KIMCHI OH KIMCHI~


Assalamualaikum

KIMCHI OH KIMCHI~ | Hi korang! selamat ber "monday blues" kepada yang start kerja harini dan kepada warga warga negeri Kedah yang bekerja harini huwaaaa T.T sekarang sha masih membiasakan diri dengan blog sha sendiri haha, takdak bloglist susah mak ai nak blogwalking :3 sambil sambil makan karipap di awal pagi ni, sha nak share dengan korang yang sha ada beli kimchi beberapa minggu lepas.


ceritanya bermula apabila scroll FB, ya selalunya memang duit akan habis bila scroll FB huhu sha ada nampak satu post akak ni jual kimchi dan ada COD area tempat kerja sha, memang sha nak beli la kan! sebab dah lama teringin nak makan kimchi sejak sejak makan dakgalbi haritu. jadinya lepas deal, dia cakap khamis kot dia COD haha tak ingat dah sha :3

lepas dah dapat tu kan, excited la nak balik rasa. bilalah nak balik kerja, bilalah nak balik kerja >< dah balik tu kan, mandi mandi apa semua terus gi dapur beroperasi hahaha! actually nak makan dengan ramen cheese tu tapi takbeli sebab petang tu tak singgah kedai pun sebab hujan, tapi sebab nak makan jugak jugak ambik jelah megi kari pastu letak cheese keping! hahahaha murah pun murah oiiii

megi kari + cheese + crab stick + kimchi

OK IM SAD

rasanya tak seindah khabar~ sha makan je terus rasa pelik, rasa pelik ok! apalah yang tak kena dengan kimchi ni, padahal haritu kat dakgalbi siap berebut hokey nak makan kimchi hahaha. pastu whatsapp la kawan yang beli jugak kimchi ni, dia pun cakap benda sama. taksama macam dia pernah makan :( 

kimchi tu tak sedap okay, rasa dia errrk taktau la salah resepi ke apa haha tapi memang erk, sebaik RM5 je (taktau la mahal ke tak) sebaik jugak takbeli yang saiz besar T_T sekarang kimchi tu duk mereput dalam peti ais je, semalam try makan peh duk rasa kat mulut sekarang ni hahaha nak buang sayang, nak makan hmmmmmm :3 btw premium chocolate milk tu sedap gila! nak buat stock la pasni hahaha

p/s : selalu korang beli mana kimchi?



19 comments:

  1. morning dear...
    kak nieyl ada juga beli ngan kawan aritu...
    nasih baiklah sedap...kimchi ni klu org x tau buat...rasa dia erkkk..

    ReplyDelete
  2. jangan makan pening sudahlah.. tengok dah sedap sekali rasa x sedap yer.. bertabahlah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kimchi yang kak sha beli sedap.. Sha boleh tengok entry Kak Sha yang ini
    https://kasihkuamani.blogspot.com/2018/05/makanan-tambahan-untuk-sahur.html

    ReplyDelete
  4. dulu penah beli kimchi by kak lo..tapi dh stop production..sedih sebab kimchi dia sedap sangat..ni teringin nak try kimchi homemade by marimogo..tgok feedback mcm ramai cakap sedap

    ReplyDelete
  5. salah resipi kot sha, kakak tu buat..seingt akak penah nmpk blogger aiin buat kimchi ni dulu..tapi mcm dh lama dia stop..klu tak, boleh cuba beli kat dia...

    ReplyDelete
  6. Sabtu lepas, makan kimchi kat satu restoran ni.. Lunch.. Oun x sedap huhu

    ReplyDelete
  7. Kaella tak pernah makan kimchi dan tak tahu pula rasanya macam mana hehe

    ReplyDelete
  8. Mama x berapa dgn kimchi mungkin sebab x jumpa LG yg sedap kut

    ReplyDelete
  9. Selalunya adik ipar ai buat. Sedap kimchi dia. Makan dengan daging salai terbaik. Tapi ai tak boleh makan banyak.

    ReplyDelete
  10. pernh mkn tp tk brp kena ngan tekak..dlu ms holiday korea ada mkn juga la..tp mkn gtu2 je la...

    ReplyDelete
  11. Tak suka makan Kimchi. Hehe. Mungkin org tu tak pandai buat. Nampak macam kuah mee bandung je. ahaks

    ReplyDelete
  12. Alahai kesian Sha, zumal tak pernah makan kimchi tu. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Alahai sedihnya kimchi tak sedap. Tapi, kalau tengok gambar, memang dah boleh agak dah.

    ReplyDelete
  14. majoriti ramai yg tak suka haha. sbb tak biasa agaknya. ika suka makan kimci tapi tak addicted. biasa biasa je hee.

    ReplyDelete
  15. Beli kat officemate je.
    Alhamdulillah so far so good

    ReplyDelete
  16. kimchi, tak pernah rasa, tapi tak rasa nak rasa... sbb tak selera dgn tekak melayu den.. hehe

    ReplyDelete
  17. sy tgk je laa... sbb mmg x mkn kimchi ;-)

    ReplyDelete
  18. akak x boleh makan kimchi mcm tu sja. kena cmpur dgn benda lain.. try makan maggi kimchi dkt chillex97 di alor setaq. sedap!

    ReplyDelete