REKOD PERBELANJAAN DI PHONE DENGAN APP SPENDEE


Assalamualaikum

REKOD PERBELANJAAN DI PHONE DENGAN APP SPENDEE | Hi korang! siapa kat sini suka rekod perbelanjaan harian?kalau sha dulu tak kisah pun, kadang tu duit keluar masuk tak sedar pun, yelahkan susah jadi manusia boros ni :.>> pastu disebabkan ada satu misi hujung tahun ni, sha terpaksa kawal perbelanjaan sha, selama ni takpernah kisah pun guna duit banyak mana tapi bila dah guna app ni baru sha sedar yang sha banyak habiskan duit dekat benda entah apa apa T_T

TERJUMPA APP SPENDEE!


sha kan jenis suka usha play store kalau takdak kerja, jadinya sha adalah jumpa beberapa app yang spesis Spendee ni, tapi bila nak guna tak reti, so uninstall - install yang lain. kiranya try n error la sebelum setia dengan Spendee ni

APP SPENDEE


MENGENAI APP SPENDEE

1 / Semua wang korang di satu tempat

💳 Sambungkan dengan selamat akaun bank anda supaya semua pendapatan dan perbelanjaan korang ditambah dan mengkategorikan secara automatik. 
👆 Tambah perbelanjaan tunai secara manual hanya dalam 7 saat
📊 Mudah mengesan di mana semua wang anda berjalan pada akhir bulan Track Tracker bil sebenar, jangan lupa untuk membayar gas, air, pinjaman dll.

2 / Simpan wang mengikut bajet korang

💰 Menambah matlamat belanjawan dengan cepat dan mudah, serta menambah perbelanjaan dan simpanan korang
💸 Buat belanjawan untuk setiap kategori atau mempunyai anggaran keseluruhan

3 / Trek wang semasa acara istimewa seperti perjalanan atau perancangan perkahwinan

💱 Berbilang mata wang, menjadikannya sempurna untuk perjalanan atau percutian

4 / Menguruskan kewangan korang dengan bilangan orang yang tidak terhad

👫 Buat dompet kongsi dengan rakan dan keluarga anda


CARA MEREKOD PERBELANJAAN

1. Pilih jenis perbelanjaan korang

2. Masukkan jumlah perbelanjaan
3. Pilih today or yesterday - mana la tau terlupa masukkan yang semalam kan
4. optional - masukkan detail perbelanjaan
5. Save!

CARA MEREKOD DUIT MASUK

cara cara seperti cara merekod perbelanjaan cuma items je berubah


TRANSACTIONS
lepas korang masukkan perbelanjaan dan duit masuk korang, semua akan tersenarai kat sini. kiranya kalau lost sebab taktau mana duit menghilang, boleh lah check sini :p

OVERVIEW


 BUDGETS
kat sini korang boleh buat list budget korang, sha takguna lagi yang bahagian ni hehe


APP REVIEW : sha boleh bagi app ni 10/10 sebab senang gila nak guna tak macam app yang lain yang sha dah  download! nak key in pun laju, tak banyak ads, tak selalu kena update hehehehe. dengan adanya app ni sekarang,baru sha nampak kemana duit sha pergi. 

korang kena download app ni! percayalah yang app ni akan memudahkan korang untuk merekod perbelanjaan korang. dulu sha guna cara create satu group whtsapp, add sapa sapa pastu remove orang tu dan tinggal sha je dalam tu so duit keluar masuk sha, sha record situ. yang tu pun okay tapi yang tu tak dijumlahkan macam app Spendee ni. jadinya bila ada cara yang senang, why not kan?


DOWNLOAD APP SPENDEE - SPENDEE



13 comments:

  1. Tq share..nanti boleh explore apps ni.

    ReplyDelete
  2. wahhh menarik jgk. Kita catat kat planner tapi still x nampak ke mana duit kita pergi secara menyeluruh sbb ada ketika tu kita lupa nak catat. Boleh try lah app nie. Thanks shared :)

    ReplyDelete
  3. kalau silap sebut nama apps ni lain jadinya haha

    ReplyDelete
  4. Best nampaknya...nk try install.sat g

    ReplyDelete
  5. I love Spendee as well. Have been using it for the past 3 months.

    ReplyDelete
  6. sebelum nie ada kot MN tengok apps nie pernah download lepas tu unistall sebab tak tahu guna hahaha...kena try balik lah kot..tq info

    ReplyDelete
  7. Tq share sha. Senangnyaa. Nak kene install ni.

    ReplyDelete
  8. Nice sharing Sha.. Sis antara manusia yang suka rekod perbelanjaan sama ada dalam apps atau planner. Apps seperti Spendee ni sangat berguna nanti sis explore okay..

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik apps ni.. Thank you sharing

    ReplyDelete
  10. tq sharing dik,, cam bagus jerr apps ni.. boleh tahu duit ke mana

    ReplyDelete
  11. good sharing sha...nk cuba la nnti..k.fiezz pun dlm kategori boros gak benornya..hehe

    ReplyDelete
  12. Macam menarik.. Kak Sha nak cubalah..

    ReplyDelete