5 BENDA YANG KORANG TAKBOLEH SHARE DENGAN ORANG LAIN!


Assalamualaikum

5 BENDA YANG KORANG TAKBOLEH SHARE DENGAN ORANG LAIN! | Hi! Harini sha nak share dengan korang something yang sha rasa sangat berguna buat masa sekarang. benda ni sebenarnya benda basic je tapi rasanya macam kita masih buat even kita dah tau (ke sha sorang je macam tu xD)


Bagi mengelakkan penyebaran kuman dan penyakit, sha nak share dengan korang lima benda yang korang takboleh share dengan sesiapa pun tak kisahlah serapat mana pun korang dengan dia.

5 Benda Yang Tak Boleh Share Dengan Sesiapapun


1. Pengetip Kuku

nail, nail clipper

Kalau korang share pengetip kuku dengan orang lain, kemungkinan besar bakteria, virus dan sebagainya yang ada pada orang tu akan dipasskan kepada korang. tambah tambah lagi, korang bayangkan bila korang guna pengetip kuku tu balik then jari korang luka! dan kuman bakteria dan sebagainya tu masuk ke dalam badan korang????! SERAMMMM

2. Sikat Rambut


hair comb, comb, blue hair comb


Walaupun sikat rambut ni nampak macam tak berbahaya, tapi siapa tau yang setiap orang ada bela apa kan kat kepala seseorang haha! korang bayangkan orang yang pinjam sikat korang tu dah seminggu tak cuci rambut then dia sikat pakai sikat korang pastu korang pulak guna after that....... bayangkan okey! ;P

3. Deodorant


deodorant, deodorant stick, deodorant flatlay


Ada ke orang share deodorant? kalau sha share je dengan kawan kawan ke tapi kalau time tu sha guna deodorant jenis spray la. kalau yang pakai jenis roll on atau stick tu argggh tolonglah jangan share ok! nanti segala kotoran yang ada kat tiak orang tu lekat kat tiak korang haha!

4. Earphone

earphone, earphone with phone

Tbh, sha memang taksuka orang nak guna earphone sha haha! bayangkan orang tu pinjam then bila dia bagi semula ada lekat taik telinga dia 😷😷😷😷 earphone murah jelah cakap ke dia, sila beli sendiri hahaha korang jangan lupa bersihkan earphone korang dengan alcohol wipes dengan kerap ok!

5. Makeup dan brush


makeup, brush makeup, eyeshadow


Ok part ni yang susah. kalau makeup, yang paling kerap share adalah LIPSTICK! even dah tau tak elok 😆😆ðŸĪŠ selain tu, korang kalau gi watsons ke guardian ke jangan guna tester terus kat bahagian muka/mulut korang, guna cotton bud yang disediakan ok? jangan selfish. brush makeup takkan share kot? hahahaha jangan bagi orang guna ok dan cuci brush/sponge atleast 2 minggu sekali kalau jarang guna dan sekali 1 minggu kalau kerap guna.


antara lima benda ni yang mana paling susah korang nak tolak kalau orang terdekat nak mintak pinjam? kalau sha, lipstick la hahaha sebab kalau keluar memang 2 3 lipstick sha akan bawak >< moga pasni dimurahkan rezeki dapat beli lipstick baru dan banyak (ehhhhhh) hahahaa ok bye!



10 Comments

  1. padahal pengetip kuki tu la selalu share. Haha satu rumah satu ketip kuku.. *_^

    selamat hujung minggu Pqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sha memang ada pengetip kuku sendiri tapi orang dalam rumah memang share pun sesama dorang xD

      Delete
  2. Aduhai, majoriti barang tu memang berkongsi. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sebab nampak macam semua boleh share kan

      Delete
  3. Dalam banyak-banyak hanya earphone pernah bagi member pinjam....itu zaman belajar dulu...sudahnya earphone tak kembali....hilang bersama member....hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sha paling pantang orang guna earphone sha XD

      Delete
  4. ketip kuku kat rumah akak kongsi dengna laki akak... tak pernah lagi sendiri2... tapi yang lain-lain tu memang tak kongsi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis Syafiqah Azhar, Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  6. majoriti semua barang tu OM berkongsi hahahha

    ReplyDelete