DIY TOTEBAG DI PRINTCIOUS


Assalamualaikum.

yay bawak totebag datang kerja haha (excuse my tired face)

Haritu sha ada cerita kan mengenai DIY GIFT UNTUK TERSAYANG DENGAN PRINTCIOUS kan?lepas daripada tu sha terus rasa nak order, so sha decide nak buat totebag sebab sha rasa sha perlukan satu totebag untuk bawak barang barang sha ke tempat kerja. sha pun mula lah duk memikirkan macam mana nak design totebag sendiri ni haha sebab sha memang tak kreatif LANGSUNG! memang sikit pun takdak darah seni mengalir dalam diri ini haha. 

setelah berhari hari memikirkan design sha pun usha usha lah design yang sedia ada mana tau dapat ilham, deng! tahu dah nak buat macam mana haha. sha pun design lah dengan gigihnya demi mendapatkan hasil yang berbaloi dan kena dengan apa yang sha mahukan. setelah diteliti semua, sha pun submit order! yay cant wait for the totebag! tapi bila usha balik design sha tu tak center (hahahaha T_T) redha jelah sebab dah submit kan? 


tada! dah sampai yay! cantikkan? bila sampai je bukak je box dia memang rasa nk menangis terharu sebab mampu design beg cantik dengan sendiri (hahaha drama betul) nampak tak yang ada emoji girl tu haha tak centre kan? tapi taknampak sangat kan? (Tolonglah cakap takkk!!) 

sha order this totebag dan baby rompers on 5 Oct 2017 dan sampai 16 Oct. kenapa lama sangat kena tunggu? lebih 10 hari kot? ok chill gais, sha yang salah sebab gi order time MYCYBERSALES 2017 haha confirm confirmlah sibuk time tu -_- sebab sebelum ni sha pernah order cushion kat printcious, barang sampai sebelum 10 hari. lagi satu kalau benda bukan ready made ni kenalah bersabar sikit. so far, sha memang suka servis di Printcious ni! rasa macam nak order benda lain pula lepas ni hehe korang bila lagi nak order? ok jap sebelum sha mengakhiri pos ni, sha nak share baby rompers yang sha order ;


alolo cian dia muka tak rela jadi model hahahaha

so kepada yang masih mencari cari hadiah untuk yang tersayang dan mana tau yang terniat nak bagi hadiah untuk birthday sha bulan 12 nanti ke, boleh mintak alamat melalui email ye haha bolehlah order di ;




Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

17 comments:

  1. cantik juga beg tu :D
    nanti nak cuba print jugalah

    ReplyDelete
  2. Comel sungguh hasil kejadian tote bag tu Sha..
    Banyak dah sis baca review tentang Printcious ni, satu hari boleh sis cuba..

    ReplyDelete
  3. Cantik..Rasa mcm nk order je totebag jugak...sbb de dpt baucer

    ReplyDelete
  4. Cantiknya nak buat untuk baby Dahlia la nanti hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau order di Printcious, berapa hari dijanjikan barang order akan siap ya? Nak cubalah buat hadiah birthday.

    ReplyDelete
  6. wah menarik ni.. nampak kelainan dekat beg.. kalau pergi ke kelas pakai beg ni mesti kawan2 jealous hihi

    ReplyDelete
  7. Alahai comelnyaaaaaaa. Hahahaha. Nak juga buat bag camtu. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Nk buat gak tote bag ni hehehe comei

    ReplyDelete
  9. Cantik juga tote bag dari printcious ni. Lia dah beli sebelum ni mouse pad. memang suka. nak order lagi next time.

    ReplyDelete
  10. comelnya. menarik dan limited edition

    ReplyDelete
  11. cantik print kat beg macam tu pun boleh lepas ni mungkin akan buat beg jenama Mahamahu kot wakakakakaka..

    ReplyDelete
  12. Cantiklah design tote bag tu.. comel

    ReplyDelete