PUTERI DUYUNG SOFEAROSE HADIR DEMI PENYU


Assalamualaikum

PUTERI DUYUNG SOFEAROSE HADIR DEMI PENYU | Hi! korang tau tak yang sekarang populasi penyu kat negara kita dah semakin menurun? sha pun baru tau lepas baca mengenai kempen yang dilakukan oleh SofeaRose. jadi, bagi meningkatkan kesedaran mengenai ancaman yang dihadapi oleh penyu ni, SofeaRose dah bekerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam Kempen Memulih dan Memelihara Penyu. SEATRU telah diwujudkan semasa penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang pada tahun 1984. 

"Jika Kami Tidak Melakukan Sesuatu Untuk Memelihara Penyu, Pada Masa Hadapan ; Kita Hanya Dapat Melihat Penyu Hanya Di Muzium - Muzium"

Secara purata, hanya 1 daripada 5000 anak penyu yang akan hidup sehingga ke pringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa dan lain - lain sebab. Setelah memasuki tahun yang keempat dalam industri, SofeaRose mengambil inisiatif untuk mengumpul dana bagi program "SEATRU - Adopt a Turtle" dengan menghasilkan koleksi pakaian dan tudung yang bertemakan Puteri Duyung (Mermaid). Yelah, Mermaid kan bff dengan penyu.


Kalau korang nak tau, program “SEATRU – Adopt a Turtle”  adalah dengan mengambil penyu sebagai anak angkat dan SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program “SEATRU – Adopt a Turtle” bagi menyokong pemuliharaan penyu. Sumbangan yang diperoleh akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.


        
SALAH SATU KOLEKSI SOFEAROSE [CLEODORA]

Semua sedia maklum yang Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah lembut, penyayang serta seorang yang ceria kan?! dan sha percaya kita pernah berangan angan nak jadi macam Puteri Duyung kan? nak cantik macam Puteri Duyung gitu haha. disebabkan itu, SofeaRose dah menghasilkan koleksi tudung serta pakaian RTW (Ready To Wear) dan juga koleksi Raya 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!

MERMAID CHARM

Salah satu dari koleksi tudung daripada SofeaRose adalah Diona, tudung ini diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. tudung bercetak ini boleh didapati dengan harga dari RM79 dan dilengkapi dengan charm [seperti gambar diatas] dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini. SofeaRose ingin mencuba sesuatu yang luar biasa, SofeaRose  merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air:


Kalau korang nak tau jugak, selain daripada koleksi tudung, SofeaRose pun ada mengeluarkan koleksi RTW (Ready To Wear) dan 13 Baju Raya Mermaid ; Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah , Baju Kurung Kedah dan banyak lagi! Koleksi Mermaid SofeaRose ni korang boleh dapatkan dengan harga dari RM 59 hingga RM 419 je! dan yang bestnya, sebahagian daripada duit korang akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu macam yang sha terangkan di atas.





Pembelian boleh dilakukan melalui tiga jenis cara :-

❤ Hubungi Penasihat Imej di 019 – 635 0313 (Teha) 

❤ Kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral 

❤ Menerusi laman sesawang di www.sofearose.com.  

Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose. 


Untuk maklumat lanjut :-

Facebook : www.facebook.com/sofearose.my
Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq
Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq
Website : www.sofearose.com

Alamat Butik : Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

6 comments:

  1. Ingatkan Fyqa jadi mermaid..ahah

    ReplyDelete
  2. cantik sangat warna tudung dia :D

    ReplyDelete
  3. Menarik. Nice collection jugak. Idea adopt a turtle tu pun idea yg bgus. Untuk kesedaran org ramai

    ReplyDelete
  4. Menarik !! Nice collections diorang ni

    ReplyDelete