara sahaja dan berlaku apabila wujudnya makanan sebagai pencetus simptom.

👉 Hormon 


Perubahan hormon seperti mengalami menopaus, akan membuatkan penghasilan hormon seks estrogen berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak pada bahagian perut.  Masalah lemak yang tidak sekata boleh mengakibatkan perut menjadi buncit. Selain itu perubahan hormon ketika kedatangan haid juga boleh menyebabkan masalah buncit serta penghadaman.

👉 Gemuk 


Sudah tentu perut yang buncit berlaku disebabkan masalah berat badan yang semakin meningkat. Pengambilan makanan yang berlemak dengan kandungan karbohidrat berlebihan boleh menyebabkan masalah obesiti serta peningkatan risiko penyakit kronik, seperti masalah berkaitan kesihatan jantung. 

Kesimpulannya 


Masalah perut buncit boleh berlaku walaupun bukan selepas makan. Ia terjadi disebabkan banyak faktor seperti masalah perubatan atau pengamalan diet rendah lemak.  Jadi kebanyakan mitos selepas makan sebagai penyebab buncit adalah tidak benar sama sekali. Paling utama, jagalah kesihatan badan dan pastikan bersenam, okay?

credit : https://hellodoktor.com/

3/10/2020

LIRIK LAGU TERUS MENCINTAIMU | WANNS AHMAD

by , in


LIRIK LAGU TERUS MENCINTAIMU | WANNS AHMAD


Biarkan lah ku terus mencintai kamu
Mencinta seperti waktu dulu
Kurindu saat kita bersama
Mengikat kasih bahagia

Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku
Tak mungkin ku kan ada yang baru
Ku mahu engkau selalu tahu
Dirimu cinta matiku

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Ohhh...

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

Biarkan lah saja ku terus merindu
Merindu dirimu
Biarkan lah saja aku menyimpan kasih kepadamu

Ohh..

Ku mahu engkau selalu ada di sini
Menemani setiap malamku yang sunyi
Ku sedar kita takkan mungkin bersama

3/08/2020

5 BENDA YANG KORANG TAKBOLEH SHARE DENGAN ORANG LAIN!

by , in

Assalamualaikum

5 BENDA YANG KORANG TAKBOLEH SHARE DENGAN ORANG LAIN! | Hi! Harini sha nak share dengan korang something yang sha rasa sangat berguna buat masa sekarang. benda ni sebenarnya benda basic je tapi rasanya macam kita masih buat even kita dah tau (ke sha sorang je macam tu xD)


Bagi mengelakkan penyebaran kuman dan penyakit, sha nak share dengan korang lima benda yang korang takboleh share dengan sesiapa pun tak kisahlah serapat mana pun korang dengan dia.

5 Benda Yang Tak Boleh Share Dengan Sesiapapun


1. Pengetip Kuku

nail, nail clipper

Kalau korang share pengetip kuku dengan orang lain, kemungkinan besar bakteria, virus dan sebagainya yang ada pada orang tu akan dipasskan kepada korang. tambah tambah lagi, korang bayangkan bila korang guna pengetip kuku tu balik then jari korang luka! dan kuman bakteria dan sebagainya tu masuk ke dalam badan korang????! SERAMMMM

2. Sikat Rambut


hair comb, comb, blue hair comb


Walaupun sikat rambut ni nampak macam tak berbahaya, tapi siapa tau yang setiap orang ada bela apa kan kat kepala seseorang haha! korang bayangkan orang yang pinjam sikat korang tu dah seminggu tak cuci rambut then dia sikat pakai sikat korang pastu korang pulak guna after that....... bayangkan okey! ;P

3. Deodorant


deodorant, deodorant stick, deodorant flatlay


Ada ke orang share deodorant? kalau sha share je dengan kawan kawan ke tapi kalau time tu sha guna deodorant jenis spray la. kalau yang pakai jenis roll on atau stick tu argggh tolonglah jangan share ok! nanti segala kotoran yang ada kat tiak orang tu lekat kat tiak korang haha!

