Assalamualaikum

JOM MELAWAT SEENGAPORE DENGAN PROMOSI TRAVELOKA! | Hi korang! siapa sini kaki jalan jalan or kaki melancong? Bulan September ni banyak jugak cuti yang korang boleh apply, incase kalau nak bercuti sekarang la tapi selalunya hujung tahun baru orang gi jalan jalan melancong apa semua sebab time tu lah kebanyakkan orang cuti sebab nak habiskan cuti tahunan semua dan kebetulan pulak yang ada anak tu, anak –anak cuti sekolah kan, setidaknya dapatlah mengisi masa cuti dorang. Ha sekarang sha nak tanya korang pernah ke Singapore tak? Kalau sha, sha masih belum ada rezeki nak kesana but insyaAllah oneday! Sebab sha selalu tengok orang post gambar masa dorang kat Singapore! Memang jeles la tengok sebab banyak gila tempat menarik!

ANTARA TEMPAT MENARIK DI SINGAPORE

MARINA BAY SAND

SINGAPORE FLYER

GARDEN BY THE BAY

Dan sebenarnya banyak lagi lah tempat menarik kat Singapore ni tambahan pula tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik, sebab sha kan jenis kalau kemana mana sha akan cari tempat yang pemandangan cantik sebab nak ambik ootd kan! Hahahahaa tapi harini sha bukan nak cerita tempat menarik kat Singapore je tau tapi nak cerita pasal promosi yang Traveloka tengah adakan sekarang!


Pernah dengar pasal Traveloka? Mesti pernah dengarkan? Tapi, korang tau tak apa itu Traveloka? Meh sini nak cerita. Traveloka ni merupakan pakar dalam perjalanan  dan juga percutian. Untuk pengetahuan korang jugak, Traveloka ni merupakan “one – stop travel app” – apa itu one – stop travel app? Ha kalau dengan Traveloka ni, korang boleh tempeh tiket penerbangan beserta tempat penginapan lagi! Takpayah dah susah susah nak mencari app lain untuk tempah tempat penginapan pulak. Mudah bukan dengan Traveloka? 

JOM KE SINGAPORE DENGAN PROMOSI TRAVELOKA SEEngapore

Baru-baru ni Traveloka telah membuat promosi Traveloka SEEngapore – For a roaring good time!. Jadi, kalau korang ada plan nak  berjalan atau bercuti ke Singapore, ini adalah waktu yang sesuai untuk membuat tempahan. Korang boleh tempah sekarang dan boleh melancong mengikut masa yang korang nak, yang penting korang kena tempah dulu sekarang sebab promosi ni start 1 September sehingga 30 September 2018 SAHAJA! 


Paling best adalah Traveloka juga menawarkan diskaun yang hebat dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi dan balik korang dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ni ke Singapore apabila korang menggunakan Traveloka sama ada melalui laman web mahupun aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. Selain itu, Traveloka juga telah menawarkan potongan harga tempahan hotel sehingga 20% di Singapore dan tiada upon diperlukan! 

SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMBUAT TEMPAHAN 

1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
5. Tempoh Perjalanan: Anytime

CARA MENDAPATKAN KUPON

1. Muat Turun Aplikasi Traveloka Versi Terkini


2. Cari dan tempah penerbangan di laman web atau Traveloka App


3. Pilih kaedah pembayaran



4. Klik kat bahagian kupon dan masukkan kod kupon


5. Buat pembayaran dan E-tiket korang akan dihantar ke emel korang!


TERMA DAN SYARAT
Promosi diskaun RM50 untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura dalam satu ID Tempahan.
Sah untuk semua syarikat penerbangan dan tempoh perjalanan.
Sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS) sahaja.
Kupon penerbangan hanya sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi.
Promosi ini tidak sah digunakan dengan promosi/diskaun lain atau digabungkan dengan diskaun lain.
Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR.
Kupon ini tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau dibayar balik dengan wang tunai.
Traveloka berhak pada bila-bila masa untuk menyenaraihitamkan pelanggan yang dikenalpasti melanggar terma dan syarat promosi atau menyalahgunakan kupon, daripada menggunakan kupon Traveloka pada masa akan datang.
Kupon yang disalahguna ditakrif sebagai sebarang acara yang Traveloka percaya penggunaan kod kupon adalah disebabkan kesilapan, penipuan atau dilakukan untuk tujuan keuntungan komersial.
Pengeposan kod kupon Traveloka di laman web pihak ketiga yang bukan untuk penerima yang dimaksudkan adalah dilarang dan dianggap melanggar terma dan syarat Traveloka. Traveloka berhak untuk menghentikan promosi yang dikenal pasti telah melanggar terma dan syarat Traveloka.
Traveloka tidak akan bertanggungjawab untuk menawarkan penggantian bagi diskaun atau kod kupon yang terbatal, atau kod kupon yang digunakan dengan cara yang tidak wajar sama ada kerana penipuan atau isu teknikal.
Dengan menyertai kempen promosi ini, pengguna bersetuju untuk menanggung kerugian sepenuhnya dan membebaskan Traveloka dan sekutunya dari semua liabiliti, kerugian, ganti rugi, tuntutan (termasuk tuntutan pihak ketiga) dan tindakan yang berpunca dari penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan kupon atau penyertaan promosi promosi termasuk, tanpa batasan, kecederaan, kematian, dan kerosakan harta benda.
Traveloka berhak untuk mengubah terma dan syarat atau membatalkan sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis awal.


Jadi sha menyeru kepada semua kaki – kaki melancong, kaki – kaki travel untuk grab promosi ni! Jom melawat Singapore dan tempahlah sekarang dengan Traveloka Promotion untuk perjalanan dan percutian korang ke Seengapore