FIRST TIME TRY MR DAKGALBI & TAKHABIS?


Assalamualaikum

FIRST TIME TRY MR DAKGALBI & TAKHABIS? | Hi! haritu selepas  hari sha balik dari langkawi, bangun pagi tu terus whatsapp geng, jom keluar! sebab duit yang pi langkawi masih berbaki untuk meluangkan masa dengan yang tersayang kan hahaha. tu lah kan orang cakap kalau nak kemana takyah rancang lama lama. terus driver kata on, tetap pukul brapa. terus pi haha. so kitaorang keluar dalam pukul 11.45 - 12.00 macam tu la, dengan taksarapan apa semua. letih dengan balik langkawi takhabis lagi, bangun terus mandi dan bersiap hahaha. 


Haritu kitaorang decide nak makan dakgalbi ni, bukan kitaorang la tapi sha yang teringin nak rasa sebab haritu pi dengan cousin, dia nak makan boatnoodles. so kitaorang pun bertolaklah ke Aman Central dan parking kat cmart belakang Menara Alor Star tu dan jalan ke Aman hahaha -_- katanya parking murah situ, takpalah ikut jelah kan.


sampai je kat aman kan, takdak orang... kosong hahahaha. yelah kan hari isnin, hari kerja, hari sekolah mana nak ada orang. rasa macam aman ni ana yang punya haha! senang nak naik lift ke eskalator ke semua kosong :p masuk je aman terus ke tempat kitaorang nak pi. sampai je terus diberi menu, haha orang takramai sangat time tu ada dalam 2 3 meja je yang ada orang. so here the menu!

MR DAKGALBI AMAN CENTRAL

MR DAKGALBI AMAN CENTRAL

so kitaorang ambik yang main course set untuk 2 pax tu. oh btw haritu macam ada promo la, ada kad student dapat free ramen 1, sebaik kawan sha duaorang tu ada kad student, dapat la ramen free 1. air sha order greentea, same goes to awa dan nzirah order grape apatah hahaa.

after a while.....


        

time ni kan perut dah buat konsert dah. macam macam lagu dah muncul haha tapi sebaik jugakla orang takramai kalau tak mesti lambat (kot) pastu pekerja dorang dah sampai untuk masakkan untuk kitaorang hahaha excited betul nak rasa kan

masak dik jangan tak masak

ni muka lapar ke

so haritu kitaorang keluar tiga orang je sebab leka masih di pahang dan mira ada hal lain. tak kisah lah berapa orang yang penting dapat makan kan :p


and finally, siap jugak... hahahaha stress tau tengok dia masak depan mata, penantian tu satu penyiksaan la time tu :p yang ni ramen je, dia cakap dah habis nanti panggil dia, dia masakkan yang nasi pulak


ha yang inilah nasi tu, time ni dah kenyang teruk dah gais. sha pun taktau kat mana salah dan silapnya tapi sha memang dah kenyang tapi hmmm nak tapi kenyang. korang pernah tak rasa macam ni? hahahaha tapi kan....


sha je kenyang tapi dorang ok je lagi hahaha so hasilnya! dapat dihabiskan dengan jayanya hahaha fuhh tak rugi kan kalau bawak geng boleh makan bagi habis ni hahahaha ni kalau dorang baca habislah sha :p

harus tutup muka sebab cara makan tu taksopan langsung!

MY HONEST REVIEW : tak sama dengan apa yang sha jangkakan. sumpah taksama langsung hahaha tengok dari menu macam wow sangat tapi bila rasa biasa je, tapi oklah sedap jugak bukannya taksedap langsung. tapi sedikit pricey la hahaha. makan lagi lepas ni? yaa kot bila banyak duit (eh) hahaa. total lost untuk tiga orang ; RM 80.00



Mr Dakgalbi, Aman Central, Alor Setar




12 comments:

  1. Tak sanggup rasanya nak tunggu dia masak.. Kikiki.. Tapi okaylah makan ngan kengkawan sesekali cengginie kan Sha..

    ReplyDelete
  2. Pernah makan dulu, time jejak kaki dalam kedai rasa excited sangat dok bayang cter korea..time masuk mulut je, erm..malas komen banyak2..memang tak repeat dah. Aduila..

    ReplyDelete
  3. Laa orang Kedah rupanya.

    Mai teringin la nak pergi restoran korea mcm ni tapi itulah, harga dia kena menabung 3 bulan, haha.

    ReplyDelete
  4. x pernah makan lagi....
    tp seronok klu makan benda yg kita x pernah makan...

    ReplyDelete
  5. done follow sini jugak.. :)

    Jemput join segmen ejulz k. :)

    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  6. mak aih, rega boleh tahan..tu tak berani nak jejak restoran korea ni..nasib en.asben k.fiezz pun bukan jenis suka makanan korea...

    ReplyDelete
  7. mak aih, rega boleh tahan..tu tak berani nak jejak restoran korea ni..nasib en.asben k.fiezz pun bukan jenis suka makanan korea...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try Mr Dakgalbi ni lagi. Pedas tak sha? Kalau tak nak try juga lah.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah try lagi, macam rasa nak try jugak :)

    ReplyDelete
  10. So better makan Ramyeon Samyeang pedas bungkusan merah hitam kat kedai-kedai tu la ek? hahaha

    ReplyDelete
  11. Ha'ah rasa dia biasa je tak macam yang kawan2 cakap beria tu

    ReplyDelete
  12. Serious sedap kot. Haishh entah bila nak repeat lagi...

    ReplyDelete