4. Earphone

earphone, earphone with phone

Tbh, sha memang taksuka orang nak guna earphone sha haha! bayangkan orang tu pinjam then bila dia bagi semula ada lekat taik telinga dia 😷😷😷😷 earphone murah jelah cakap ke dia, sila beli sendiri hahaha korang jangan lupa bersihkan earphone korang dengan alcohol wipes dengan kerap ok!

5. Makeup dan brush


makeup, brush makeup, eyeshadow


Ok part ni yang susah. kalau makeup, yang paling kerap share adalah LIPSTICK! even dah tau tak elok 😆😆ðŸĪŠ selain tu, korang kalau gi watsons ke guardian ke jangan guna tester terus kat bahagian muka/mulut korang, guna cotton bud yang disediakan ok? jangan selfish. brush makeup takkan share kot? hahahaha jangan bagi orang guna ok dan cuci brush/sponge atleast 2 minggu sekali kalau jarang guna dan sekali 1 minggu kalau kerap guna.


antara lima benda ni yang mana paling susah korang nak tolak kalau orang terdekat nak mintak pinjam? kalau sha, lipstick la hahaha sebab kalau keluar memang 2 3 lipstick sha akan bawak >< moga pasni dimurahkan rezeki dapat beli lipstick baru dan banyak (ehhhhhh) hahahaa ok bye!



3/07/2020

SEMUANYA SENANG DENGAN ADANYA VITS NOODLE!

by , in

Assalamualaikum

SEMUANYA SENANG DENGAN ADANYA VITS NOODLE! | Wanita “Supermoden” zaman kini melambangkan seorang yang Multitasking, mampu bersaing dengan golongan lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai seorang anak, seorang isteri, ibu yang penyayang, dan seorang pekerja yang berdedikasi.

“Superwomen” Kini Lebih Senang Nak Uruskan Masa

Seperti Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia. Sekarang, sudah tiada alasan lagi untuk wanita bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu, bahkan bakal menjadi yang lebih hebat dari golongan lelaki.

Namun, untuk merealisasikan semua tugas itu, wanita perlukan bantuan untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa. Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, pemilihan makan dan bantuan anda sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga dengan lebih berdedikasi.

Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani. Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.


Pemilihan makanan Halal adalah sangat penting. Punca suatu makanan dan minuman itu ada berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika ia berkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikut ketentuan Syarak. Manakala haram suatu makanan dan minuman itu, bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaan premisnya. Misalnya makanan dan minuman yang diproses menggunakan/mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak atau daging babi, anjing dan haiwan lain yang tidak disembelih mengikut syarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya.

Kita dituntut supaya mencari makanan yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, bersih dan berkhasiat.

Gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan anda tidak sempat untuk memasak. Belum lagi cerita bagi orang yang sememangnya pemalas sejak azali.


Untungnya kita di zaman ini, jika anda lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu termasuk juga makanan segera yang mampu membantu wanita zaman kini untuk menjadi lebih efisyen dalam menjalankan tugas penting hari. 

Melihat kepentingan seorang wanita di zaman yang lebih moden ini, Vit’s telah menghasilkan dan mengeluarkan satu lagi produk makanan yang dapat membantu wanita moden di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi masa tanpa menghiraukan faktor kesihatan dan halal. 

Vit’s Bihun Ketam dalam Sup Pedas telah mendapat sambutan hebat terutamanya kepada golongan wanita yang disebutkan di atas. Bihun Sup Ketam Pedas ini telah dapat membantu ramai wanita di luar sana serta dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa pengawet serta diperbuat 100% dari beras. 


Vit’s merupakan kilang mee segera Malaysia yang berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun yang lepas dan berusia 45 tahun. Vit’s sudah bertapak di Malaysia agak lama dan produknya mudah untuk di cari sehinggakan pada yang tiada masa juga masih membeli melalui online platform seperti di Shopee, Lazada, Fave, Superbuy dan banyak lagi. 

Vit’s juga telah melancarkan kempen “Vit’s Kan Ada” kempen baru-baru ini dan anda boleh tonton video dibawah :


Maklumat Lanjut


My Instagram