FIRST TIME DAPAT BUNGA & NAK NANGIS!


Assalamualaikum

FIRST TIME DAPAT BUNGA & NAK NANGIS! | Hi korang! harini dah hari terakhir dalam bulan oktober lah! cepat je masa berlalu, esok dah november & tinggal lagi 2 bulan dalam tahun 2018. macam macam jadi dalam tahun 2018 ni dan semalam, 30 Oktober 2018 antara hari hari yang sha takkan lupakan! sebab apa? ha kena baca rentetan cerita dia haha

DAPAT CALL DARI DHL

source : google.com

Jumaat lepas masa tengah siap siap sebab nak keluar, abang DHL call cakap ada barang ni shafyqah haha, sha cakap isnin ni la boleh? sebab tempat kerja cuti, dia cakap selasa boleh la, sha pun ok kan jelah sebab ingatkan barang apa kan.  pastu semalam dia call lagi, ini punya abang DHL sha dah siap save number dia dah pun haha, angkat call cakap ye saya ada kat tempat kerja dia cakap ok jap nak pergi. hahaha pastu dapatlah supriseeeeeee

DAPAT PARCEL BESAR!


masa mula mula dapat tengok nama sender kan - 50 gram malaysia! dapat lipstick ke ni haha tiberrr, pastu excited la bukak tapi masih berhati hati sebab taktau apa kat dalam kan, bukak je plastik parcel tu ada kotak hitam! ok gais kotak je pun dah cantik, ni kalau dapat kotak je pun dah happy gamaknya sebab cantik gila! ok pastu sha pun bukak la penutup kotak dan.....


nak nangis wehh dapat bunga! takpernah dalam hidup dapat bunga haha! walaupun mulut cakap "daripada bagi bunga baik bagi makanan, perut pun kenyang" tapi tak sangka bila dapat macam speechless gila! oh ya kalau nak tau sha dah lupa dah pasal hadiah ni..... dan sebenarnya sha memang selalu lupa semua benda :') bila dapat baru teringat yang sha pernah dapat email ni


BABY BREATH SERIES - BABY PINK


daripada dapat semalam sampai ke balik kerja sampai ke malam macam takpercaya lagi dapat bunga haha! dan setiap kali post kat social media mesti orang tanya "pakwe bagi ka" hahaha pakwe saya kalau bagi bunga ni, harini jugak kami menikah! jk jk. ada jugak yang mintak belikan untuk dorang hahaa terus sha bagi je link nak beli baby breath ni :p 

model yang tak dibayar dengan duit tapi dibayar dengan teh ais

balik kerja semalam, sebabkan halfday gi lah rumah makcik, sembang dengan budak atas ni hahaa letih melayan. cakap kat dia adik pakai tudung, kaklong nak ambik gmbar, kena puji baru nak, adik cantik kan pakai tudung hahaha pastu tanya adik nak ambik gambar dengan bunga kaklong dak? nak nak, ha gambar atas ni la hasil dia, jenis takreti duk diam masa ambik gambar hahaha. sha dengan bunga bila nak selfie? mungkin petang ni, sebab semalam nye tudung warna nak sama dengan bunga kekekeh

btw Thankyou to 50Gram!








13 comments:

  1. waaa~ blink blink mata tengok~ ritu ada jugak tengok kat fb nama awak.. tahniah dapat baby breathe yg comel tu.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaaa bunga :) hehe congrats sha

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat bunga..rasa macam dihargai gitu..

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat bunga..baby breath tu cantik..ini ganti mini bouquet red rose ke?

    ReplyDelete
  5. lawo.. sape nak surprisekan mek dengan 50gram ni.. cepat. ruang masih kosong. hehehe

    ReplyDelete