Assalamualaikum

PAKEJ CIRIT BIRIT DAN MUNTAH! | hi, akhirnya im back~ rasa lama sangat tak tengok blog disebabkan sakit yang datang secara tiba tiba. sebenarnya sekarang pun masih rasa tak okay tapi dah start kerja dah dari semalam tapi semalam kerja half day je harap harap harini dapat full day la hahaha. dah la nanti nak cuti lagi, sekarang dah banyak sangat ambik cuti karang cuti tak approve ha menangis gue. jadinya ceritanya begini, seingat sha hari isnin tu sha makan pagi - nasi lemak dengan gulai ayam, tenghari bihunsup siam & ptg makan brownies. balik je kerja mmg tak sedap badan dah, rasa mual gila. pastu sakit perut, ha bermula la kisah cerry berry sha sampai 3 pagi tak behenti masuk toilet, diselang selikan dengan muntah. minum air kosong pun muntah aih i kenot betul la. kan cerry berry so decide nak minum teh tanpa gula yang kelat gila tu hahaha sekali teh teh pun muntah pastu sha redha jelah, jangan minum air jangan makan :3 esok gi beli ubat


pagi tu dalam pukul 9 sha pun siap siap la nak gi beli ubat, gigih tak gigih pergi beli sendiri je hahaha cakap nak ubat cirit dan muntah pastu dia bagi sekali air garam total RM 11.50. balik rumah makan bahulu sebijik pastu telan ubat dan tido~ siang okay sebab takde rasa nak muntah ke apa, jadinya sha ingat dah okaylah kan- malam tu nak makan nasi sebab sis lapoooooo sekali makan muntah lagi :( kiranya boleh makan bahulu jelah, makanlah bahulu tu untuk 3 hari dan semalam sha try makan nasi, alhamdulillah boleh telan takda rasa nak muntah ke apa! syukurrrrr!!! tapi badan masih lemah, rasa macam nak demam ke taknak demam hahaha githew. pastu sekarang penyakit sha ni pi kat adik sha dengan cousin sha, masalahnya macam mana boleh berjangkit eh? sebab sha mmg berkurung je dalam bilik, taknak jumpa orang sedih hahahaha kesian pulak kat cousin sebab baruu darjah 2 kan. sekarang ni memang kena jaga kesihatan betul betul, senang betul dapat penyakit. semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah :)

bye!