HONEST REVIEW : BIHUN SUP THAI RM5


Assalamualaikum!

semalam sha berkesempatan nak pergi ke kedai yang viral tu (baca kat sini : VIRAL : WARONG HIJRAH BIHUN SUP THAI RM5) selalunya kalau sha lalu ikut situ mesti penuh so jadi malas nak singgah sebab sha memang sejenis manusia yang tak suka bersesak sesak dan tempat panas. sampai je sha dan kawan sha (faris) kat situ, terus dapat tempat walaupun tempat yang sha duduk tu belakang kena panas sikit tapi kedah is so hot, so panas sikit pun panas gila. ok. lepas tu kitaorang order, sha order kueyteow special dan greentea cup (biasa) dan faris order nasi ayam dan cappuccino cup (biasa). oh ya, sekarang kedai tu dah ada air percuma ; air ais kosong dan teh o ais. tapi! teh o ais dia manis gilaaa! sha minum sikit je semalam hahahaha. okay setelah diorder dan makanan pun sampai dengan selamatnya


ok sebenarnya nak angkat phone tinggi lagi nak ambik gambar penuh tapi orang sebelah pandang lain macam je hahahaha takcantik dah gambar kita huwaaa! ha nampak tak tiga jenis air kitaorang ada ngeh ngeh padahal takboleh habiskan semua pun. yang air greentea tu, sha bawak balik ke tempat kerja dan bawak balik ke rumah baru habis hahaha


nampak tak uolls ayam ayam berketul ketul ketul tu? so memang betul lah dengan apa yang diviralkan tu. sayur pun banyak jugak, ni kalau siapa taksuka sayur baik bgtau dorang kalau tak jenoh nak mengelas. rasa dia biasa je haha entahlah lidah sha kot, sama je macam dulu haha T___T kedai ni boleh viral sebab ayam segenggam ke? huhu semalam sha habiskan ayam je, bukan taksedap langsung, sedap tapi entah la. ke tak kena time makan? haha. ok. 

servis kat kedai ni memang laju, belum sempat kitaorang nak duduk, tukang ambik order dah ada sebelah haha tak menyempat hakak nak fikir menu dik. makanan sampai pun laju je, mungkin semalam sama orang takramai haha. tapi yang datang hantar order tu cemerkap betul haha habis tumpah kuah sha dalam piring yang letak mangkuk sup tu. ok. sha bukan cerewet sangat tapi sha takboleh tengok hahaha kalau nak makan sha kena benda tu elok supaya sedap dipandang dan sedap dimakan. lalu sha pun ambiklah tisu tisu yang ada, lap piring tu hahaha. tapi so far okaylah. tapi kenapa sha tak try cendol? haha sebab sha sejenis manusia takberapa nak makan cendol, dah suruh si faris tu order dia pun taknak ke takdengar ke taktau la. nanti sha pergi try sha update lagi hokey!

Harga? 
Bihun sup special : RM5
Big cup : RM5
Nasi ayam : RM5
Air kosong, Teh o ais : FREE



4 comments:

  1. uiiit tergugat haa tengok bihun sup thai ni , tambahan pulak ni makanan feveret CCL , rm5 semangkuk tengok gambar macam puas hati bila makan

    ReplyDelete
  2. bestnye bihun sup dia, byk ayam.nyum2

    ReplyDelete
  3. mak aihhh penuh satu mangkuk..berbaloi makan tu.

    ReplyDelete
  4. Mungki viral tu sebab ayam dia banyak sangat.. Hehehe..

    ReplyDelete