Assalamualaikum

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA YAB DATO SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR |  Hi korang! sha rasa masih belum terlambat nak buat entry pasal ni sebab kita pun masih di bulan Kemerdekaan kan? sha sebenarnya sambut merdeka awal lagi tapi baru sekarang nk buat entry hahaha. 29 Ogos 2018 - Rabu - sha join sambutan hari kemerdekaan kat area rumah sha, kebetulan dorang buat majlis perasmian pejabat pusat khidmat baru.


gambar diatas ni tak jelas sangat sebab sha zoom je dari tempat duduk sha hahaha sebab tu siap pakej ada pokok tu ha. katanya majlis start 8.30 malam, tapi kitaorang pi lepas isyak, dan majlis belum bermula pun. cuma kalau datang awal tu adalah makan makan, taktahu la makan apa sebab takmakan pun hahahaha. malam tu dimulakan dengan ucapan oleh YAB Dato Seri Mukhriz serta merasmikan majlis serta pejabat tu. lepas tu adalah acara potong reben, tapi jauh tak ambik gambar pun :p


lepas perasmian apa semua, ada la beberapa persembahan, nyanyian, sajak, dan ada jugak pelawak yang datang. semua ni memang orang sini sini je




korang kena dengar adik ni nyanyi, ya Allah masa sha dengar kan, meremang bulu roma hahaha asal sedap sangat suara ko dik :p


dorang ni masa mula naik stage ingatkan hambar. sekali keras perut gelak! sha dah la jenis kalau gelak takleh control hahaha budak sebelah asyik pandang ja >< aa please la let me enjoy the performance hahahahaha

malam tak malam selfie wajib!


masa ni dah nak habis majlis dah, nyanyi lagu patriotik dan ada bunga api!

bunga api.

lama sebenarnya tak tengok bunga api masa sambutan hari kemerdekaan, tak ingat bila last join benda mcm ni sebab sha memang taksuka p tempat ramai orang, nak kena berebut apa semua.  tapi yang kali ni join rasa nak join lagi sebab tempat tu luas, tak panas pun malam tu! :p #jenismanusiacepatberpeluh


Selamat Hari Kemerdekaan kali ke 61 - Sayangilah Malaysiaku